Dec 20, 2011

A BIG QUESTION

sama tak kaler facebook dgn kaler bendera israel?

sama tak kaler factbook https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/ dgn Facebook?

3 penjuru

hati mahu zikir
akal mahu fikir
nafsu mahu kikir

Dec 18, 2011

important tips

Prof Linda Mc Caulay datang ke faculty for a talk on Research Method. Antara cadangannya - check setiap minggu di Google tentang research kita, to update ourselves on current issues related to our topic.tips ini nmpk simple, tapi sgt berguna.

seorang prof lain memberi talk psal research method. Beliau bercerita "selepas siap menghntr tesis, sy kembali mengajar. Bila saya baca semula thesis utk preparation viva, saya tak ingt kenapa saya explain on certain things dlm thesis tu. Jadi saya berdoa, Ya Allah janganlah examiner bertanya dari muka surat sekian hingga sekian". Dan examiner tidk bertanya langsung berkenaan point di m/s terbabit!

Terdapat kawan-kawan yang frust tajuk yg dibuatnya hampir sama dengan thesis/ research org lain. sehingga ada yg takut present takut tajuknya diambil org. Ada kawan yg menyuarakn kebimbangan tak banyk point utk dibincangkan dlm thesis.

Ya Allah janganlah tajuk research ku sama dengan orang lain utk mengelakkan masalah dikemudian hari. jadikan thesis ku cara utk mengkayakan ilmuku, amalku, ibadahku dn memberi manfaat kepada org lain. Ameen.

Nov 30, 2011

Tak berbaloi

Semasa menghadiri satu seminar, saya lihat teman2 saya tak senang duduk, resah gelisah menunggu turn utk present. Saya berkata dalam hati - tak berbaloi.

Ia berkaitan dgn malam sebelum presentation di satu conference lepas, semalaman saya gelisah. Saya benci masa berlalu, dn benci mengenangkan saya akan present pd hari esok. Benci itu menyebabkan saya mahu memejamkan mata dn lena dari memikirkan reliti esok. Esoknya saya present dlm 20 min sahaja. Tapi saya membazirkan 10 jam lebih hanya kerana memikirkan yg bukan2. Kalau la di nilaikan tenaga akal dan emosi dlm sudut duit, saya rugi besar kerana semuanya -ve!

Semasa saya ke research exhibition sbg juri utk assignment kami 2 minggu lepas, para exhibitor yg menerangkan nervous! Ada yg mengakuinya dn ada yg terlihat dari tangan yg bergetr semasa memegang alat2 demo. sekali lagi saya berkata dalam hati - tk berbaloi. Mereka ini ber 'title' Dr dan Assoc Prof!

Esok saya ada presentation Book review. Mesej yang sama saya tujukan pada diri sendiri. Udah2, usah lagi benci hari presentation!

Nov 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Moga Tahun Baru ini memberi sepenuh erti....

Oct 23, 2011

Trip to Sg - Part III

Hotel tmpt berlangsung conf ini terletak di atas bukit Fort Canning, kira2 10 min sahaja dari hotel tmpt menginap. Rate utk satu mlm paling murah kira2 sgd500 dn turut menyediakan bilik2 untuk kategori elderly dn handicap, siap boleh check floorplan utk setiap jenis bilik tu, ko ade? hihi

Sesampai di hotel sudah hampir jam 9.00. Makanya bergegas ke kaunter pendaftaran dn terus masuk main hall utk upacara perasmian. Speaker memberi ucapan melebihi had sehingga masa utk parallel session bermula agak lewat.

Setelah selesai tea break (saya menghabiskan masa berjalan2 meliht tandas canggih hotel ini), sesi pembentangan part II pula. Oh, saya sngt gabra kerana seorang demi seorang Prof yg membentang kertas kerja sblm ini. Hampir 3 org. Mujur sebelum sy ada seorang pensyrah dari Qatar tanpa sebarang title dihadapan namanya. Saya agak lega.

Dengan shawl dn baju kebaya labuh yg saya pakai lawat student praktikal 3-4 tahun lepas, saya mengagahkan diri ke hadapan (wpun rasa nk tercabut kepala lutut). Baju itu terpaksa sy pakai kerana baju rasmi utk offical event MIA.

Hanya ada satu soalan yg ditanya oleh Prof Brian dari Canada, alhamdulillah saya dapat jawab. Rasa sgt gembira sudah selesai presentation, full stop. Selesai sesi pembentangan, break lagi utk lunch. Saya ke kaunter bertanya tentang halal diet yg sy minta. Seorang committe conf mengiringi sy ke tmpt lunch. Dekat2 smpai ke muka pintu, beliau sempat memberitahu dgn jayanya 'this hotel does not serve pork'. Sebelum melangkah masuk ke cafe terbabit, sy terpandang papan hitam kecil yg selalu diletakkan di depan sesetengah cafe/ kopitiam (apa term yg sesuai yek? display board perhaps?) Ia tertulis dgn jelas'pork rib' dlm senarai special menu! Moralnya, don't trust them when it comes to food!

Selepas lunch, saya sessi pembentangan bersambung. Alhamdulillah, semua selesai hampir jam 3ptg, iaitu waktu saya berjanji untuk balik ke hotel. Saya minta hotel panggilkan taxi memandangkan hotel ini bukan laluan umum. Ada taxi baru menurunkn penumpang, taxi ini agak dhaif rupanya (seperti sy ceritakan sblm ini, taxi yg nmpk dhaif dlmnya selesa dn siap ada GPS). Staff hotel tdk membenarkan driver taxi terbabit mengambil sy. Sgt menghairankan. Tidak lama selepas itu, tibalah taxi mercedez. Rupanya2 itu adalah taxi yg telah dipanggil pihak hotel. Barulah sy faham skrg kenapa pihak hotel tidk membenarkan taxi sblm ini just because they have called for taxi! Drivernya memandu dgn cekap ke hotel berbanding taxi dhaif yg saya naik pagi tadi. Rupanya2 keselesaaan itu tdk percuma, charge memanggil taxi dikenakan hampir sgd4. Sy lupa adanya charge berkenaan kerana hampir tidk pernah memanggil taxi melalui hotel di Msia.

Kisah library

Ada org tak suka ke library atas sbb2 tertentu. Contohnya, ada teman memberi alasan sebab bau library yg kurang menyenangkan. Ada pula yg bila disebut library, terus berkerut2, tanda amat tidk menyenangi tmpt itu tnpa memberi alasan yg jelas.

Saya mula mengunjungi library atas sbb yg tidk disengajakan (lib kat sekolah tk dikira, ia kurang menarik perhatian). Abah dulu semasa disekolah guru kutub khanah, itulah istilah yg digunakan. Jadi pada hari minggu, abah kesana atas urusan tertentu. Jadi secara tidak sengaja saya mula berkunjung ke library yg dikategorikan sbgai lib cantik. Saiz lib ini kecil sahaja kerana ketika kecil sy sudah mengatakan ia kecil. Tapi buku2 di dalamnya cantik. Seingat saya saya ke khutub khanah ini bersama abah dn adik beradik yg lain. Tp sy tak ingt apa yg dia org buat kat lib, hihi.

