Jul 30, 2011

Moralnya...

Kekalahan Msia pada Singapura dgn agg 6-4 dlm pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 amat mengecewakan.

Moralnya:

1. Be humble. Sg menyebut mereka pasukan underdog, sedangkan pemain Msia selepas meraikn 3 gol menentang Liverpool memberi comment "Sg bukan masalah". Bukan satu malah banyak statement dari pemain2 yg agak mendabik dada.

2. Think big, start small - VC selalu sebut masa ni beliau mula2 join univ. Moralnya, boleh lawan Liverpool, Arsenal and Chelsea, tapi jiran seberang tambak kena kenal dulu...

Jul 4, 2011

Khianat

Membaca buku Nota Kepada Diri tulisan Tuan Guru Ustaz Nik Abdul Azizi Nik Mat betul2 menginsafkan. Betapa Allah itu Maha Halus dalam membuat penilaian di Padang Masyar. Setiap hari yg kita lalui menjadi saksi, azan, anggota badan - mata, telinga, tangan kaki, bahkan kulit!

Juga disebutkan bahawa seorang lelaki yg datang kpd Nabi SAW untuk memulangkan tali ikat unta iatu sbhgn rampasan perang selepas beberapa hari pengumuman dibuat. Dan Nabi bertnyaa: tidakkah kamu dengar seruan tiga kali untuk memulangkan rampasan perang? Datanglah di akhirat nanti dengan tali itu. Berapa kalikah seruan azan, hayya alal solah, hayya alal falah? lebih dari 3 kali kan. Tidak dgr lagi?

Lagi, diceritakan harta yg tidk dizakatkan akan digunakan sebagai seterika untuk orang yg tidak membayar zakat. dan harta yg tidk dizakatkan menjelma sebagai ular yg membelit sehingga ke mulut. Yang tidak membayar zakat ternakan akan memikul binatang ternakannya yg akan berganda2 lebih besar dari saiznya di dunia dan binatang ini akan memijak2 tuannya. seramkan.

Juga, bagaimana harta yg dikhianati akan akan dipikul diakhirat nanti. Ya Allah, aku tekad untuk isi borang claim dgn lebih teliti!