Nov 29, 2010

New Sem Begins!

Hari ini bermula 1st week of new sem. bila type wording ni baru tingat aku kene prepare attendance student. haha. kampus lengang. tak nmpk student berjalan berangkai2 ke kelas. bukankan dekan udah mengarahkn kelas mesti bermula minggu pertama? adakah arahan ini hanya utk pensyarah tetapi tidk dipanjangkn kpd pelajar? sungguh sadis. mengharap dengan sangat kelas sem 2 ini akan berjalan dgn baik. udah 2 sem tidk berjumpa student degree, harap segalanya berjalan dgn baik. doakan :)

cuti, workshop perlu disemak tarikhnya. maka kelas ganti dpt dibuat dgn teratur. kelas aku dgrnya akan di 'split' kpd 2 lect, meaning akan ada co-teaching. tak kisah walaupun hrp benor kelas tu maintain cm skrg so tak pyh pening2.

kalau ada sape2 yg br nk mengajar, my advise jgn ambil port sgt dgn perangai gen Y ni. aku dh mcm2 kene. jgn harap la dia akn karang email atau SMS to their lec penuh hati2 mcm generasi X, (ye ke?). they are generation that are more frank, confident but less critical thought, uppsss.

Get to go for things before class at 10am. I guess less than 10 students will be there ;)

Nov 15, 2010

GOOD PEOPLE HAVE GOOD SENSE

ini cerita berkisar tentang anak murid ku fatin. dlm keserabutan minda ku hari ini, fatin telah menghantar questionnaire research nya. dlm 3 org student yg aku beri arahan yg sama, hanya fatin muncul dgn questionnaire yg dihantar melalui email.

apa yg aku minta dihantar oleh fatin dn jelas usahanya terserlah walaupn tidak semua betul. dlm lmbkn kerja yg perlu diselesaikan kerana cuti mulai ptg esok, aku loloskan juga utk menyemak kerja fatin, tanda betapa aku amat menghargai hasil usaha fatin dlm memenuhi arahan yg diberikn.

besar harapn agar fatin dpt menyiapkn rsch dgn baik. moga2 fatin cemerlang lagi semasa presentation akhir nanti.

i conclude that good students have good sense. eventhough they have no experience in that work, but their sense works! i wish will be one of them!


**************************************************************************

pelbagai persepsi sblm kedtgn Vice President HR minggu lepas. seorang dato' dan VP memungkinkan perwatakn yg serius, tegas dan mungkin juga pengumuman yg keras akan diberi. sangkaan ternyata tidak benar. Dato' ini tenang dan bersahaja orangnya dan melayan soalan2 yg dikemukan dgn sabar, tenang dan terbuka. setiap soalan di jwpnnya dgn jelas, disertakan kronologi dan fakta sesuatu keputusan yg diputuskn oleh HR. Secara tak langsung beliau mengajar kami utk menjadi bijak dan profesional sperti nya. Kami menyimpulkn semua di dalam kepalanya dan masalah dpt diselesaikn dgn mudah ditangannya.

good people have good sense. agaknya masalah aku tak jadi masalah bila ditangannya!

bila mengharap pada manusia

coretan menjelang raya aidiladha. analisa berdarkn masalah ku, masalah keluarga, masalah kawan2, masalah politik negara (pulok)

apakah punca segala mcm konflik ini? jawapn nya mudah, mengaharap pd manusia.anak mengharap ibu memahaminya, ibu mengharap anak memahaminya,kawan mengharap kawan memahaminya, ank buah mengharap bos memahaminya.

siapa yg patut kita harapkn?

Nov 12, 2010

Help!

Satu perangai huduh saya adalah cepat boring. smlm kawan ku Ida beri link to Sami Yusuf latest song. lagu2 nya memujuk kebosanan saya yang melampau.

entahlah, saya boring kalau dihadapkn dengan benda yang sama, sama dan sama, berbual tntg org itu org ini setiap hari...boring!!! Ya Allah itulah yg aku hdpi dan saya kene hadapi.

rancangan tv pulak, saya tak leh terima slot samarinda atau cerekarama kat tv. kat tv2 jauh sekali. alasannya- dismping lakonan yg tiada jiwa, balik2 muka yg sama, dan entahlah, saya hanya dgr2 kwn bercerita. betapa dull nya life saya bila persekitaran tidk mengangkat ke thp yg lebih maju.

baru-baru ini saya merayau di kedai buku ukm di pusanika tu, saya jumpa buku arenawati kuntum tulip biru. bila belek2 menarik bangt buku tu. skrg baru 1/4 baca. betapa ketinggalan nya aku kerana cetakan pertma 1987 dan aku tahu buku ini hanya pada 2010. sungguh sadis.anyway, harap ia dpt kurangtkan kebosanan aku.

Oct 28, 2010

intrusiveness, anyone?

Assalamualaikum wbth

kepada diriku dan diri pembaca. ketika mencari-cari artikel berkaitan mobile ad intrusiveness,terjumpa yg ini:

From the perspective of consumer privacy, intrusion can be defined as invading an individual's solitude, including intrusion of one's private affairs (Sipior and Ward 1995; Teeter and Loving 2001). Sturges (2002) defines solitude as a space around an individual that is "to be left alone".
dan juga ini:

Previous studies have indicated that perceived ad intrusiveness consists of the following dimensions: interference with one's privacy (Sipior and Ward 1995; Teeter and Loving 2001), cognitive process and/or task performance (Li, Edwards, and Lee 2002).

Moralnya: the bigger 'left alone space' the wider the feeling of intrusion :)

Oct 11, 2010

Merenung Sejenak

Alhamdulillah, kelas sudah berakhir, minggu ini pelajarku sudah mula final exam. Moga dapat menjawab dengan cemerlang, doa dari guru mu yg dhaif ini. mungkin ada guru yang sering mendpt SMS terima kasih yg dihantar pelajar2 mereka yg baru keluar dari dewan exam. tetapi tidk bagi aku. may b aku bukan jenis yg beri tips, soalan2 yg student may b tak expect, dan yg penting, aku tak penah cari cikgu sejurus keluar dewan exam, uppss.. mytruecolor.com.bi

tapi last week, student HR research ku, Fatin SMS lebih kurang begini - terima kasih Miss,kami bertiga baru habis presentation, hanya ada minor correction, dpt pujian lagi. Shbtku Fuzah sbg reviewer for the presentation tu bercerita, rupanya Fatin dpt tepukan gemuruh dan tak perlu correction untuk proposalnya. dua org student lagi correction on sample dan sorang lagi on hyphothesis and sample.

Semalm ada pengajaran yg bermakna utk aku. semasa sediakn sarapn jam 11, ye jam sebelas, aku biarkan daging burger di atas kuali, dan pergi ke bilik2 utk menutup pintu bilik. bila menggoreng tahu2 je la bau asapnya bukan aje di dapur, bilikk tidur pun naik bau sekali. dan sebaik aje menutup pintu bilik depan, hahah,baru ku ingt tombol pintu bilik tu sering aje udah tertekan disebelah dlm bilik. sungguh, tombol pintu tdk dpt diputar lagi dari luar. gugusan kunci digantung di dalm bilik. Damn !!

maka bermula la hari aku tanpa dibenarkn masuk bilik utama. mujur kebykn baju2 kt bilik sebelh, dn mujur telekung mini dan stokin aurat pun ada kat bilik tu. dari zuhur sampai subuh pg ni aku solat dgn jubah. jubah tu dah dlm group baju yg nk sedekah. dibawa keluar dari bilik depan beberapa hari lepas. semua kerja berkaitan bilik depan terbengkalai. baju2 yg kene basuh dlm bilik dpn.

satu pintu tertutp, 2 bilik lagi masih ada - kain2 dibilik kedua perlu dilipat,bilik belakang perlu disusun brgnya, ruang tamu perlu dikemas, dapur perlu dicuci, porch perlu dibersihkan. fokus2.

aku lupakn seketika kusut masai hariku pintu bilik utama tidak dpt dibuka. mujur compct powder ada dimeja kt living hall. itu bagusnya berbedak smbil menonton rncngn tv, haha. kerongsang dibeli di convest UIA pun ada kat atas TV, tak pakai lagi.

dari ptg tadi aku cuba pelbagai cara nk bukak pintu. kad2 dlm purse dah susut aku guna utk bukak. and finally aku bertegas tunggu esok saje la mintak dgn ofis spare key.

sambil menonton persndingan kayangn Dr SMS, aku melihat di bawh pintu bilik depan. gelap. bilik tu seolah2 tdk mengenalku. membiarkan aku didunia ku dan dia didunianya. seakan tidak pernah berhubung.amat tragis. selama 4 tahun aku memiliki bilik ini, dan kini ia menidakkan hakku.aku tak mampu berbuat apa2, pasrah, satu pintu bilik tetutup, aku menggunakan resources yg ada diluar, toiletnya, toto, kusyen kerusi. aku boleh selesaikan kerja2 di dapur, ruang tamu, porch. sekurang2nya, satu pintu tertutp, aku boleh focus pd yg lain2. tidak smbil di dapur teringt baju dibilik utk dibasuh, smbil menyapu di living hall udah penat fikir utk menyapu di bilik depan pulak.

mlam tu membuat aku terfikir, bilik gelap yg tertutp rapat dn terasing dari ku seolah2 kehidupan dn kematian. sekelip mata, kehidupn di dunia bukan lagi milik kita. serta merta alam dunia kawasn larangn, tiada pilihan melainkn hnya mampu memandang saje. dan pintu yang tertutup rapat membuatkn aku focus pd kerja2 diluar. satu pintu tertutup rapat, aku tak perlu memikirkan bebanan didalm nya. begitu juga dlm kehidupan. untuk berjaya ada pintu yg perlu ditutp rapat, pintu kemalasan, pintu riyak, pintu sombong. baru beban yg tak sewajarnya difikirkn tidak mengganggu kebaikan2 yg sedang menunggu dipintu2 lain.

Lihat hebatnya Allah, pintu2 rahmat disebalik 99 namaNya terbuka luas. tiada yg tertutup. malah byk lagi pintu2 rahmat di langit. sementara hidup moga aku diberi kekuatan utk memilih yang baik2 dlm hidup sebelum aku hanya mampu memandng dunia tanpa mampu memilih lagi. maka, pintu ape yg perlu ku tutp rapat2 hari ini?

Hasbunallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa nikmannasir...

Sep 29, 2010

Doakan Teman ku ini..

Today is efa's birthday. in her email previous days, she mentioned that she got flu. i intend to reply her email today, on her birthday. when i mention to Fuzah that today is efa's birthday, she dialled efa's no. her voice is so weak.

i simply thought it's normal flu like before. she got fever few days ago and despite her condition, she suggests that i should go to maher zin concert that i mention in birthday msg this morning. Until i asked about her health, supervisor, pilot study and analysis, only then she revealed that she did not go clinic, probably because of the absence of insurance, like she mentioned before. her supervisor makes problems again.

she mentioned her doubt that her supervisor is a jew before leaving for Melbourne last year. it's proved right. he seems not interested to coach her, did not entertain efa much and object her proposal days bfore presentation. you know independent efa wil do everthing to succeed against these obstacles. she finally managed to defend her proposal using feedback she received from profesors in various universities that she emailed a day before!

it is not easy for this kind lady, after removing her right eye lense after dr found it was ruin. now she's wearing synthetic lense, and it is farsighted. One night in last May, she called me and told she was in Malaysia, having surgery few days back. with stiches still in her eyes, she urged me to attend for phd interview nxt morning. she insisted me that i have to grab the opportunity. i could not help but cry that night how lovely she is, thinking about others while she is in pain. Ah, what a great life having such a big heart friend.

this morning she told that she did not meet the suprvisor for the past 2 months and was not guided for pilot test analysis, she has yet recover from flu, and cannot come to office.

