Jul 9, 2008

Student oh Student

Pagi2 tadi seorang student datang ke bilik. Rupa2nya pointer dia tak sampai 2 so tak leh naik degree programme. Salah satu subjek yg dia skor rendah adalah subjek yg kuajar semester lepas. Dia dh apply nk recheck the final paper. Tanpa lengah aku ambil skrip jwpn di rak utk ditunjukkn pdnya. "Kalau awak appeal pun may b waste you time" terang saya sambil menunjukkan srip jwapan yg hanya muka satu mendapat markah.

"Ayah saya beri masa 2 minggu utk recheck, kalau tak dapat suruh berenti" "So after ni ape plan awak?" soal saya penuh minat (sebab ada student Foundation yang tangguh belajar join Akademi Nasyid :) dn ada yang berenti join Akademi Laut - ALAM =)
"Abang saya dh tengokkn Nottingham University" (o0o0o0o0o0o0oo!!!!!!).

Dan sewaktu dia hendak keluar dari bilik, dia bertanya "Miss ajar degree nanti?" "InsyaAllah ajar MIS", jwb ku ringkas "Jumpa nanti Miss ye, kalau sy naik degree la". Student ni masih berminat menduduki kelas ku dn tiba2 ku rasa agak sayu.

Semester baru sudah bermula minggu ini. Ptg ni ada mesyuarat membincangkn program baru (tukar kod dn kredit hours) yg bermula semester ini. Kali ni aku mengajar 6 seksyen dn mujur buat kali pertama ada tutor. Setelah 3 bulan tak mengjar (special sem) so tugas2 berkaitan kelas kembali lagi. Dan mungkin aktiviti blogging akn dikurangkan (andaian awal) utk memberi laluan kpd tugas2 hakiki (seperti selalu diingatkn dlm surat2 lantikn di sini).

Doakn sy dapat menjalankn tugas sebaik mungkin. See you soon!

Nota: Beberapa posting2 tak sempat ditulis walaupun tajuknya sudah difikir2kn. So baca tajuk2 je la, hehe. Tajuk satu: Towards perfection: knowledge and virtue inside (himpunan kisah2 org baik2 yg aku temui) tajuk 2: friends: where r you now (kwn2 yg dh lost contact termasuk kwn2 di Kolej Mara Seremban yg aku lawati baru2 ni). Have great days ahead!

Jul 6, 2008

Mana best?

"Mana best? Indonesia atau Thailand?". Itulah antara soalan mak saya pagi tadi. "Ada tempat yg lagi best" itulah jawapan saya memandangkan setakat ini saya tidak dapat memastikan yang mana satu lebih saya sukai. Di antara kedua jawapan saya merasakan ada pilihan lain yg saya cari2. Ye, di celah kedua negara itu, ingatan saya tiba2 menyinggah ke Bakalalan, tempat yang sy jejaki dua minggu yang lalu. Terbayang kampung yang aman, sawah padi yang terbentang luas dgn air sawah segar yang memenuhi bendang (dn kami menggelarnya swimming pool krn kelihatan seakan itu), bukit bukau yang menghijau, udara nyaman (suhu nya agak rendah berbanding di semenanjung) dan org2 nya yg lembut dn penuh santun.

Dari Bakalalan ku bawa pulang beras (setengah kilo) dn garam yg dihasilkn org kg menerusi lubang garam di kg mereka. Dalam perjalanan ke tempat lubang garam di mana garam di proses, kami menempuhi 4-5 sungai kecil yang airnya masyaAllah sejuk dn nyaman yg sungguh inilah air sungai paling sejuk yang pertama kali aku temui. Sungai ini dengan batu2 licin pelbagai saiz cukup mengurangkn lelah kami sepanjang 2 jam perjalanan pergi balik ke lubang garam itu.

Beras setengah kilo yang dibawa pulang menjadi santapan kami 3 hari berturut2. Seisi keluarga memuji keenakan beras ini. Niat membawa pulang utk mak sebab mak memang kene makan beras kurang kanji. Mulanya aku kenalkn beras ini sbg beras Bario (seperti mula dikenalkn penduduk di sana) dan aku mula ingatkan kakakku ini beras Bakalalan (seperti juga diingatkan beberapa org kg sewaktu aku di kedai membeli beras). Dinamakan beras Bario krn org Bario mengambil beras di Bakalalan dn membungkusnya sbg Beras Bario. Dan Pak Cik2 di kedai mengusik "nanti makan ingat Paulus" (tourist guide kami). Dan aku membalas "ingat semua!"

Dan ternyata, memandang beras dn kemudiannya nasi mengingatkn aku kpd Bakalalan dn penduduknya yg budiman. (Dan ingatn ku tidak boleh tidak menyorot lagi pd Kg yg permai ini). Terbayang kegigihan penduduk kg mengusahakn sawah yang melimpah ruah airnya, memotong kayu (dn membuat pondok kayu yg cantik di belakang kelas (satu kg satu), membuat garam (berpanas mengadap tong2 air garam yg perlu dikeringkan), menghidangkan kami dengan aneka makanan2 dibuat dari beras, penduduk kg yg sgt menghormati tetamu, anak2 sekolah yg kami selalu bertembung utk kembali ke sekolah jam 6 petang (dengan senyuman manis, berpayung - kerana di sana petang kerap hujan) berwajah segar dn masing2 seakan sudah bersedia utk belajar bagi sesi malam (kami difahamkan mereka ke kelas tambahan dn tinggal di asrama, dn anak2 comel ini berjalan berkumpulan dn malu2 bila disapa).

Tatkala twin otter melintasi sawah padi dn bukit bukau hijau, air mata bergenang. Selamat tinggal Bakalalan! Been there, done that!