Apr 26, 2010

Kenangan jogging

Semalam saya jogging sorang2. Huh, lega. smpai sakit2 bdn hari ni. Dah lama tak jogging :)

Semalam, saya mengimbas kembali aktiviti jogging selama ini. Saya mula berjogging masa di Sekolah Menengah. Memandangkan saya tinggal di hostel, saya terikat dgn aktivti hostel, dan antaranya jogging!

Seawal 6.30 pagi, kami sudah bersiap2 berkumpul di hadapan hostel. Hostel kami serba sederhana, di depan hostel, ruang seluas 2 court badminton memanjang, ditutpi dengan penghadang zink. Di sinilah kami berkumpul utk senaman, taklimat gotong royong, malah di sini la kami berkumpul dan berdoa sblm masuk exam. Dan untuk aktiviti jogging, disulami angin sejuk pagi kami memenuhi ruang dpn hostel ini dgn penuh excited, nak jogging!

Berjogging pagi bermakna kami dapt ke Pantai! Memandangkan hostel kami hanya kira-kira 20min jalan kaki ke pantai, destinasi tak lain tak bukan jogging hingga ke gigi air! Aku yang sememangnya kaki jalan jarang lepaskn aktiviti ni, kesihatan dan hiburan!

Pagi yang masih suram, kami pelajr2 perempuan memulakan derap langkah jogging kami. Untuk jarak yg lebih dekat, kami terpaksa jogging melalui rumah ala-ala setinggan di Tg Api. Bunyi langkah kami yang agak ramai pasti mengundang bising, dan kami perlu cepat melalui kwnsn rumah ini. Pada waktu ini, dengn angin sejuk pagi menggigigit kami dan selepas melalui setinggan tadi kami melalui kwsan lapang, dn sedikit rumput dan tibalah di Pantai!

Angin sejuk pantai menyambut kami, mula jogging atas pasir, melihat matahari mula menyinarkn diri, air surut dn laut yg saujana luas dan bila jogging kami sudah sampai ke hujung Pantai, bermakna kami perlu pulang!

Di Matrikulasi Kolej Mara Seremban, housemate ku Hajar suka benor berjogging. Kwan ku seorang ini memang healthy conscious. Sudah bergelar Dr sekarang, Alhamdulillah. Jadual waktu matrik yg padat, buat ku penat! Sabtu dn Ahad utk berehat! Tp mengenangkan Hajar aku teman kan jugak dia berjogging. Kolej kami berhampiran taman tasik, dan ada mini zoo. Pagi minggu di taman ini ada sekumpulan warga emas berkumpul utk taici. Dgn berat aku yang hanya 40kg masa tu, aku jogging dgn perlahan dan membiarkan Hajar tnggalkan aku di belakang. Sengaja aku biarkan dia jogging sebanyak round yang dia suka dan aku lepak2 di tepi tasik!

Masuk kampus Bangi, aktiviti jogging hampir tiada. Jarak dari hostel ke Fakulti pun sudah 30 min turun naik bukit. Kawan ku Chup dan Kirah berkali mengajak jogging ke Tasik Kejuruteraan. Boleh naik kayak kata mereka. Sabtu Ahad di UKM benar2 utk ku berehat dari segala perjalanan hujan panas. Cukup lah aku berjalan kaki hanya utk ke kelas! Maka Chup dan Kirah saje lah berjogging dan menurut mereka, dia org balik jogging dgn bas!

Di UIA, pada mulanya aku jarang jogging. Tapi bila aku tahu kawan ku Ida pi jogging, aku pun turut serta. Kadang dgn Dik ma, Fizah, K Eka, tak pun sorang! Di UIA ada female sport complex, tapi kdg tu brother pun tumpang sekaki kat tennis court, malah kat running track pun!

Di tempat kerja skrg, aku mula jogging bila tau Efa pun jogging. Mulanya Efa joggng di tasik di kawasn aprtment studnt. Kat situ cepat panas dn bau pun tak enak. Lantas aku ajak ke kompleks sukan mini. MasyaAllah, running track dia berdepan dgn bukit tinggi yg menghijau. Angin pagi yg segar dn pokok2 pelbagai jenis tumbuh berlapis2. Sunyi. Kelibat pasangan suami isteri, bapa dn anak, berteman atau berseorangan bertebaran jogging di kwsn track. Permai. Kadangkala bertukar senyuman, sapaan dan jangan terkejut ada yg memberi salam!