Readers, please pray for my friend efa, who always touch people's heart with her generosity. May her humbleness to the cleaners staff that she had been taking care of, the prayer rooms that she cleansed wherever she visited and donation whoever seek for, will Allah prosper her with good health and ease her study, her life.

Doakan Teman ku ini..

Sep 7, 2010

Salam Aidilfitri

Catatan ini dibuat beberapa jam sebelum aku akn meninggalkan kampus. 2 hari lagi akan menyambut syawal. bermakna, hanya 2 malam lagi utk bertarawih. di bulan yg mulia ini ramai jemaah di masjid. kalau di masjid uia masa belajar dulu, malam 10 terakhir ada qiamullail setiap mlm. dan ada pulak satu mlm dianjurkan grand qiamullail. masih ingat lagi ada sekali terawih dgn Nan, Nan ingtkn aku niat iktikaf. alhamdulillah, masih ingt pesan Nan smpai skrg. Dan Dik ma selalu ingtkan, mlm raya adalah malm yg pahala ibadhnya sngt besar seperti dinyatakn dlm hadis. TQ Dik ma. Kwanku Fuzah pula target nk khatam Quran. sejak hari tu aku pun pasang azam yg sama dlm bulan yg mulia ini. Moga kawan2 ku dirahmati Allah dan betmbh2 ilmu kalian.

Kalau dilihat di kalangan jemaah di masjid, ada yg menunaikn terwaih, tetapi tidak solat sunat selepas isyak. Aku masih ingt pd bulan Ramadhan, sebaik isyak, sewaktu itu kami di surau sekolah, dan Ustazah Yaminah berdiri dn berkata, sunat slps isyak itu sunat muakkad, lagi dituntut dari sunat tarawih. Terima kasih Ustazah atas ilmu ini. Juga, seringkali kita lihat jemaah wanita telapak tangannya di atas telekung solat, bukan di atas sejadah ketika bersujud. Sedangkan tapak tangan mesti mengena tempat sujud.

Moga Aidilfitri benar2 membawa kita kembali kepada fitrah manusa yg suci hatinya, seperti maksudnya. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sep 6, 2010

CORAT CORET RAMADHAN

Ramadhan kali ini disambut seperti tahun-tahun berikut. Masih lagi berterawih di masjid yang sama, berbuka dan bersahur bersendirian. Pada awal2 tahun kedtangn ku ke mari, ianya amat menggusarkan ku. iya, kelihatn amat menyedihkn. namun, alhamdulillah, udah hampir 4 tahun aku di sini, masih tegar utk melaluinya. bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia(Lirik Cinta- Melly).

Pejam celik udah 27 ramadhan. kampus sunyi. student majoritynya udah meninggalkan kampus. bermakna tugas2 rutin - nota, kelas, lecture, attendance problem, marking akan berhenti seketika utk 2 minggu. yahooo.. hehehe. maka, ini ruangnya utk aku kemaskan bilik dan selesainya kerja2 rsch yg terbengkalai, men'delete' file dlm external h/disk dan mengemas bilik ofis, yang kalau ikutkan hati, nak buang separuh darinya.. hehhe

semasa memeriksa file dlm xternal h/disk, aku melihat2 doc yg aku simpan, sejak 4 tahun lepas. byk file berkaitan puisi, surat kpd editor mjlh, kolumnis, dan file2 yg aku taip2 idea2 aku. secara rumusan, di awal kedtgn aku a.k.a awal zaman pekerjaan aku, aku ni agak idealis atau mungkin kurang fokus. iya, semuanya mahu difikirkan. hehehe.

ternyta, apabila udah mencapai umur sebegini, aku enggak ingin stress lagi. dan selalu berpesan pd diri. jika ingin emosional, sesungguhnya, aku ada pilihan lain dari perperasaan itu. aku boleh memilih utk mengembirakan hatiku dari menyempitkan otak dgn masalah2 harian. dan jika kau baca cerita ini http://dinoor.blogspot.com/2010/08/forgive-me-allah.html(thank you K Min!) ternyata pilihan itu sentiasa ada dlm apa keadaan sekalipun..

*************************************************************************

semasa menandatangani helaian doc, makin lama, signature aku entah apa bentuknya. maka, sedarilah aku, aku tidak hadirkn hati semasa menandatangani. ALLAHUAKBAR. betapa besarnya pengajaran dari peristiwa ini. rupanya, solatku, bacaan quranku apabila hatiku tidak sama2 bersolat dna mengaji, maka hilanglah bentuknya. moga solatku tidaklah seumpama kain buruk yg dilempar ke bumi. moga kita dikurniakn hati yg khusyuk. Ameen.

Jul 21, 2010

Memujuk hati

Pagi tadi Kak I hantar laksa. untuk breakfast katanya. dgn Kak I, tak tergamak untuk menolak. Kak I dtg dgn berita yg mengejutkannya, adik arwah tunangnya menjual di pasar tani, dan laksa ditangannya itulah jualan hari pertama adik nya itu!