Apa yg saya buat? Di dalam lib ni sy tertarik pd buku2 cerita nabi. Semestinya cerita nabi yusuf menarik perhatian saya. Saya tak ingt berapa buku yg saya baca. Tapi setiap kali ke sana, sy teruskan membaca kesinambungan cerita itu.

Semasa sekolah menengah, saya selalu ke lib pd hari sabtu dn ahad. Itupun setelah tidk lg duduk di asrama. Ia amat memenatkan kerana sy ke sana menaiki bas dr rumah di alor akar. Kebiasaanya sy akan menekan loceng berhampiran pusat peladang dn menapak ke perpustakaan awam kuantan. Bagaimana library nya? Ya Allah, ia seperti zaman besi (seperti komen seorng chinese yg komplen ttng sbuah islamic bank, dia terpaksa sbb JPA scholarship, sy curi2 dgr ms qeueu kat ATM bank tersebut, hihi). Saya harap tdk dibuang taraf penduduk negeri atas komen ini.

Ia suatu kepuasan dpt duduk di lib dn mengulangkaji pelajaran dr pg hingga ptg. Teman saya penah berkata, kakak dia beritau, bila dh masuk univ kita tak serajin ms di sekolah. Saya rasa ada benarnya sbb sy tidk ke lib pd sbtu ahad semasa di UKM berbnding di bangku sekolah. Utk ke hentian buluh utk menaiki bs balik, sy lalu shortcut wisma Pahang. Pd ptg minggu, kwsn itu agak sunyi terutama di laluan 'gajah menyusur'. Itu antara yg terpksa sy lalui termasuk berjalan kaki utk cari food (sbb lib ni tk de cafe) dn bukak bekal mkn sorang2, hihih.

Pd satu ketika, sy mengajak seorang kawn yg terel english utk mengjr sy di lib Kuantan. Ianya tentang kekliruan sy tntng penggunaan participle (past, present) verbs. Kawan sy ni layan sahaja (sbb kami kenal sejak tadika) wpun nampak kekeliruan kenapa saya mahu dia mengajar tentang ini. Dlm perjalanan pulang, kami berborak2 dn dia bercerita tntang kolej islam yg mengambil para pesara sbgai tenaga pengajar. Saya terasa benar dgn komen itu kerana salah seorang tenaga pengajar adalah abah saya! Tp sy diamkan sahaja. Kemudian, sy mendengar berita abgnya menyambung pelajaran ke kolej terbabit. Tahukah kamu kisah2 org yg mengutuk ku? hihi

Bersmbg...

Oct 15, 2011

Consultant vs Prof

I attended a workshop on 2nd day of last ramadhan. The speaker talked arrogantly about the advance features of an analysis software and condemning SPSS and AMOS. While he personally admitted he did not know well SPSS, but i don't know why me and participants were so mesmerized with his arguments until some of us call him Prof or Dr. When the participants questioned on the advantages of SPSS and AMOS, he easily used a single argument to deny 'both are not in ratio'!


Later, I realised that there is no scientific evidence (as Dr of medicine always claimed!) that SPSS and AMOS are highly corrupted for analysis. If so, it will be acknowledged academically by researchers and scholars. Besides, the Prof in most talks/ seminar/ workshop I attended expressed their ideas and share their expertise humbly rather than condemning other works, underestimating participants and asking committee to pay attention to what he present! This difference could draw the line between a true Prof and a consultant that thinks he is better than the rest :)

Sep 20, 2011

Trip to Sg - Part 2

Lebih kurang 1o min menunggu, kami diberi kunci. Bilik kami di tingkat 6, dan seorang lelaki Melayu yg agak berusia dipangggil membantu kami mengangkat barang dn menunjukkan bilik. Semasa menaiki lif, Pak cik berkenaan memberitahu breakfast di hotel tak halal, kecuali roti2. Welcome to sg, huhuh

Kami masuk bilik dh dekat pukul 1. Dlm bilik ada 2 queen size bed, bilik nya berhadapan Bencoolen street. Jalan nya tak begitu sibuk, cuma bila trafik light di persimpangan depan merah, kereta berhenti memenuhi jalan. Dan kereta-keretanya agak luxurious, seperti kereta2 Sg yg masuk Msia tu. Diseberang jalan ada seven e, kopitiam 24hrs (tp tgh renovate) dan hotel Bayview. Memandangkan zuhur belum masuk, kami berehat2 melelapkn mata sebentar.

Selepas lebih kurang 30 min berehat2, kami bergilir bersiap2 untuk keluar solat dn lunch. Selang beberapa buah dari hotel kami terletak Masjid Bencoolen. Sebenarnya masa cari2 hotel yg berhampiran dgn conference venue, dah perasan ada masjid ni. Sebelum datang, puas cari hotel yg sesuai. Budget hotel kt Sg SGD100++ ke atas. Kalau yg less than that dipanggil hostel. So, jgn terkejut kalau nama budget hotel tp rate semalam dkt SGD200-300. Puas jugak la cari hotel, dan bila tengok komen tak best kt tripodasia or mana2 third party website on hotelling ni, terus turn off nk stay kat hotel tu. Lastly, 2-3 days b4 ke Sg, check map of the conf venue kat streetview. Tup2 nampk hotel ni, walking distance dr Dhoby Ghaut MRT, dan nampk pulak Masjid. After comparing 2 hotel sebelahnya, 81 Bencoolen family room penuh smpai nxt month. Bencoolen hotel pulak family room 270++. Then, dlm tropodasia no bad comments on this hotel, alhamdulillah.

Sebenarnya, ada satu lagi choice yg agak murah, Beach hotel, tp not within area Dhoby Ghaut, tp area bugis. however comment from the tourists, hotel ni bising sbb bawah dia kedai jual mcm2 brg, dekat2 hotel ni pulak ada pub. huhu, walaupun harga murah sikit(Family 170, tp max 3org je) tak sesuai la rsnya unless kalau terpaksa.

ok la berbalik kpd trip, kami keluar ke Masjid sekitar jm 2 ptg. Bangunan Masjid terletak di hadapan sebuah aprtment. Masuk2 terus nampk tempat wudhu lelaki yg cantik decorationnya. Bhgn wanita di tingkt bawah (mcm bwh tanah la). Kecik je ruang solat wanita, tp ada 2 TV besar dn siap ada toilet utk OKU. Beberapa notis2 dlm masjid ni di tulis dlm bahasa tamil, may b kawasan India muslim kot.

Dah siap solat, kami bergerak cari restoran. Restoran Hajah Maimunah ingtkn kt Bugis, rupanya selang beberapa kedai je dari Masjid. Restoran ni glamer siap masuk dlm Sg tourism website dn dia ada beberapa cwngn, siap dgn catering service lg. Tp hari tu tutp sbb ahad. Jalan punya jln tk nampk pun kedai melayu yng staff hotel bgtau dn dlm 5 min jln, jumpa la kedai mamak Restoran Jilani.

Rest ni tak sebesar kedai mamak2 di Msia, tp syukur jumpa jugak rest halal berhampiran. Specialty rest ni of course la Beriyani. Harganya SGD5++. Abah kata ok la, sbb beriyani Msia dah naik RM12 sebungkus, harga dia org tk naik byk. Abah order air bandung, nk nasi beriyani kambing. Bila air dihantr, patutla abah order air bandung, special tak hengat. Beriyani dia portion tk sbyk kat Msia, tp best!!!