Aktiviti jogging dari dulu hingga sekarang ditutup dgn aktiviti yg ditunggu2 - breakfast! Nasi minyak lauk sardin dibeli dgn Kak Peah msa di sekolah, sarapan yang banyak semahunya kerana self service dn air kopi yng mantap selpas jogging di Kolej Mara (nobody bfast after us, dh abs waktu!) ataupun Cafe Hafsah dan Asma untuk cover penat kami berjogging, atau roti canai Wak di sini tmpt kami smbg bicarawara (dh la tgh jogging pun borak!) the sweet memories of jogging lies in my heart. To my friends out there, stay healthy and enjoy your beautiful days ahead!

Apr 23, 2010

Mencari Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad Penghulu Alam, Para Nabi, dan Pewarisnya, Para tabiiin, umat2 terdahulu, penghuni alam, tempat berkelana sebelum bertemu di sana.

Alhamdulillah, udah selesai marking Quiz. Teleng2 kepala rasanya melihat kertas jawapan. Next week, mid term paper menanti utk di'marking' :)

This week is the last week for Fuzah, my dear friend here, who will start her maternity leave next week. Datang ke tempat ini, aku tertanya2 adakah aku temui kawan seperti di UIA. Setahun berlalu, rasa sunyi bila tiada teman yg benar2 memahami. Hingga la Fuzah dan Efa datang. Hehhe, kedua nya x-uia :). Hingga ada kawan lain mengatakan kami ni asobiyah. Huh! aku sendiri tak perasan!!!

Kalau sebelum ni most of everyday aku akan bfast dgn Fuzah. For the next 2 months, I will be alone, which I think it's not a problem at all, as I could have my bfast in my room, or joining others group.

With Efa, most of our discussion is about of future life, our dream, our thought, our belief, including analysis of what we see, read, watch, and the most important sharing the jokes!

Since Fuzah a married woman, most of the discussion about family, relatives, students problems, close friends and of course the adminstrative issues that Fuzah always know first!

Smlm Fuzah cerita pasal sorang student dia yang mintak pandangan Fuzah. He wants to recheck his final exam paper! Kata Fuzah student ni perasan handsome dgn style rambut dn gayanya dlm kelas.Fuzah dengan sabarnya beritahu, " mcm ni la, markah awak sebenarnya 59, tapi since it's border line, saya jadikan 60. Tengok paper awak ni, mcm mana lagi nak tambah markah awak. Kalau recheck examiner lain akan ikut answer scheme, lagi rigid.

Tambah Fuzah lagi "Bukan saya tak kesian kat awak, dalam kelas saya awak baca novel, macam saya tak tahu" (mat novel upenya). Budak ni terkejut Fuzah ckp cam tu, "Mem tau ke mem" budak tu membalas longlai..he he he

Good thing abot Fuzah, her passion. Dia tak cepat melenting cm aku. Ada sekali 3 org student perempuan lepas kelas blah dgn beg2 skali, tak join tutorial. Then, Fuzah check attendance dn panggil nama dia org.

Next class, budak2 ni dtg. "Mem, kami pi toilet, pas tu kawan kami muntah, so kami terus balik" Fuzah:"oooo, macm tuuu" Fuzah tak byk soal, tapi dia tau student tak jujur, tp dia buat2 seolah2 percaya dgn kata2 mereka. "Mcm aku tak tau, kalau pi toilet, tiba2 muntah, kenapa tiga2 org siap keluar dgn beg2 skali" Itulah Fuzah. Tak cepat melenting depan student. Cool...

Untuk Fuzah dan kawan ku Zakiah yang sedang menanti hari untuk bersalin, moga Allah memudahkan kelahiran baby yang ditunggu2. Moga kebaikan sentiasa bersama kalian.

Apr 1, 2010

Jika

Jika kau melihat ku berdiri
kemudian rebah
ketahuilah
aku sudah tak mampu menahan resah