Kak I bercerita, dan matanya berkaca2. dan mataku jua, hingga membasahi tempelan bedak di muka. dia teringat arwah tunangnya, bila melihat adiknya itu. sayu. dalam hatiku, sedih kakak ku ini tidak bertepi, aku menyelami, setiap org ada sedihnya tersendiri.

****************************************

apa yang membahagiakn hatimu?
teman2 bertukar cerita, bergurau senda, lawak jenaka,
teman2 penghibur duka, pendengar setia
teman pergi, teman tiada lagi membawa diri, tidak semesra dulu lagi
tiada lagikah bahagia dihati?

apa yang membahagiakn hatimu?
keluarga tempat luahan rasa, peniup semangatmu bila kecewa
keluarga gembira keluarga ceria
keluarga tak memahami, atau terluka hati?
Salah anggapan atau penuh spekulasi?
tiada lagikah bahagia dihati?

apa yang membahagiakan hatimu?
jwatan idaman dan gaji lumayan
bebas berkereta dan berbelanja semahunya
simpanan kurang, dan duit melayang
siapa tuhanmu selama ini?
tiada lagikah bahgia dihati?

apa yang membahagiakn hatimu
teman sekerja dan organisasi cemerlang
kedudukan selesa dan dipandang orang
jgn disangka semuanya indah
pasang surut adalah lumrah
kesekian kali nak membawa diri
tiada lagikah bahgia dihati?

apa yang membahagiakn hatimu
mengenal Allah dan rasulmu
hingga ke mati
bahagianya kekal abadi
ternyata stres mu sia2 selama ini
kerana itu bukan bahagia yang sebenarnya kau cari


***********************************************

recommended text: The Alchemy of Happiness, AlGhazali
additional text: Majalh Solusi.

Jul 8, 2010

KATA SEMANGAT UNTUK SANG REDHA

Sehari selembar writing, lama-lama menjadi paper conference

sehari selembar correction, lama-lama menjadi paper journal

sehari selembar buku dibaca, sehari selembar kertas ditulis, lama-lama siaplah satu chapter

Siapa lagi yg nk dengar ckp lecturer kalau bukan lecturer (yang sedang buat thesis).

Siapa lagi yang nak ikut peraturan univ kalau lec pun tak ikut peraturan (kata2 utk menyejukkan hati selepas borang tak diproses sbb hantar lambat)

Siapa lagi yang perlu proaktif kalau bukan lecturer sendiri (kata2 utk menyejukkan hati selepas borang tak sampai kat HR. Moralnya, follow up!)

Siapa lagi yang perlu belajar utk redha kalau bukan lecturer sendiri yang berckp tentng ilmu sehari2(kata2 utk menyejukkan hati selepas mgmnt tak amik peduli! oppss)

Jun 11, 2010

Petition for Gaza

Visit here:

http://www.avaaz.org/en/gaza_flotilla_8/97.php?cl_tta_sign=33539abd4477b89874da5b1af0613287

Jun 9, 2010

Link to Entry

Saya sebenarnya berkira2 nak tulis new entry. tapi setelah terbaca entry ini http://albazrah.blogspot.com/2010/06/in-memory.html dan terganggu dengan kenangan silam, puas hati udah.

May 17, 2010

Green Day - 21 Guns

I keep thinking all this while on this lyrics, to whom this song dedicated to. Until yesterday, while listening to this line 'Like a liar looking for forgiveness from a stone' - tembok ratapn and people grieving in front of it come into my mind.

To Green Day,

Thank you!!!

To Israelis,

This is yours. Enjoy!!!


Lyrics Green Day - 21 Gun
http://www.youtube.com/watch?v=Mt1Hev7SO_E


Do you know what's worth fighting for,
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins.

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins.

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I

Apr 26, 2010

Kenangan jogging

Semalam saya jogging sorang2. Huh, lega. smpai sakit2 bdn hari ni. Dah lama tak jogging :)

Semalam, saya mengimbas kembali aktiviti jogging selama ini. Saya mula berjogging masa di Sekolah Menengah. Memandangkan saya tinggal di hostel, saya terikat dgn aktivti hostel, dan antaranya jogging!

Seawal 6.30 pagi, kami sudah bersiap2 berkumpul di hadapan hostel. Hostel kami serba sederhana, di depan hostel, ruang seluas 2 court badminton memanjang, ditutpi dengan penghadang zink. Di sinilah kami berkumpul utk senaman, taklimat gotong royong, malah di sini la kami berkumpul dan berdoa sblm masuk exam. Dan untuk aktiviti jogging, disulami angin sejuk pagi kami memenuhi ruang dpn hostel ini dgn penuh excited, nak jogging!

Berjogging pagi bermakna kami dapt ke Pantai! Memandangkan hostel kami hanya kira-kira 20min jalan kaki ke pantai, destinasi tak lain tak bukan jogging hingga ke gigi air! Aku yang sememangnya kaki jalan jarang lepaskn aktiviti ni, kesihatan dan hiburan!

Pagi yang masih suram, kami pelajr2 perempuan memulakan derap langkah jogging kami. Untuk jarak yg lebih dekat, kami terpaksa jogging melalui rumah ala-ala setinggan di Tg Api. Bunyi langkah kami yang agak ramai pasti mengundang bising, dan kami perlu cepat melalui kwnsn rumah ini. Pada waktu ini, dengn angin sejuk pagi menggigigit kami dan selepas melalui setinggan tadi kami melalui kwsan lapang, dn sedikit rumput dan tibalah di Pantai!