Ok, dah kenyang perut, kami plan nk round2 Sg, ye la esok kn dh nk attend conf, pas tu nk balik. Abah nk balik rehat kat hotel. Kesian Abah, penat dtg dari Temerloh.

Mengikut tauke rest (tauke kot, yg paling senior kt rest tu) nk ke Geylang boleh berhenti di stesyen MRT Paya Lebar, Eunos. So dari Dhoby Ghaut, kami amik route color merah. Kami turun di stesyen Eunos, turun2 nk kemana yek, hihi, tk nmpk pun signboard Geylang. Setelah disiasat (tengok pd Map kt stesyen) kami sepatutnya turun kt Paya Lebar, stesyen sblm Eunos. Kami simpulkan Pak cik Jilani akan beritau satu stesyen kehadapan, dn tekad tak mahu tanya Pak Cik Jilani lagi!

Turun MRT Paya Lebar, mencari2 lagi kat mana Geylang. Puas gak cari, tanya rupanya agk jauh jugak dari MRT, dlm 15-20 min jln kaki. Sebelum mula bersoping, singgah solat kat surau Geylang. Surau ni dari luar ya ampun, mcm surau terbiar je. Tp bila dah masuk, rupanya siap ada washing machine lagi! ko ada? haha

Kami mula menapak ke pasar geylang. Dah dekat pukul 5, mujurla peniaga tk tutup lagi, bagus. Byk maaa pilihan dia, kakak aku rmbg mata sampai tk beli ape2. Pilihan dia cantik2, patutla org Msia ada yg prefer beli2 kain baju kt sini. Tp yg tak bestnya pasar ni sekali dgn pasar basah, makanya bau2 ayam menerjah ke hidung.

Kami keluar dari psar dlm pukul 6. Ok la tu shppng sejam sesuai dgn budget. Kami bergerak nk balik, tp singgah di restoran Labu labi utk beli dinner. Aku order air bandung, tp sadis, tak sama dgn bandung abah order, huhuh. Hujan dah rintik2, dn kami pulang dengan taxi.

Malam tu, lepas dinner, as usual, mlm2 sblm present, rs gabra memikirkan cm ner prsntation esok. Terasa mencari pasal je nk prsnt kt sini, huhu. kunci jam, bangun, reset jam, tido balik. dr pukul 10, kul 12, kul 2, dan lastly, bangunla pukul 3 iron baju dn bc slide. huh, dengkinya tengok orang lain tido lena di bumi Sg!

Esok pagi2, lepas bfast cornflake+susu, Long teman tahan taxi. Kat sini taxi dia utk 1st 100m, ada rate SGD 2.8 atau 3.00 atau 3.2 dn seterusnya, tengok jenis taxi. So far taxi yg aku naik semua comfortable walaupun dari luar mcm kereta yg usang. harga dia display pada screen, function2 lain device tu termasuk GPS. Dari hotel ke conf venue tmbg SGD 4++, termasuk peak hour charges dlm 1++ Kata driver taxi peak hour charges smpai pukul 9.30am.


BERSAMBUNG (ESOK ADA KELAS, KENA BANGUN AWAL :))

Ayuh, doakan ibu bapa sepenuh hati!

Tidak ada satu hari pun, walau dimana ibubapa berada, walau di depan mata kita, melainkan mendoakan mereka setiap hari, samaada di atas tikar sejadah, atau sebelum memulakan kerja, belajar atau sebelum tidur. Meskipun doa yg sama diulang2 sejak di bangku sekolah atau tadika lagi, betapa doa yg kita lantunkn sejak anak2 lagi, moga ia menjadi pagar menjaga ibu bapa dari segala kejahatan, bahaya dn diangkat kemuliaan mereka. Moga berbahagia selalu.

Sep 15, 2011

Kelas

Sem ni kena ambil tiga kelas:

1.IS Research Method - smlm briefing baru
2.IS Research Topic Seminar and Discourse
3.IS Paradigm

Kelas-kelas diadakan every forthnight dan tiada exam, yahooo!!!
So far, lect2nya suka gelak. Agakt nya org IS ni not too a hard thinking person, lebih soft thnkng. supervisor pun jenis suka gelak, tak la stress sgt.

Pagi tadi kelas utk subject No 2. Pagi2 tadi depan pintu ada a girl tanya, kelas ni subject apa? Moralnya hafal la nama subjct walau sepanjg mana, toksah la nk bengang -apesal la ko tanya aku nama subjek yg terpanjng dlm hidup aku ni!

Antara aktiviti kelas ni: book review, dialogue, debate, forum dn observer of colloqium/ conf. So, toksah nk harap la leh duk blkg langsir dlm kelas ni. Tak de option2 semua kena join, sbb ada 18 student je..get ready jadi book reviewer, penalist of dialog, debator, forumer dn observer - ni tugasnya tanya soalan dlm forum dn hantr report kt lect. One of the aims of this course is to prepare ourselves for argument of thesis during viva. Huh!

Sep 14, 2011

Trip to Sg

Setelah 20 tahun tak menjejakkan kaki ke Sg, maka tibalah masa yg ditunggu2. So dgn ringkas disenaraikan jadual perjalanan

Ahad

AM
10.10: berangkat ke Sg dari JB sentral dgn train KTM, tmbg RM3 seorang.
10.15: dah sampai da!! keluar2 train dah nmpk anjing2 spore bersama peg imigresin negara dia org. Ramai gak muka2 melayu di kaunter2 imgrsn. Then dah setel, naik teksi to the nearest MRT station. Driver to bawk ke Marsiling station. Tmbgnya SGD 3.60

Sampai sini pi kaunter, again staff yang terangkan pun Melayu. Kalau nk beli EZ card, bayar SGD 12, SGD5 harga card and 7 balance boleh guna utk tmbg. Lepas tu topup la. Duk bincang2, takbeli la card tu, beli je la ticket setiap kali naik MRT.

Stesyen yg dituju adalah Dhoby Ghaut (disebut got). Sebelum smpai sini, pronounciation yg dicipta sendiri seperti gaut (mcm nama penyakit) and gos (mcm eksoz je). Rupanya dua2 salah. Makanya, dari Marsiling, terus je naik train ke DG station. Tmbang nya ada SG3.10 seorang dn mengambil masa 36 min (mengikut masa yg ditulis di carta). Sampai sana boleh refund SG1 kalau return the card.

MRT dia mcm LRT kita conditionnya dlm nya. Sedikit canggih sebab prgerakan dari satu station2 ke satu station ditunjukkan pada panel. Ada 3 jenis route yg berbeza ditandakan sbgai merah, hijau dan kuning. Dari Marsiling kami mengambil route color hijau.

PM
12.00: tiba di DB station. memandangkan dlm map hotel kami dlm 5-7 min jalan kaki, so kami mengagahkan kaki berjalan kaki. Mana tak penat, masuk Plaza Singapura of course la jadi 20 minit campur turun naik escalator sebab tak jumpa exit Plaza. Berjalan dan berjalan, tak nampak2 Bencoolen street. Maka tanyalah uncle kt bus stop. Again, pronounciation rekaan ben-cu-lin disahkan palsu apabila uncle itu menyebut ben-ku-len, mcm sebut coolen kaler biru yg isi kt kereta time servis tu.

