Catatan ini dibuat beberapa jam sebelum aku akn meninggalkan kampus. 2 hari lagi akan menyambut syawal. bermakna, hanya 2 malam lagi utk bertarawih. di bulan yg mulia ini ramai jemaah di masjid. kalau di masjid uia masa belajar dulu, malam 10 terakhir ada qiamullail setiap mlm. dan ada pulak satu mlm dianjurkan grand qiamullail. masih ingat lagi ada sekali terawih dgn Nan, Nan ingtkn aku niat iktikaf. alhamdulillah, masih ingt pesan Nan smpai skrg. Dan Dik ma selalu ingtkan, mlm raya adalah malm yg pahala ibadhnya sngt besar seperti dinyatakn dlm hadis. TQ Dik ma. Kwanku Fuzah pula target nk khatam Quran. sejak hari tu aku pun pasang azam yg sama dlm bulan yg mulia ini. Moga kawan2 ku dirahmati Allah dan betmbh2 ilmu kalian.
Kalau dilihat di kalangan jemaah di masjid, ada yg menunaikn terwaih, tetapi tidak solat sunat selepas isyak. Aku masih ingt pd bulan Ramadhan, sebaik isyak, sewaktu itu kami di surau sekolah, dan Ustazah Yaminah berdiri dn berkata, sunat slps isyak itu sunat muakkad, lagi dituntut dari sunat tarawih. Terima kasih Ustazah atas ilmu ini. Juga, seringkali kita lihat jemaah wanita telapak tangannya di atas telekung solat, bukan di atas sejadah ketika bersujud. Sedangkan tapak tangan mesti mengena tempat sujud.
Moga Aidilfitri benar2 membawa kita kembali kepada fitrah manusa yg suci hatinya, seperti maksudnya. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment