Jun 28, 2008

pengalaman ngeri

pengalaman ngeri saya berakhir kira2 5 minit yang lalu. sejak hari khamis lepas saya mencuba menempah tiket di airline A menggunakan kad kredit B. Seharian di depan komputer sy cuba menempah tiket dari kuantan - kl dn kl bangkok utk 2 org. jika utk setiap trip saya mencuba 4 kali, untuk dua org sy mencuba 4 x 2 trips x 2 org =16 kali. Di antara percubaan2 ngeri tu, saya telefon customer service yang 'so care' (siang jam 9-6ptg sahaja, mlm asyik engaged saje). jaminan demi jaminan yg saya boleh cuba menempah selepas mereka sudah open the transaction (OT). Yang 'menarik' tentang bank yang mendakwa sbgai 'bank untuk semua' (supaya semua merasa keperitan yg tdk dpt dirungkaikan), utk transaksi lebih daripada RM700, mestilah menghubungi customer service utk OT (dan saya tidak tahu menahu policy ini, boleh tunjukkan di dalam monthly statement di mana policy ini dingatkn kpd pelanggan?)

OK. setelah memberi nilai OT (saya rounded kn kerana tak ingat exact amount) saya cuba book tiket. Gagal. saya hubungi lagi. "Tadi Cik beri RM1300, tapi transaksi Cik RM12++". O0o0o0o0o0o0o0. Kene beri exact amount!

Saya cuba lagi. Gagl lagi. Saya call Bank B. Kad kredit sudah di charged 3 kali . Saya call airline A, reservation semua failed. OK. Esok (Jumaat) pagi2 saya call airline A. Dua transaksi berjaya (Ktn - KL) dan the rest failed.

Petang Jumaat saya try lagi reserve. I call cust service Bank B, the trip of KL-bangkok has been charged . I call airline A, transaction failed.

Saturday morning, I call Airline A (in case out of sudden the reservation approved. The trip of Bangkok-KL has not been approved by bank B (eventhough yesterday the Bank B informed they have charged me on that trip).

OK, time to make move, switch to airline B (which cost me less, Alhamdulillah, perhaps this is the hikmah) and using my father's credit card (unluckily his Maybank card has been reported lost by my sister, although it's not lost - this is a domestic problem) and then switch to my father's Bank B card credit (sawadikap!). As usual, we have to call them, giving the exact amount, and some details such as internet access (what is this Bro, don't wait us to call ur cust service just to be informed that it is the last 6 digits of IC no!, kindly jot down on ur website!)

Finally, few minutes ago, everything done. Indeed, what a nightmare using the credit card of this so called professional Bank!

Note: pertukaran bahasa melayu-english adalah di luar kawalan. namun, smasa penulis menulis catatan ini, penulis mengingatkn diri supaya sedang2 aje kalau nk mengamuk pun, sperti yg diingatkan oleh teman penulis mlm tadi, Allah memulia dn menghina sesape yg dikehendaki. Dan penulis mengingatkn diri, mungkin bank B yang penulis marah2 ni (mohon maaf kepada Bank B dan staf call center nya kerana terpaksa mendengar untaian bait2 syarahan dan amaran penulis sepanjang 3 hari menempuh pengalamn ngeri!) akan muncul sbg bank yg terunggul yg memenuhi nilai2 yg mereka garis kan di laman web mereka (majulah Bank B utk semua).

Jun 25, 2008

SS3: it went as promised

SS3 berlaku minggu berikutnya selepas SS2. Workshop akn berlangsung pada selasa pagi. Prof telah hubungiku sekitar jam 7.00 mlm bertanyakan persiapan di lab, "AMOS dan SPSS mcmnana?, AMOS guna SPSS file" "My friend who in charge on lab informed me everything is OK", jawab ku seringkas mungkin kerana Prof sedang memandu di Highway Pantai Timur.

Kerana menguruskn beberapa hal di pejabat,aku tak sempat menjengah persiapan di makmal komputer. Sedikit lega kerana comittee sejak pagi berkampung di Wisma (2km dari ofis) utk menyiapkan segala course file dn menyediakan tempat pendaftran. Dan sengaja aku biarkan mereka dan tugas2 mereka untuk memberi ruang utk mereka melaksanakan tugas2 yg yg sudah aku senaraikan dn yg penting, aku suka mereka di beri autonomy (dan ini yang aku harapkan dari pengurusan atasan).