12.20: sampai kat hotel. Buat2 tanya kt receptionist pkul bpe boleh check in padahal dh tau dlm website ditulis kul 1pm. Rupa2 dah boleh check in, Alhamdulillah. Tapi kena tunggu bilik tgh kemas. Ok la tu.


BERSAMBUNG (kena tidur awal, esok ada kelas :) )





Aug 13, 2011

Lembu vs kambing

selepas saya present proposed topic bulan lepas, seorang brother memberi komen

Bro: sekarng u present semuanya kambing2, tak de lembu .. u kena keluarkan lembu,

beritahu bro itu dengan lembut. memandangkan ada foreign student, dn kami tetap menggunakan perkataan lembu, terdengr suara menterjemahkan kpd student foreigner, "cow2"

saya: so have you found ur lembu in ur research?

dia senyap aje..

bro dari indo ini sgt petah bila presentasi, udah 4-5 tahun dn dr prsntation dia hr ini aku phm kenapa dia tnya soalan itu sbb rsch dia tntng mobile bandwith yg tk semua org boleh buat

dan saya sdg mencari lembu di lib pd ptg sabtu...

tak recall

aku: cikgu pun ambil phd jugak?
cikgu: aah, ambik phd
aku: so ada kelas ke? (memandangkan hari sbtu petng)
cikgu: tak, saya ambik kat upm, tp jumpa Prof *** (tak recall), saya mengajar kat unisza
aku: cikgu ambil phd apa? (was2 nk tnya, takut dh tanya, tp tnya jugak, kat uni biasa panggil, kak atau dr, ni kene set kan kepala cikgu!)
cikgu: stat
aku: fakulti? (dlm kepala aku cikgu ni still uni aku)
cikgu: *** (tak recall)
aku: saya pun pikir byk kali nk dtg sini, tp tak pe la, few years je insyAllah
cikgu: memang byk kena sacrifice, saya pindah serdang, husband kat tganu
aku: kenapa duk serdang? (tengok punya soklan, memang tk recall info btul)
cikgu: dgn sabar mengulang
aku: so ngajar kat mana?
cikgu: dgn sabar mengulang

antara perbualan dgn Cikgu Mazlina yg dijumpai di masjid uni. comelnya anak cikgu, namanya Ifffah. sori Cikgu, so many univ i hv to compute , phd kt upm, lawat lect kt utm, kerja kt unisza...

awat le aku ni susah sgt nk link kan.. Cikgu jugak yg mantap, dan cikgu tetap sentiasa lebih terel selamanya..Ya Allah, di pertengahn ramadhan yg penuh maghfirah, ampunkan dosaku, bersihkan hatiku untuk menerima ilmuMu, kuatkan ingatanku, berkatilah usahaku dan tmbhkanlah ilmu

Allahumaghfirli, warhamni, waaafini, wahdini... ameeen...

Aug 8, 2011

Tell-yourself-good-things

Ada hadith yg menyebut:

Nabi saw bersabda yg bermaksudnya "setiap sendi manusia perlu bersedekah. setiap hari yg terbit matahari pdnya, kamu mengadili (memperbaiki hbgn) antara 2 org (yg bertelingkah) adalah satu sedekah. Kamu membantu seorang lelaki menunggang kenderaan atau kamu membantu mengangkat barangan kpdnya adalah sedekah. Kata2 yg baik adalah satu sedekah. setiap langkah kamu berjalan menunaikan solat adalah satu sedekah dn kamu membuang perkara yg menyakitkan drpd jalan juga adalah sedekah (Riwayat al-Bukhari)

Kata2 yg baik itu adalah sedekah. Untuk diri sy sendiri, sy sering teringat org2 yg selalu terpacul dr mulutnya kata2 yg baik. Juga org2 yg sungguh2 menolong ketika saya berpindah. Ye lah, brg banyk, tak lart nk angkat sorang2, berat dn berpuluh2 kali berulang alik ke kereta. Rupa2nya mereka diingati kerana sedekah mereka.

Untuk mengeluarkan kata2 yg baik, pastinya tuan empunya diri perlu memberitahu dirinya sendiri kata2 yg baik. Ianya amat sukar, terutama berhadapan dgn situasi org memburuk2nya, mengata2nya, 'bising2' pasalnya atau lagi teruk menghina2 di depannya sendiri. Bagi pemain2 bola2 cthnya jika sebhgian besar penonton mengejek2, apakah akan jadi jika pemain2 membenarkan dirinya memberitahu kata-kata yg sama pd dirinya sendiri? Di sinilah terleaknya kekuatan mental pemain2.

Jika kita selalu memberitahu perkara2 yg baik kpd diri sendiri, idea2 yg baik akan mendekati kita, ia seumpama law of attraction. Begitu jua sebaliknya, jika setiap perkara yg kita hadapi, diikuti dengan komen2 negatif kita beritahu kpd diri sendiri, secara automatik, persepsi2 negatif bertmbh, idea2 negatif terus bertmbah. Ia memnuhi ruang fikiran hingga timbul kerunsingan, sakit hati, lemah semnagt, tak de mood dll. Sedngkan rentetan kata2 baik membawa kpd ketenangan, semngt, kecekalan, dn kebahagian. Lihatlah org2 yg berfikiran positif - adakah mereka kusut masai?

Dlm satu talk oleh Almarhum Prof Dr Muhammad Al Mahdi beliau ada menyebut the role of inner speech in influencing behaviour. Menurut beliau the 'black box' yg Phychlogist tidak pasti apa yg benar2 influence the behaviour sbnrnya adalah inner speech.

So, tell-yourself-good things!

Aug 1, 2011

Ramadhan Kareem

Majalah Solusi isu Khas semperna Ramadhan dan Syawal ada sediakan checklist for Ramadhan. So colorful with illustration. Also, ada schedule bacaan surah2 utk target khatam Quran by end of Ramadhan. Well done Solusi!

Di antara ibadah yg terpenting ialah ibadah puasa yg merupakan suatu kefardhuan yg jami' (meliputi ibadah2 yg lain) dan suatu ibadah yg kamil krn melalui puasa seseorang mengenal kemanisan iman dn ihsan. Intipatinya ialah hati dn roh. Tujuannya, supaya org yg berpuasa dpt menghayati dn merasai kehidupan org2 yg soleh yg telah berjaya menyucikan jiwa dn raganya, org2 yg luhur dn mendekatkan dirinya kpd Allah dengan tidk melakukan kefasiqan, perbalahan, kemaksiatan zahir dn batin - Tazkirah Ramadhan, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fuad b Kamaluddin

Jul 30, 2011

Moralnya...

Kekalahan Msia pada Singapura dgn agg 6-4 dlm pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 amat mengecewakan.

Moralnya:

1. Be humble. Sg menyebut mereka pasukan underdog, sedangkan pemain Msia selepas meraikn 3 gol menentang Liverpool memberi comment "Sg bukan masalah". Bukan satu malah banyak statement dari pemain2 yg agak mendabik dada.

2. Think big, start small - VC selalu sebut masa ni beliau mula2 join univ. Moralnya, boleh lawan Liverpool, Arsenal and Chelsea, tapi jiran seberang tambak kena kenal dulu...