Angin sejuk pantai menyambut kami, mula jogging atas pasir, melihat matahari mula menyinarkn diri, air surut dn laut yg saujana luas dan bila jogging kami sudah sampai ke hujung Pantai, bermakna kami perlu pulang!

Di Matrikulasi Kolej Mara Seremban, housemate ku Hajar suka benor berjogging. Kwan ku seorang ini memang healthy conscious. Sudah bergelar Dr sekarang, Alhamdulillah. Jadual waktu matrik yg padat, buat ku penat! Sabtu dn Ahad utk berehat! Tp mengenangkan Hajar aku teman kan jugak dia berjogging. Kolej kami berhampiran taman tasik, dan ada mini zoo. Pagi minggu di taman ini ada sekumpulan warga emas berkumpul utk taici. Dgn berat aku yang hanya 40kg masa tu, aku jogging dgn perlahan dan membiarkan Hajar tnggalkan aku di belakang. Sengaja aku biarkan dia jogging sebanyak round yang dia suka dan aku lepak2 di tepi tasik!

Masuk kampus Bangi, aktiviti jogging hampir tiada. Jarak dari hostel ke Fakulti pun sudah 30 min turun naik bukit. Kawan ku Chup dan Kirah berkali mengajak jogging ke Tasik Kejuruteraan. Boleh naik kayak kata mereka. Sabtu Ahad di UKM benar2 utk ku berehat dari segala perjalanan hujan panas. Cukup lah aku berjalan kaki hanya utk ke kelas! Maka Chup dan Kirah saje lah berjogging dan menurut mereka, dia org balik jogging dgn bas!

Di UIA, pada mulanya aku jarang jogging. Tapi bila aku tahu kawan ku Ida pi jogging, aku pun turut serta. Kadang dgn Dik ma, Fizah, K Eka, tak pun sorang! Di UIA ada female sport complex, tapi kdg tu brother pun tumpang sekaki kat tennis court, malah kat running track pun!

Di tempat kerja skrg, aku mula jogging bila tau Efa pun jogging. Mulanya Efa joggng di tasik di kawasn aprtment studnt. Kat situ cepat panas dn bau pun tak enak. Lantas aku ajak ke kompleks sukan mini. MasyaAllah, running track dia berdepan dgn bukit tinggi yg menghijau. Angin pagi yg segar dn pokok2 pelbagai jenis tumbuh berlapis2. Sunyi. Kelibat pasangan suami isteri, bapa dn anak, berteman atau berseorangan bertebaran jogging di kwsn track. Permai. Kadangkala bertukar senyuman, sapaan dan jangan terkejut ada yg memberi salam!

Aktiviti jogging dari dulu hingga sekarang ditutup dgn aktiviti yg ditunggu2 - breakfast! Nasi minyak lauk sardin dibeli dgn Kak Peah msa di sekolah, sarapan yang banyak semahunya kerana self service dn air kopi yng mantap selpas jogging di Kolej Mara (nobody bfast after us, dh abs waktu!) ataupun Cafe Hafsah dan Asma untuk cover penat kami berjogging, atau roti canai Wak di sini tmpt kami smbg bicarawara (dh la tgh jogging pun borak!) the sweet memories of jogging lies in my heart. To my friends out there, stay healthy and enjoy your beautiful days ahead!

Apr 23, 2010

Mencari Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad Penghulu Alam, Para Nabi, dan Pewarisnya, Para tabiiin, umat2 terdahulu, penghuni alam, tempat berkelana sebelum bertemu di sana.

Alhamdulillah, udah selesai marking Quiz. Teleng2 kepala rasanya melihat kertas jawapan. Next week, mid term paper menanti utk di'marking' :)

This week is the last week for Fuzah, my dear friend here, who will start her maternity leave next week. Datang ke tempat ini, aku tertanya2 adakah aku temui kawan seperti di UIA. Setahun berlalu, rasa sunyi bila tiada teman yg benar2 memahami. Hingga la Fuzah dan Efa datang. Hehhe, kedua nya x-uia :). Hingga ada kawan lain mengatakan kami ni asobiyah. Huh! aku sendiri tak perasan!!!

Kalau sebelum ni most of everyday aku akan bfast dgn Fuzah. For the next 2 months, I will be alone, which I think it's not a problem at all, as I could have my bfast in my room, or joining others group.

With Efa, most of our discussion is about of future life, our dream, our thought, our belief, including analysis of what we see, read, watch, and the most important sharing the jokes!

Since Fuzah a married woman, most of the discussion about family, relatives, students problems, close friends and of course the adminstrative issues that Fuzah always know first!

Smlm Fuzah cerita pasal sorang student dia yang mintak pandangan Fuzah. He wants to recheck his final exam paper! Kata Fuzah student ni perasan handsome dgn style rambut dn gayanya dlm kelas.Fuzah dengan sabarnya beritahu, " mcm ni la, markah awak sebenarnya 59, tapi since it's border line, saya jadikan 60. Tengok paper awak ni, mcm mana lagi nak tambah markah awak. Kalau recheck examiner lain akan ikut answer scheme, lagi rigid.

Tambah Fuzah lagi "Bukan saya tak kesian kat awak, dalam kelas saya awak baca novel, macam saya tak tahu" (mat novel upenya). Budak ni terkejut Fuzah ckp cam tu, "Mem tau ke mem" budak tu membalas longlai..he he he

Good thing abot Fuzah, her passion. Dia tak cepat melenting cm aku. Ada sekali 3 org student perempuan lepas kelas blah dgn beg2 skali, tak join tutorial. Then, Fuzah check attendance dn panggil nama dia org.