Pagi Selasa sesi pendaftaran berjalan baik. Prof yg menginap di rumah tamu tiba hampir jam 8.30pagi, dengan senyuman senang dan ceria sekali. Sedang Prof sibuk di komputer depan, aku cuba2 membuka AMOS. Ye, senang sungguh hatiku kerana AMOS trial version diinstall dgn jayanya. Dan SPSS bukan suatu masalah kerana SPSS sudah sedia ada di semua komputer di lab.

Tiba masa utk mencuba SPSS. Berkali2 ku buka namun mesej yg sama keluar. "Your subscription has expired". Begitulah antara mesej yg dipaparkan. Kawan2 ku turut mencuba namun semua mendapat mesej yg sama. Buntu. Workshop akan bermula sebentar lagi.

Mujur slot sebelum refreshment berkisar tentang pengenalan AMOS. Namun aku adakalanya gusar kalau2 Prof mahu menunjukkan sedikit cara untuk mengakses AMOS sekaligus membuka file dari SPSS. Sebaik selesai refreshment, aku dan Mr Tan bergegas ke IT department. Namun, kami datang bukan pada masa yg tepat kerana ketuanya tidak ada di bilik. Kami kembali ke makmal dn peserta2 yang lain mula mengambil tempat semula.

Aku mula mengeluh sendirian dan mengadu perlahan tentang ketiadaan SPSS pada teman2 sebarisan (sebaris ada 4 komputer). Tiba2, teman di sebelah melaung kecil, "ni boleh!". All programs> SPSS for windows > spss 15.0 for windows. beberapa kali button OK perlu di klik dan, Yes! komputer ku dan komputer teman2 sebaris dapat membuka SPSS dengan jayanya. Alhamdulillah!

Nota: seperti yg dinyatakn oleh ketua IT department, "by hook or by crook, SPSS dn AMOS mesti boleh" so, it went as promised!

Jun 14, 2008

SS2: finally it's ok

Saat sukar 2 (SS2) masih berlaku dlm minggu yg sama. Ptg Jumaat, ngah telefon. Dia ckp mak pi hospital. Malam, ngah telefon lagi, mak kene tahan wad. Malm tu Efa datang rumah sbb esok plan nk pi kenduri kat Kuantan. Tapi sengaja tak nak beritahu dia. Kesian nanti dia pulak risau. Pagi-pagi esok beritahu Efa yg nak ke kuantan pagi2 sbb mak masuk hospital. Efa pulak rupanya tak jadi ke Kuantan sbb nak setelkan carry mak.

Honestly, bila beritahu mak masuk wad kerisauan itu tidak keterlaluan. Mak pernah masuk wad sebab tekanan darah naik. so, i assume mak was admitted for the stability of her condition. Sampai kat hospital dalam pukul 10.30 pg dan mak tgh tidur. Mak duk kelas 3 perempuan sbb semalam pejabat pendaftaran masuk wad dah tutup. setiap bahagian ada 4 katil, jadi 8 katil dicampur katil2 seberang sana. Rata2 pesakit sebaya mak atau lebih tua. Mereka adalah ibu2 yg satu masa dulu meniti hidup sbg suri kental berjuang membesarkan anak2. Lantas aku bertanya sendiri, ibu ku dn ibu2 ini adakah akan terlantar sakit sebegini andainya tidak melahirkan kami?

aku tunggu sekitar 30 min sebelum keluar. berdasarkn pengalamn ibu sukakn makanan segera seperti Mc D berbanding makanan hospital. Bila kembali, abah, adik dn wan sudah di katil mak yg aku panggil mummy (nota: panggilan ini mula digunakan kira2 3-4tahun yg lalu dn hanya aku sorang di kalangn adik-beradik menggunakan gelaran ini, walaupun terdapat sedikit bantahan dn kemusykilan di kalangan adik beradik dan bakal adik ipar).

Petang sabtu, adik lelaki adil tiba dari KL. Hampir jam 7 selpas makan malam ibu dipindahkan ke wad kelas 1 sbb abah seorang pesara. Dalam jam 11 malam aku dan abah ke hospital utk pertukaran syif. Abah dan adil balik ke rumah dan aku bermalam di wad. Akhirnya, pagi ahad mak kata dah boleh keluar. Semua pesanan pakaian2 dn kelengkapan yg dibuat menerusi SMS kepada ngah dibatalkan. Setelah urusan bayaran wad dn pengambilan ubat selesai, aku bawa mak pulang walaupun mak masih lemah. Apakah SS2 sudah berakhir? Bersambung.