Jul 4, 2011

Khianat

Membaca buku Nota Kepada Diri tulisan Tuan Guru Ustaz Nik Abdul Azizi Nik Mat betul2 menginsafkan. Betapa Allah itu Maha Halus dalam membuat penilaian di Padang Masyar. Setiap hari yg kita lalui menjadi saksi, azan, anggota badan - mata, telinga, tangan kaki, bahkan kulit!

Juga disebutkan bahawa seorang lelaki yg datang kpd Nabi SAW untuk memulangkan tali ikat unta iatu sbhgn rampasan perang selepas beberapa hari pengumuman dibuat. Dan Nabi bertnyaa: tidakkah kamu dengar seruan tiga kali untuk memulangkan rampasan perang? Datanglah di akhirat nanti dengan tali itu. Berapa kalikah seruan azan, hayya alal solah, hayya alal falah? lebih dari 3 kali kan. Tidak dgr lagi?

Lagi, diceritakan harta yg tidk dizakatkan akan digunakan sebagai seterika untuk orang yg tidak membayar zakat. dan harta yg tidk dizakatkan menjelma sebagai ular yg membelit sehingga ke mulut. Yang tidak membayar zakat ternakan akan memikul binatang ternakannya yg akan berganda2 lebih besar dari saiznya di dunia dan binatang ini akan memijak2 tuannya. seramkan.

Juga, bagaimana harta yg dikhianati akan akan dipikul diakhirat nanti. Ya Allah, aku tekad untuk isi borang claim dgn lebih teliti!

Jun 23, 2011

Proxy*

Saya tergerak untuk menulis posting ini kerana lelah setelah seharian di kampus. Ceritanya bermula selepas lunch. Saya berkira2 untuk ke bandar, membuat overlap atas pinjaman sebelum ini. Term ni popular di klngn org2 yg dah buat loan, lebih kurang sama dgn istilah refinance, ye ke?

Udah lama dioffer utk overlap, tapi sebab nk pindah smbung belajar dn lepas tu bertangguh-tangguh. Bila dikira-kira, semacam untung kalau buat overlap, so hari ini kononnya nak setelkn. So, slip gaji dn IC kene photostat dn di sahkan oleh peg kerajaan. Huhuhu, bab nak sahkan di peg kerajaan yg lemah ni, kalau kat kuantan habis univ panjat pejabat penghulu nak dptkan cop. Em, relavankah cop2 di peg kerajaan? negara maju pun buat mcm tu jugak ke? huhuhu

Ok, udah2 le komplen. So pi la pej Research Management Centre. Aku: Akak boleh nk dptkan cop pengesahan pegawai tak? Jwpn: Untuk apa? Aku: untuk pinjaman bank. Jwpn: Kita orang tak berani la nak beri peg benda mcm ni, pergi fakulti la, mintak orang sana sahkan". Amboi, mentang2 la company aku nun jauh di sana, barulah rasa nikmatnya di bawah bumbung company sendiri, hahaha

Ok, then bergerak ke fakulti.Kena panjat tingkat 4, dan belum tentu dapat. kalau dia org tak mau, kena merayu-rayukah? tunjukkan kad kerja, atau minta di org call sendiri majikan? itu antara standby action yang aku dah plan dalam kepala.

Di tingkat 4 pej post grad fakulti,mujur kerani perempuan tak de, Ada seorang staf lelaki. Aku: nak dapatkan pengesahan boleh? Jawapan: student master? Aku: tak, ...
Dan terus dia ambil cop, dan hantar ke bilik sebelah dalam. Ia dicop oleh deputy dean postgrad. Alhamdulillah.

What pop up in my mind - Proxy in ladies or ladies as proxy, have you experience it? Nauzubillah, jangan lah aku menjadi proxy untuk mana2 urusan yang baik2, selagi tak bercanggah dengan Islam. Pernahkan mendengar PA bos yang lebih2, tak beri jumpa bos contohnya. Saya pernah mendengar pengakuan seorang ibu, dia tak benarkan anaknya mengambil jurusan agama, sampai sekarang dia menyesal. Lagi, dia tak benarkan suaminya menyambung pelajaran, sebab takut terpikat dengan orang lain. Ini contoh2 proxy yang menghalang perkara baik2. Komponen2 proxynya adalah emosi. Nauzubillah, nauzubillah.

Proxy untuk menghalang perkara yg buruk such an iman inside, proxy menghalang perkara yang baik, ignorance perhaps.

* Proxy disini merujuk kpd content filtering proxy :)

Jun 20, 2011

My Abah

I wish it is not too late to post this entry. While I'm listening to this song , I deeply think to whom this song really meant for. It brings me back to the conversation with K Rus. I was in her office room and both of us try to find the meaning of ikhlas that could satisfy us. More and more definitions and examples were brough in. From my insight one's that ikhlas keep doing good deeds and not expecting any return as the result of his/ her struggle. I gave examples of my friends around and try to recall nice people I've ever met. And suddenly it reminds me to a person that has such story. I said softly to K Rus - it's like my father, for what he did to his siblings and his children. And tears rolling down my cheek. Happy father's day, My Abah.

You Make Me Feel Brand New lyrics

My love
I'll never find the words, my love
To tell you how I feel, my love
Mere words could not explain
Precious love
You held my life within your hands
Created everything I am
Taught me how to live again


Only you
Cared when I needed a friend
Believed in me through thick and thin
This song is for you
Filled with gratitude and love

God bless you
You make me feel brand new
For God blessed me with you
You make me feel brand new
I sing this song 'cause you
Make me feel brand new

My love
Whenever I was insecure
You built me up and made me sure
You gave my pride back to me
Precious friend
With you I'll always have a friend
You're someone who I can depend
To walk a path that never ends

Without you
My life has no meaning or rhyme
Like notes to a song out of time
How can I repay
You for having faith in me

Perception is about feeling, Interpretation is about meaning



Kawasan perumahan saya terletak berhampiran dengan sebuah kebun yang terletak di atas bukit. Setiap pagi dan petang kedengaran bunyi pancuran air berputar2 secara automatik. Ia seperti bunyi hujan, bezanya ia agak bergetar2 seperti bunyi mesin tuai di sawah padi.

Jiran saya terdiri dari berbilang bangsa, ada melayu cina dan india. Portionnya agak sama rata. Bila tinggal di sini baru saya tahu betapa pentingnya iklan perpaduan kaum di TV. Mana tidaknya budak2 Melayu berkwan sesama mereka. Begitu juga Cina dan India. Mungkin adik itu akan faham suatu hari nanti kenapa kakak dana adik2 tidak bermain di padang, kenapa kakaknya mendukungnya keluar dari padang permainan sedangkan budak2 Melayu sedang seronok bermain bola. Budak2 perempuan cina comel bermain sesama mereka. Saya pasti mereka menjeling-jeling rakan sebaya berlainan bangsa untuk melihat permainan mereka, malah menyertai, atau mniru2 permainan masing2. Pada usia kanak2 what they only know is about having friends! not more than that.

Tapi apa kan daya, that is the perception they currently have. And of course the perception is learnt from adult as at their age, they can't make up their mind to perceive like that. And wish it is only a temporary wall, to show how badly we want to live in peace and harmony.

Jun 19, 2011

Tips pindah rumah (part 2)

Tips sebelum ini memang bias kpd org single. So kalau yg dh berkeluarga perlulah survey nursery, tadika, sekolah, kelas agama dan lain2 berkaitan pendidikan anak sblm ke tempat baru.


Generally, sebelum berpindah/ masuk rumah:

1. Banyakkan berdoa moga mendapat kawan dn jiran yg baik. Cthnya doa: alluhumma innii auzubika min yaumissu', wa min lailatissu', wamin saaa'atissu, wamin sohibissi', wamin jaarissu', fi daril muqomah

2. bila kemas brg, pastikan brg2 penting di pack di tempt yg mudah diingati. cthnya ubat2, doc peribadi dn brg peribadi yg lain.


Selepas berpindah

1. buat doa selamat, atau sekurang2nya pagar rumah
2. kalau lelaki pi la masjid surau berdekatan, kenal2 dgn org masjid
3. kenal2 dgn jiran, tunjuk muka, biasa dia org byk info tentang kwsn berkenaan.
4. identify klinik/ hospital berdekatan, kalau ada klinik panel lagi penting sbb kdg tu panel jauh dari lokasi rumah


sebenarnya mungkin ada byk lagi tip tak tersenarai, especially utk yg bekeluarga. tips beli rumah mesti lagi bestkan!

Jun 14, 2011

Tips pindah rumah

Saje nak share, tips berpindah dlm negara. luar negara x experience lag :))


1-2 bulan sebelum pindah

1. Dapatkan rumah yg nk masuk tu. Kalau nk masuk tu rumah seniri, leh skip. Rumah boleh di cari melalui internet, papan2 tanda, bus stop dan juga ada sesetengah seven E ada notice board iklankan rumah kosong berhampiran lokasi rumah baru.

2. Dah dapat rumah spent la masa lawat lokasinya. berapa bilik, berapa penghuni, kwsan persekitran ok atau tak, latarblkg hsmate tu - kerja atau blja, masjid/ surau jauh atau tak, toilet ada bpa, kalau ada motor atau kereta ada porch/ atau muatkah porch utk bil kereta2 yg ada di rumah tersebut dan juga yg penting harga sewanya!

3. dptkan sekurang2nya 2 rumah, bandingkan. sebaik2nya 3-4 rumah. mintak pemilik2 rumah beri tempoh utk kita fikir. dlm pada tu google tntng keselamatn tmpt tu. so boleh screen out the best option.


3-4 minggu sblm pindah

1. udah confirm rumah tu, stand by la nk pindah2 brg. cthnya nk pakai lori atau nk pakai van je. kalau rs muat je van, so leh la angkut brg sikit2 sblm pindah guna kereta cthnya. perabot sprti rak buku, meja dah boleh tutuh. susun la molek2 buku yg dah dialihkan. tak pakai meja, rak buku slama sebulan insyaAllah masih stabil kehidupan.

2. kalau nk sewa lori, survey la harga nya. kalau nk pakai van, plan the route cthnya singgah dimana2 (kg, rumah kawan, kakak) atau direct ke tempat baru. sesetengah company boleh gunakan van company, provided that kita berpindah atas arahan syarikat.

3. identify barang apa yg nk a) tinggalkan (beri kat kawan sbb sblm ni org beri brg2 kt kita) b) jual c) tumpang rumah kawan, nanti bila2 ambil smula d) bwk pindh ke mana jua kaki melangkah.

4. Kalau nak tamatkan perkhidmatan seperti astro, bolehlah mula maklumkan tarikh utk tamatkan service.



1-2minggu sebelum pindah

1. maklumkan kepada jiran kalau ada surat2 sampai rumah minta simpan dan beri pd org yg biasa/akan menghubungi anda. bukan apa beritahu awal2 nanti tk jadi pulak nk pindh, tak best la pulak kan.

2. maklumkan pihak2 yg rajin hantar surat eg: kawan baik sejak kecil, bank yg sentiasa merindui anda, bil telekomunikasi yg sentiasa berkomunikasi dgn anda, pihak insuran yg hantar statement (penting utk tax exclusion) dll tentang alamat baru. ada sesetgah pihak yg super leceh mengkehendaki pengguna menghantar fax. email tak mau walaupun internet bankingnya super glamour di tanahair.

3. kalau ada laptop/ desktop ofis yg kita pakai make sure clear kan file2 dlm tu, termsuk fav :) apatah lg history dn cookies :)


3-4 hari sebelum pindah

1. kalau ada bil2 elektrik dn air, sila jelaskan ye! kesian penghuni baru. sekiranya tidak dijelaskan,bersedialah menjadi bhn umpatan!

2.kalau anda jenis nostalgic, ambil la gambar di dlm rumah, luar rumah, ofis dn dgn kawan2. mujur saya ada 1 gmbr di rumah sebulan sebelum pindah. Ia dipercayai diambil oleh Widad. Teringat gmbr yg dia lukis, budak kalau dia lukis gmbr kita mesti sbb dia sayangkan. Rugi pulak tk simpan!

3. hantar email/ atau jumpa kawan2 utk minta maaf dan mohon diberitahu hutang piutang. Jika anda berhutang jelaskan dan pulangkan brg2 yg dipinjam. kalau anda bernasib baik akan dpat hadiah2. jangan smpai kalut tertingl2 hadiah, kesian kt pemberi. kalau tak dpat, harap redha.


Kepada kawan2 yang akan berpindah pd masa terdekat atau pd masa akan dtg, semoga perpindahan anda diberkati Allah. Dlm kuliah maghrib, ustaz mengatakan untuk memulakan sesuatu yg baru digalakkan pada bulan rejab. Huruf Ra untuk Rab, Jim - (jim ni saya akan check dan takut kalau salah), Ba utk Bir kebaikan. Dan ustaz tu kata malam israk mikraj byk kemuliaan, nabi diam beberapa hari kerana bimbang masyrakat tak percaya kejadian malam tu. Diam nabi membawa ke bulan Syaaban. Syaaban adalah bulan nabi. Best la ustaz tu ceramah. Lagi, beliau menyebut, pangkat tertinggi = pencen, anugerah tertinggi = allahyarham. Tak sangka di Plaza Angsana selepas magrib ada tazkirah yg best. Beliau selalu muncul di TV, nama penuhnya akan saya google sebentar nanti. Salam Rejab!

Jun 10, 2011

Bulan Rejab

Memperbanyakkn membaca: "Allahumma Bariklana Fi Rajab wa Sya'ban, Wa ballighna ramadhan" rwyt al-Tirmizi (sumber: Ustaz Zahazan)

Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan bulan2 yang mana rohani manusia sentiasa cergas dan ceria mencari haqiqat dan mengintai RahmatNya. Bediuzzaman Said Nursi turut menyatakan keistimewaan bulan2 ini yang banyak kesannya kepada maknawiyah seorang insan. Perkara ini disaksikan oleh mata hati2 yg benar dan tajam (sumber: Reflection, Dik ma)

May 22, 2011

Penghibur syurga

Petang semalam kau penghibur dunia, petang ini kau penghibur syurga
pasti penghuni langit bergembira, penghibur syurga sudah tiba!

kau korbankan masamu untuk hiburan mereka
dan mereka akhirnya berkorban masa untuk menemukan
calon-calon penghuni syurga!

apakah alunan nasyid terakhirmu?
pasti kau sambung nanti di halaman syurga
kerana laskar mu tidak berpisah
jika semalam kalian bersama di bawah satu khemah
hari ini bersama lagi di dalam satu daerah
yang pemisahnya hanya semalam
semalam yang muram
semalam yang hitam
bagi penghuni dunia
rupanya Allah telah siapkan
satu taman dari taman-taman syurga
suara lunakmu tak disia-sia!