Next class, budak2 ni dtg. "Mem, kami pi toilet, pas tu kawan kami muntah, so kami terus balik" Fuzah:"oooo, macm tuuu" Fuzah tak byk soal, tapi dia tau student tak jujur, tp dia buat2 seolah2 percaya dgn kata2 mereka. "Mcm aku tak tau, kalau pi toilet, tiba2 muntah, kenapa tiga2 org siap keluar dgn beg2 skali" Itulah Fuzah. Tak cepat melenting depan student. Cool...

Untuk Fuzah dan kawan ku Zakiah yang sedang menanti hari untuk bersalin, moga Allah memudahkan kelahiran baby yang ditunggu2. Moga kebaikan sentiasa bersama kalian.

Apr 1, 2010

Jika

Jika kau melihat ku berdiri
kemudian rebah
ketahuilah
aku sudah tak mampu menahan resah

Mar 18, 2010

Thursday blues

Tuhan

Damaikan hati ku
Yang penuh ragu
Syaitan bertenggek tak pernah jemu
Resah gundah marah

Ku tahu adanya ubat
Tapi diriku yang liat
Hanya mampu mengeluh
Aduh!

Mar 9, 2010

G.E.R.A.M

Dah lama aku bersabar dengan minah sorang ni. Memang dia senior kat tempat kerja aku. Dan lebih haru adalah dia juga mengajar subjek2 di bidang yg aku ajar. Tak dinafikan aku memang blur2 sikit masa mula2 mengajar. Ye la, fresh grad katakan. That's why aku tak kisah sgt kalau lecturer2 junior buat silap kecil2.

Bermula awal2 tahun aku masuk sini, aku ada co-teaching dgn dia. Yang tak leh aku lupa dia burukkan aku depan student. Huh, sabo je la. Tapi aku buat2 tak tahu. Kebetulan dia ni baik dgn seorang lecturer senior lain, K.I.

Tp jangan ingt aku tak de network. Mujur Kak M seorang lg lecturer senior tolong defend aku dpn student. Masa Kak M citer lecturer tu buruk2 kan aku, dn dia tlong defend aku kat stdent, aku nangis. Oh K M, nape saya yg tak minat sgt jd lecturer ni dibebankn dgn isu2 yg memualkn!

Nak dijadikan citer, masa conf di Melaka, aku dpt sebilik dgn K.W. Ada hikmahnya, K.W citer pasal lecturer yg aku geram tu berbakul2 kutuk saya. Saya balas "kak, kalau dia boleh cakap berbakul2 psal saya, berbakul2 sy boleh citer pasal dia!"
K.W: Ibah baik dgn K.I kan, hati2 dgn dia, selama ni dia jg yg kata2 pasal ibah

Hari demi hari, tahun demi tahun, dah hampir 4 tahun aku kat sini. Aku buat biasa je dgn lecturer tu, bual cm biasa, tanya perkembgn anak dia yg sakit ritu. Dgn K.I pun aku buat biasa je. Tak lebih2. Hingga la semalam

Email aku: Salam. Exam make up test saya letak bawah pintu akak utk moderation. Deadline hari ni. Test pagi esok. Tolong letak kat bawah pintu saya untuk HOD sign pagi esok. TQVM. (cc kpd Ketua Jbtan (HOD)

Dia: Dengan CC kpd Dekan, timb dekan, HOD. Dah tahu deadline hari ni, hantar la paling tidak pagi tadi. Saya kelas 2-5pm, tak sempat nk moderate. Saya perlu baca setiap soaln dn nilai kesesuaian bukan tanda je.

Aku: reply all. Terima kasih. Saya kelas pagi semalam 9.00-12tgh. Tak ingat ke akak hantar moderation after deadline sem 2 baru ni. Ada ke saya email kat semua? Terima kasih atas teguran. Harap maaf

Tadi dia call

Dia: Ibah, soalan MCQ tu ada sama ke dgn last year?

Aku: tak. Sama dgn soalan sem yg sebelum tu. Student ni MC sejak minggu ke 8. This week pun MC, tp this week last ambil exam

Dia: Tak boleh sama satu pun. Tak pe la kalau cm tu.

Haha,tak puas hati lagi upenya.

Lepas ni aku akan strict moderate soalan dia. No more direct question ya lady!

Mar 2, 2010

N.E.R.V.O.U.S

Setiap orang pasti melalui saat2 nervous. Tak kira penyanyi, pelakon, penceramah, pelajar mahupun surirumah tak terlepas dari diserang rasa nervous.

Saya nervous sebelum naik ke pentas, tapi bila mula menyanyi, rasa nervous hilang.. -Sheila Majid mengulas tentang konsertnya beberapa tahun lepas

Saya sgt nervous utk menari dlm musical film ini, tp bila sy mula berlakon, nervous tu hilang, dan saya nk berlakon musical film lagi - Penelope Cruz


Oprah: What will you do when u r nervous?
Marion Cotillard: work


Saya adalah antara individu yg mudah dilanda perasaan ini. Sejak sekolah rendah contohnya, jantung saya berdebar kencang kalau cikgu panggil nama saya. Semasa sekolah rendah di Sek Keb Rompin, saya jarang2 diminta berdiri di depan khayalak. Kalau ada pun beberapa kali sahaja seperti menyertai pertandingan bercerita Bhs Inggeris. sebenarnya sy diminta menyertai quiz Pendidikan Islam tetapi saya memilih menyertai pertandingan bercerita. Ternyata saya tiada bakat langsung bercerita (bahkan sehingga kini) dan kalah tanpa mendapat tempat utama. Sedangkn quiz Pend Islam saya dapati soalan nya mudah, ibah oh ibah!