Nota: bermalam di wad, aku kurang lena kerana nurse keluar masuk bilik kami untuk mengambil darah mak cik di katil seberang. Dan faktor lain adalah kerana aku kurang selesa tidur di katil kosong bersebelahan. Berdasarkan pengalaman sewaktu abah sebulan di wad 7 tahun lalu, nurse pernah pelawa agar tidur saja di katil kosong. Adakah pelawaan itu masih relevan sekarang?

SS1: finally..it ends

Saya melalui saat2 sukar 2 minggu lepas. Pertamanya kereta saya buat hal minggu 1 saat sukar (SS1). Kunci kereta langsung tak boleh digerakkan dan saya buntu (dan agak marah pd diri kerana hari saya berakhir begitu). Mujur hal ini terjadi di parking lot pejabat. Pada jam menghampiri 7 ptg, sy berkira-kira ingin ke bilik Kak Mas (sbb kereta dia sebelah kereta saya di parking lot, dn mujur dia belum pulang). Setelah mencuba beberapa kali (dengan menggerak2kan stereng kerana percaya masalah ini disebabkn stereng terkunci), saya naik semula ke pejabat dn ke main office untuk swipe out at the attendance system. Alhamdulillah, K.Mas sedang menuju ke arah yang sama.

K.Mas cuba menggerakkan kunci. Gagal. Akhirnya, aku dengan muka tak malu berkata "K.Mas, boleh tak saya tumpang kereta akak, saya letak dulu kereta kat sini. Nanti panggil mekanik" Aku mohon kebenaran K.Mas untuk menaiki Honda City nya. Yes, akhirnya buat kali pertama aku mendapat peluang menaiki kereta yg disebut2 oleh Ikujiro Nonaka dalam Theory of Knowledge Creation nya.

K.Mas suruh aku beritahu Pak Guard tentang kereta yg diletakkn di parking lot ofis. Aku akur dan tanpa lengah membuat apa yg disuruh. K.Mas bertanya "Makan malam cm ner?". Ibah: (dengan tak malu) "K.Mas, saya ada order ikut SMS burger". K.Mas: "Kat maner". Ibah: "Kat depan Bank Islam, singgah kat situ jap leh?" K.Mas "Boleh!".

Sesampai di Perumahan kami, K.Mas memberi idea utk terus ke rumah Aida, suaminya seorang mekanik. Saya tinggalkn kunci pada Aida (sebab menurutnya suaminya selalu balik lambat) dan K.Mas menghantar ku pulang. Dan buat kali pertama aku pulang tanpa kereta. Tiada kereta di garaj tetapi aku di dalam rumah, sungguh syahdu pemandangan itu.

Sedang aku nyenyak tidur jam 12 malam, kedengaran salam berulang-ulang. Dengan sweater dan tudung dipakai seharian di tempat kerja, aku segera membuka pintu. Ye, akhirnya, seperti tak percaya kereta ku akhirnya tiba. Abang yg mulia (suami Aida, sampai sekarang aku tak tahu namanya, dn yang mana satu pd malm itu) dan seorang kwn nya menghantar kereta ku. Mereka suruh aku cuba dulu ketika aku menghulurkan sedikit wang upah. Esoknya, sewaktu aku berjumpa Aida untuk memberikan sedikit bayaran, Aida enggan dan berkata (walaupun berkali2 dia kata tak payah dlm SMS sebelum aku terus ke tempatnya) "Husband akak cakap jgn ambil, nanti dia marah akak". Oh! aku sgt terharu dgn layanan baik Aida, telefonis manis di kaunter yg selalu aku susahkan minta sambung ke sana. Dan aku teringat SMS Aida yang bernada ceria kpd ku, "ala tolong sesama kawan, tak de ape". Aida, aku terharu!

Nota: pertukaran tak semena-mena saya kpd aku atas dasar emosi semata2
Nota tambahan: adik lelakiku mempersenda2kan insiden ini. Husband Aida minta ku ke pusat servis dan tukar tempat kuncinya, takut insiden ini berulang. Aku telah menghantar kereta ke Pusat servis dan ternyata tempat kunci perlu diperbaiki. Bila ku maklumkan kepada adik ku, dia terdiam kerana tiada ruang utk mempertahankan pendapatnya. Aku puas!