************************
Berikut adalah senarai nama 16 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, 21 Mei 2011. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 hari terbabit.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan. Al-Fatihah
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim
7) Zaim
8) Angah
9) Rahimi
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Hasril, 11,
16) Zaid Ashwal, 18,

May 16, 2011

Cikgu Azizah

Saya mendapat email tentang larangan menyambut hari ibu, sehingga dikatakan haram. Arrghh, penat dengan pihak yg suka membantah2, sehingga yg simple sebegitu dibesar2kan. Akan adakah email yg menyebut haram tentang sambutan hari guru pula?

Ini kisah berkaitan Cikgu Azizah, guru pertama ku di sekolah rendah. Hari pertama persekolahan, aku bersendirian mencari kelas ku. Hanya yg aku ingat, muka cikgu yg menguruskan pendaftaran semasa hujung minggu yg lalu. Ye, Cikgu Azizah yang bertudung ikat itu.

Kelas ku satu anggerik, kelas yang bersebelah dengn bilik guru yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kayu. Bawahnya bilik simpanan alatan sukan yang berbau getah bola dan gelap. Juga bilik muzik yang aku tak pernah faham maksud not-notnya. Yang terngiang-ngiang hanya lagu yg diperdengarkan dari radio besar hitam yang jauh lebih sedap didengar dari nyanyian rakan-rakan kelasku.

Cikgu Azizah bukan sahaja guru darjah satuku. Kakak-kakakku yang bersekolah di Sekolah Rendah Ahmad Pekan turut berguru dengannya. Pendekatannya sangat menghiburkan. Dibentangkan tikar dan satu kumpulan akan duduk beramai-ramai di depan papan hitam. Satu kumpulan lagi membuat latihan dalam buku. Kanak-kanak memang suka belajar beramai-ramai. Setiap seorang bergilir memegang pembaris kayu dan membacakannya di papan hitam, seronokkan! Seawal itu Cikgu Azizah menerapkan confidence, empowerment, group learning, fairness, and happiness :)

Cikgu Azizah datang ke sekolah dengan basikal tua. Di Pekan basikal tua dan beca adalah pengangkutan yang popular di zaman persekolahku. Bila Cikgu Azizah geram, beliau memanggil pelajarnya dengan panggilan pokcik dan mokcik. Berdekatan dgn bilik guru, pelbagai insiden cemas dapat dilihat. Contohnya murid yang mengalami masalah dgn uniformnya (bukan malfunction) akan diberi uniform kuning lusuh yg didapati dari bilik guru. Juga ubat kuning bila berlaku kecederaan, loceng besi yang hanya pengwas-pengwas berkaliber dapat membunyikannya, turut diletakkan di bilik guru. Malah, semasa Long ku dapat twrn ke asrama penuh, aku dipanggil ke bilik guru itu. Mungkin sebagai persediaan physchology untuk adik kecil yg baru mengenal dunia, bukan dekat SBP itu, JB ok!

Pada suatu hari semasa kami mengerumuni meja Cikgu Azizah, Cikgu mintaku melihat jam di bilik guru. Sebagai murid yang taat, aku ke bilik guru dan kembali ke kelas tanpa memberi jawapan kepada Cikgu Azizah. Aku enggak tau maksud jarum2 itu!

Cikgu Azizah tak pernah menyakiti hatiku, tak pernah menahan pelajar yg hendak ke tandas, atau mengenakan denda yang menyakitkan hati. Rindu pada cikgu Azizah dan tulus kasihnya membuat aku nekad ke Pekan bertemunya beberapa tahun yang lalu. Mulanya aku ke kedai yang diusahakan Cikgu Azizah dan suami. Dulu Cikgu Azizah tinggal di tingkat atas kedai itu, kedai di mana aku beli sekotak tisu untuk ku hadiahkan kepadamya. Rupanya-rupanya Cikgu Azizah sudah berpindah. Berdasarkan arah yang diberi oleh adik di kedai itu, aku mencari rumah Cikgu. Beberapa kali ku beri salam, barulah muncul seorang perempuan tua, tertanya-tanya siapakah aku. Maka berjujuk-jujuklah air mata ku, mencium tangan Cikgu Azizah, memeluk tubuh tua yang mengajarku membaca puluhan tahun yang lalu.

Cikgu, selamat hari guru, moga guru sepertimu terus mewarnai jiwa2 pencari ilmu!

May 6, 2011

Alhamdulillah

Saya akan meninggalkan tempat ini untuk beberapa tahun. Bilik sudah dikemas2 begitu juga rumah. Saya melalui detik2 mengemas seperti teman2 lain yang melanjutkan pelajaran. Saya merasa sebak mereka.

Meninggalkan teman2 adalah saat2 yg menyedihkan. Dulu saya merasa kehidupan berkawan di asrama adalah pengalaman persahbatan yang terindah. Dan kemudian di Universiti. Dan sekarang di tempat kerja. Rupanya setiap persinggahan memberi pengalaman pershabatn yang berlainan. Teman-teman yang baik adalah rezeki. Walau di mana berada teman-teman yang mendoakan saya adalah nikmat pershabatn yang tak ternilai. Itulah hikmah kenal mengenal, mencari teman yang sudi mendoakan semasa susah dan senang.

kata pujangga - carilah shabat yang menghidupkan masamu, bukan membunuhnya. Moga ketemu lagi, moga yang baik2 sentiasa bersamamu, teman!

Apr 30, 2011

Lantera

Panas terik
seterik dosa
mengharap teduhanNya

*******

Hidung berdarah
ditarik-tarik pedih
sepedih dosa
ditarik keluar

*******

umrah ke 4 tertunai sudah
mengharap pahala
disimpan Allah
4 hari berbaki, akan kuisi
dengan bererti

aku tak mahu rugi
mahu rebut pahala
di tempat tersuci

*******

di depan kaabah
selama ini memuji
Tuhan arasy
tika ini ku puji
di depan Nya sendiri

apa lagi yang ku cari
cerita Al-Quran telah ku saksi
bakinya menunggu
dia akhirat nanti

ko doakan
jemaah yang berhimpun di masjid ini
akan kutemui lagi
di syurga nanti
kawanan burung di atas ini
kembali menyanyi
di syurga abadi

wanita tua yang membawa sejag air dan sesusun cawan
mengedarkan roti dan air
pantang melihat jemaah resah
ku doakan
mak cik kerudung hitam ini
terus berbakti
di syurga nanti

selsema yang belum kering
batuk yang menghentak-hentak keronkongku
seolah-olah dosa
yang belum habis keluar
sehingga ku kosongkan hati
hanya untuk-Nya

pesan kak cahaya menembus jiwa
duduk dengannya seperti dua jiwa berkata-kata
'cinta manusia letak di kepala, bukan dihati'
dan aku menambah
kerana hati itu hanya untuk Allah
meletakkan selainNya maka meranalah jiwa
mengeluarkan cinta manusia sakit tak terhingga
dlm hati ku sambung lagi
kerana itu bukan tempatnya

ku membawa doa-doa keluarga dan teman
dengan penuh harap
ku ucap di depan kaabah
dengan hina
aku yang berlumpur dosa
mengharap malaikat mengaminkan dan berkata
begitu jua untukmu

saat menjejak kaki ke raudhah
air mataku pecah
aku mahu bangkit di syurga
bersama rasul dan para solehin tercinta
moga
doaku ini
menjadi pengingat
bila ku alpa

bas bergerak perlahan menghampiri masjid nabawi
dan mutawif seraya berkata
Assalamualaikum Ya Rasulullah warahmatullahi wabarakatuh
Nabi, aku datang, aku datang, aku datang
air mataku tak terbendung lagi...