Kat Sekolah menengah masalah ini berterusan. Nak2 ramai ustaz ustazah adalah bekas anak murid abah saya jadi chance nama saya dipanggil dlm kelas utk menjawab soalan sgt tinggi. Saya ingat lagi ada subjek Sejarah, Cikgu Zaimah suka panggil student dan baca teks dlm buku sejarah. Setiap kali kelas, pelajar diminta membaca paragraf demi paragraf sehingga beliau suruh berhenti dn sambung oleh pelajar lain. Setiap kali kelas beliau, saya berdebar2 sehingga menyebabkan kepala pening. Sehinggalah saya buat keputusan untuk mengawal kebimbangan saya dan kepala sy tidak berdenyut laju dn saya tidak pening lagi menjelang subjek beliau.

Di sekolah menengah, aktiviti kelas nak tak nak terpaksa sertai. contohnya menjawab soalan di blackboard, nasyid, membaca berita (utk subjek B.Melayu). Saya rasa faktor nervous berdiri di hadapan kawan2 kerana dua baris pertama dalam kelas sejak saya peralihan sehingga ting 5 adalah pelajar lelaki. Saya berperang perasaan apa penilaian mereka terhadap saya. Sungguh tak bertamadun perasaan itu!

Bila di UKM, sangat jarang terlibat dgn aktivti berdiri di depan kelas. Mungkin sebab saya di Fakulti IT, the lecturers themselves love privacy as much as we love it too. Therefore, boleh dikira presentation yg sy terlibat sbb kebanyakan subjek adalah antara kami dan komputer sahaja dan disket dihantar utk penilaian markah!

Bila di UIA, saya behadapan dgn defense of proposal dn viva. saya tak ingat sangat nervous ketika itu. Yang sy ingat betapa nervous nya bila hari pertama memasuki kelas undergrad bagi mengggantikan Puan Asiah yang ke German selama 3 minggu. Saya selaku Graduate assistant beliau membantu admistrative work memandangkan beliau mempunyai pelajar lebih dari 150 org. Tugas2 sy seperti menanda markah MCQ, memasukkan markah dlm mark sheet, mengira carry mark, dan mencari bahan2 utk research beliau. Memandangkan beliau di pilih ke German utk menghadiri kursus, saya dikehendaki memasuki kelas beliau yg berjumpa 60-70 org, ada beberapa section, dn I have to conduct the class in English!

Rasa nervous yg maha dasyat itu berlaku pada kelas pertama yg bermula 8 pagi. Oh, saya rasa menyesal yg tak sudah dn mengutuk diri sendiri kerana menerima tawaran sbg assistant. Saya teringat Fizah yg juga assistant kpd Dr Rozlin saya call dia dn mintak nasihatnya. "Masa depan kelas tu K.Eb buat2 pegang fail, susun kertas, pegang2 kunci". Huh, sy praktikkn dn ternyata mengurangkan nervous saya! Lama kelamaan, saya dpt atasi rasa nervous ini, bila mula dapat merasa that I am indeed facing individual student rather than noisy flock of them. Bila saya ceritakan pd Dik ma tentang nervous ini, Dik ma kata: Kenapa, ibah rasa rendah diri ke? Huhuh, sy pun tak de jawapannya. Bercampur2 mungkin!

Perasaan nervous itu bagaimanapun kadangkala tidak begitu hadir jika saya dalam keadaan over confident, tidak terlalu mengharap, tidak mengenali khayalak, atau bila merasa geram/malu dengan orang tertentu yg turut menghadiri aktiviti yg saya sertai. Bila nervous saya merasa low self esteem, merasa bodoh, menjawab dengan tidak sepenuh hati, merasa serba tak kena, dan pelbagai perasaan yg bukan2

Bila mula bekerja, nervous tetap ada. Especially bila kene present research, task, di depan org2 yg berpengalaman, atau berjumpa dengan orang atasan di dalam pejabat air con yg sunyi, maka nervous pun datang lagi. Mengajar pun kadang tu nervous gak especially bila lack of preparation.

Tapi kawan2 saya yg sudah berumahtangga dn bekeluarga pasti ada nervous tersendiri. Saya pernah tanya kawan saya, nervous tak sebelum di ceasar, huh, sungguh tak patut tanya. Dan saya respek kawan2 ku yang beranak pinak, dari bulan pertama mengandung hingga ke detik2 bersalin, kuat nya mereka meredah segala kesakitan dn perasaan nervous2 berhadapan dgn jarum, darah, labour room dn doktor!

Saya doakan pada sesiapa yg menghadapi masalah seperti saya agar dpt menghadpi situasi ini dgn sabar. Yang penting tahu apa yg kita nk dan target for completion of work. Above all, it all belongs to Him. May Allah bless you!

Feb 2, 2010

Ade ke patut

kisah 1:

Astro ria sedang rancak buat promo drama halimah jongang. Nak tau pelakon2 nya cari la kat Internet. Tak sanggup saya nak ambil tahu lebih2 pasal drama ni kerana mencerminkn penerbit yang tak bertimbang rasa. Lagu tema (or ada term lain) dengan selamba nya melaungkan perkataan jongang berkali2 tanpa rasa bersalah! Manusia apa ini menghina kekurangan orang lain dengan nada yg menjengkelkan. Apa rasanya kalau mak,adik, kakak, isteri dia yg keadaan begitu. Dah la astro berbayar, ada iklan lagi, cerita pulak hiburan semata2, tak membina. Bila duit jadi matlmat...


Kisah 2:

Ada 5 makmal yg digunakan utk lab test. Ada satu section score markah yg tinggi. Bila dah dinamakn ujian, tak perlulah nak cuba2 tolong student. Tak adil satu makmal student ditolong, makmal lain tidak. Perlukah diingatkan kah? dah nama ujian, tau2 sendiri je la...