bersesak di hijir ismail
kepala ditolak
ku tetap tak berganjak

kepala ligat persoal
aku lupa akal ku baru dicipta
sedangkan rohku memahami segalanya
ku mohon
rohku kembali lagi ke sini
sebagai tetamu haji

*********

ku pohon dijauhkan dari sahibussu'
Allah kurniakan Fika untukku
dan ibunya untuk ibuku

ku biarkan ibu jalan seorang-seorang
natijahnya seliparku hilang
ku sedar salahku ini
tak boleh diulang

Mar 28, 2011

TERASA HATI

Tidak dinafikan saya agak pesimis dgn agensi kerajaan. Cukupla layanan ngeri masa di undergraduate dulu. Mungkin ramai pembaca pernah alami perkara yg sama. Kerani2 kaunter di kolej kediamanan dn fakulti yg mcm singa, pegawai yg berlagak, adoi, meluat kalau nk cerita. Mcmmana tak meluat, ada sekali tu nk ambilkan kad metrik kawan, pegawai tu (dari negeri yg tut) duk ckp: dia byr awak ke... huh pangkah pen merah!

This is another story. An online aplication at a M'sia public uni for postgrad study that are not always be accessible. A month after officer N emailed me and inform she cannot view my uploads. so she asked me to attach the certs. ok fine.

then, the offer letter sent to me through email. however, the offer letter is for sem 1 2010 eventhough my app is for sem 2. i email her again requested for new offer letter. no reply.

during education fair luckily the deputy dean was at the booth. i inform her that i would like to register a day later than the valid period of offer letter. she asked me to email that officer N and cc to her. I sent a week after that meeting and until now no answer.

Am I ready to reexperience life at public university? while oversea uni answered email less than a week, this so called research university (RU) did not reply at all. I guess technology did not contribute much to RU's efficiency.

Mar 16, 2011

Moga rohmu dicucuri rahmat, Khairan Sharmiza

Selepas habis kuiz hari ini pd lebih kurang jam 11.30, aku kembali ke bilik dan memeriksa email. Hanya ada satu email, kutipan derma untuk seseorang yang aku kenali - Khairan Sharmiza.

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar kita telah terlibat dengan
kemalangan jalan raya jam 7.00 pagi tadi di KM 3 24 jalan Segamat – Kuantan.
Pelajar berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian.


Terpampang wajah Khairan Sharmiza, pelajar kelas ku yang suka duduk di barisan hadapan dan tak pernah ponteng kelas walau sekali. Isnin lepas kelas terakhir dan quiz diadakan, itulah kali terakhir aku melihat beliau. Pada hari terbabit mid term paper dipulangkan kecuali 2 org pelajar termasuk Khairan Sharmiza. Aku meminta beliau tidak bimbang kerana papernya mungkin tercampur di dalam section lain. Di akhir kelas seperti biasa beliau mencium tangan ku sambil tersenyum manis dan 2 hari selepas itu Khairan Sharmiza tiada lagi di dunia.


Ya Allah, cucuri rahmat ke atas student ku yang baik ini, Allahyarhamah Khairan Sharmiza, ampun kan dosanya, ganjari segala kebaikan hambamu ini yang syahid dalam menuntut ilmu!

-Alfatihah-

Feb 22, 2011

Mengurangkan Beban Fikir

Setiap kali student datang, tak sampai hati utk tidak melayan pertanyaan. Di awal semester, tanyalah apa saja, dengan penuh semngt menerangkan, dibukakan buku teks, ditunjukkan project outline, sdgkan student dtg dgn lenggang kangkung. pen pun kdg tak bwk, mai sapu je pen atas meja.

dah masuk 2nd part of sem, kertas berlambk2 nk marking. this week present, last week baru berlmbk2 soalan nk ditanya. nk prsent hari ni, ptg smlm baru nk tanya pun ada. ada aku kisah? memang kisah pun. bertmbh2 stres bila kerja rsch aku tak siap, dn pd time tu la baru nk tanya pasal project yg aku beri 2 bulan lepas.

selagi tak tiba hr present, maka akan ada la soalan2 psl project, sdgkn berminggu2 sblm ni setiap kali tanya samaada ada soalan berkaitan project tiadala jwbnya. dlm timbunan kerja, dah tak larat nk jwb soalan2 student yg dtg ke bilik. akhirnya nk mudah dn short cut aku guna cara lain nk jwb.

Semua group sempt ke present minggu ni?
aku: tengok project outline, present smpai bila (smbil tunjuk project outline)

tajuk kami ni pasal supply chain yg computerised ke?
aku: u tajuk ape?
SCMS
aku: S tu stand for what?
system.
aku: so system la, computerised!

Likert scale utk statement, bukan soalan
aku: (belek paper sorang author ni, dan tunjuk) ni author ni buat!

Dependent variable bukan kene byk sub2 ke?
aku: awk tau ke nak analyse mcm mana?

biasanya lepas tu tak de dah soalan remeh2 kerana mungkin kesedaran untuk lebih menggunakan pemikiran sudah mula timbul. Teringat cerita dari temanku @ Santan bagaimana seorang Prof melontarkan persoalan kepada seorang menteri dlm satu perbincangan tentang penggunaan Bahasa Inggeris dlm sains dan math. Prof: adakah mana2 negara yg menggunakan bahasa ibunda dlm pengajaran, tp guna bhs inggeris dlm sains dan math? Akhirnya menteri berkenaan mengumumkan dasar itu dimansuhkan pd 2012. moralnya, bukan student sahaja kene ajak brfikir, menteri malah bos pun kene diajar berfikir!

Jan 11, 2011

token of remembrance

masa kecik2 dulu saya impikan utk bukak kedai hadiah. seronok pilih brg dan hadiahkan pada org. lebih2 brg yg kita suka dan we share the feeling of enjoyment of that things by giving it as a present.

Some people believe the luck of 11/1/11. The 'special request' was organised by students and the 'besday boy and girls' received surprise gifts in class. My class was slightly distrupted by the noise of the surprise but still consider as -OK.

I thought this day will only be enjoyed by students. Before having the lunch, I was told that a choc is in my pigeon hole send by a friend of mine in Sabah who I haven't met for the last 3 years. Finished with lunch and was at the parking lot, I received a cute white wall clock bought by K Amy from IKEA. And while walking at corridor, the 'special request' commitee present pair of cute bears and candies. It is unexpected remembrance from unexpected people on expected 11 Jan 11. Oh! I received food delivery while writing this post :)