Kisah 3:

Tahun 2007 bayar Zakat di kaunter, so dpt kelendar waktu solat utk 2008. Awal tahun 2009,dtg ke pejbt zakat utk dptkn kelendr solat 2009, datang berdua.

Officer: kalender ni utk pembayar je. tak cukup. orang dah book.
Aku: kalau bayar potongan gaji cm ner
Officer: nanti kalau smpai yg baru kita org maklumkn. Tapi ambil la satu
Aku: (nak maklumkn, no contact hape pun tak mintak)

Apek sekawan dh keluarkn Microwaveable HALAL FROZEN, sejadah dh lama buat kat negeri China, biskut raya, dodol, kerepek pun dh buatkn org bukan Islam kaya, takkan kelendar waktu solat pun nk mintak dia org tolong jadi producer????

Feb 1, 2010

Untuk Kamu

Untuk Kamu yang kesedihan,
Aku dari lubuk hatiku ini
Mengharapkn yg terbaik sentiasa disisimu
Kupasti kau jua begitu
seperti yg kau tuturkn dalam solatmu
Ihdinassiratol mustaqeem..
Bukan kah itu dari lubuk hatimu jua
Bukan kan itu pengharapan namanya?

Jan 4, 2010

Mujahadah yang tak mudah

Salah satu cara untuk mengubat hati/ membersihkan hati adalah bersama dgn org yg soleh, org yg baik2. Jika sebaliknya, itu adalah mujahadah yg tak mudah. Bukan la maknanya ku merasakn diriku baik, itu adalah dikeji dlm Islam, tp hanya utk menceritakn situasi akhir2 ini.

Seperti yg dikatakn Dik ma pd ku, kebaikan mesti bermula dari diri kita. Kalau dibuat kebaikan, tp dibalas dgn sakit hati, panas hati dn yg negative aja, kesbaran ku ada hadnya. Mengharap sesuatu dari org lain tak ikhlas namanya, tp kalau perangai masih tetap sama, tak payah masuk univ la, univ hanya tempat org beradab!

Ada beberapa student yg buat aku panas hati. Kalau ada org komplen budak2 skrg suka blonde kan rambut, itu perkara biasa dlm kelas aku. Dah la blonde, baju ala2 kemban dn sarung jacket kat luar. Kalau ikut hati aku nk halau je dlm kelas, cm lecturer aku buat pada org pakai selipar. Tmbh buat aku panas pakai earphone lak, plus borak2 tak dengar pun apa lecture aku. Aku duk perati je. Ada few times aku suh budak2 ni buat exercise kat depan atau jawab soalan aku. Tp still, dia org behave cm tu, meluat.

Tinggalkn kejap budak2 yg buat aku panas hati tu. Last weeknd aku spent kat Pantai Balok dgn Pz, Dik Yah dn Ct, attend kenduri kwn Pz kt Beserah. Hoho, kalau student aku cm Dik yah penuh satu kelas pun tak pe. Tp sori la tak dpt entertain korang on Saturdy, next time kite pi cherating ye, InsyaAllah, i dah survey hotel tadi.. heheh

On Sunday, aku pi library UIA. Sejuk tengok student2 UIA and one of the notes yg menyentuh hati aku kat lib, "we wish you barakah for each of your visit to this library". Tiba2 sorang sis tegur, K.Ibah! rupanya Mira, tak cm langsung aku. Ah, UIA tempat yg sesuai utk recharge +ve energy. Jauh berbeza dgn environment yg menyakitkn hati di tempat ku.

Pagi tadi kelas ku, aku tak ambil pusing lagi tentang -ve energy di sekitarku, sejam kelas berlalu, bising, bising dn semakin bising, terutama row kat blkng. This is unplanned behavior, aku berhenti sekejap, "I'm not responsible if you fail this subject" terbayang answer scheme budak2 yg bising ini, mid term part MCQ half of the full marks pun tak dpt. OK, aku smbung, dlm ati aku tak kisah la korang nk dgr ke tak, kalau bukan bcos of policy 20% not more than C-, you all nk fail pun lantak korang la.

Tak lama pas tu bising lagi row kat blkng. OK, nak cabar aku ye. hahahha... "Smlm sy pi UIA, perangai student sana jauh beza dgn korang, korang yg row blkg tu. Univ ni tmpat org yg nk berfikir je. Kalau dh sy mengajar kt depan, u bising2, tak leh pikir ke. Kalau tak nk pikir tak yah masuk uni v la (org nk masuk univ, ko nk masuk univ gak). Next week, 1,2,3,4,5,6,7,8, present kat depan. I cakap u tak nk dengar, so nxt week present kat depan, u all nk ckp sgt kan. Puas hati aku. End of the class, one of the students yg bising tadi dtg bgatau aku " Miss, sy MC dulu, tapi tak bawak. Budak yg sama, separuh kelas tak datang. " tak pe, lain kali tak payah bawak". kawan2 dia pun ketawa.

Kelas petang td, nampk sorang bro ni pakai earphone, terus aku sound, " siapa pakai earphone dlm kelas sy boleh keluar, those who keep talking, holding hp (for SMS) without feeling guilty, any behaviour that i'm not satisfied, I will deduct your mark for participation.

Budak2 sekarng, kene main kasar agaknya, tak makan dh warning2 suara ni. Smash je. Lebih penting lagi, perangai jauh beza dgn Mira kat UIA yg tolong aku buat research. Jauh berbeza, jauh berbeza. Sehari di UIA recharge +ve energy aku. Betul lah duduk bersama org soleh, baik2 boleh membersihkn hati. Begitu juga sebaliknya.