Mar 18, 2010

Thursday blues

Tuhan

Damaikan hati ku
Yang penuh ragu
Syaitan bertenggek tak pernah jemu
Resah gundah marah

Ku tahu adanya ubat
Tapi diriku yang liat
Hanya mampu mengeluh
Aduh!

Mar 9, 2010

G.E.R.A.M

Dah lama aku bersabar dengan minah sorang ni. Memang dia senior kat tempat kerja aku. Dan lebih haru adalah dia juga mengajar subjek2 di bidang yg aku ajar. Tak dinafikan aku memang blur2 sikit masa mula2 mengajar. Ye la, fresh grad katakan. That's why aku tak kisah sgt kalau lecturer2 junior buat silap kecil2.

Bermula awal2 tahun aku masuk sini, aku ada co-teaching dgn dia. Yang tak leh aku lupa dia burukkan aku depan student. Huh, sabo je la. Tapi aku buat2 tak tahu. Kebetulan dia ni baik dgn seorang lecturer senior lain, K.I.

Tp jangan ingt aku tak de network. Mujur Kak M seorang lg lecturer senior tolong defend aku dpn student. Masa Kak M citer lecturer tu buruk2 kan aku, dn dia tlong defend aku kat stdent, aku nangis. Oh K M, nape saya yg tak minat sgt jd lecturer ni dibebankn dgn isu2 yg memualkn!

Nak dijadikan citer, masa conf di Melaka, aku dpt sebilik dgn K.W. Ada hikmahnya, K.W citer pasal lecturer yg aku geram tu berbakul2 kutuk saya. Saya balas "kak, kalau dia boleh cakap berbakul2 psal saya, berbakul2 sy boleh citer pasal dia!"
K.W: Ibah baik dgn K.I kan, hati2 dgn dia, selama ni dia jg yg kata2 pasal ibah

Hari demi hari, tahun demi tahun, dah hampir 4 tahun aku kat sini. Aku buat biasa je dgn lecturer tu, bual cm biasa, tanya perkembgn anak dia yg sakit ritu. Dgn K.I pun aku buat biasa je. Tak lebih2. Hingga la semalam

Email aku: Salam. Exam make up test saya letak bawah pintu akak utk moderation. Deadline hari ni. Test pagi esok. Tolong letak kat bawah pintu saya untuk HOD sign pagi esok. TQVM. (cc kpd Ketua Jbtan (HOD)

Dia: Dengan CC kpd Dekan, timb dekan, HOD. Dah tahu deadline hari ni, hantar la paling tidak pagi tadi. Saya kelas 2-5pm, tak sempat nk moderate. Saya perlu baca setiap soaln dn nilai kesesuaian bukan tanda je.

Aku: reply all. Terima kasih. Saya kelas pagi semalam 9.00-12tgh. Tak ingat ke akak hantar moderation after deadline sem 2 baru ni. Ada ke saya email kat semua? Terima kasih atas teguran. Harap maaf

Tadi dia call

Dia: Ibah, soalan MCQ tu ada sama ke dgn last year?

Aku: tak. Sama dgn soalan sem yg sebelum tu. Student ni MC sejak minggu ke 8. This week pun MC, tp this week last ambil exam

Dia: Tak boleh sama satu pun. Tak pe la kalau cm tu.

Haha,tak puas hati lagi upenya.

Lepas ni aku akan strict moderate soalan dia. No more direct question ya lady!

Mar 2, 2010

N.E.R.V.O.U.S

Setiap orang pasti melalui saat2 nervous. Tak kira penyanyi, pelakon, penceramah, pelajar mahupun surirumah tak terlepas dari diserang rasa nervous.

Saya nervous sebelum naik ke pentas, tapi bila mula menyanyi, rasa nervous hilang.. -Sheila Majid mengulas tentang konsertnya beberapa tahun lepas

Saya sgt nervous utk menari dlm musical film ini, tp bila sy mula berlakon, nervous tu hilang, dan saya nk berlakon musical film lagi - Penelope Cruz


Oprah: What will you do when u r nervous?
Marion Cotillard: work


Saya adalah antara individu yg mudah dilanda perasaan ini. Sejak sekolah rendah contohnya, jantung saya berdebar kencang kalau cikgu panggil nama saya. Semasa sekolah rendah di Sek Keb Rompin, saya jarang2 diminta berdiri di depan khayalak. Kalau ada pun beberapa kali sahaja seperti menyertai pertandingan bercerita Bhs Inggeris. sebenarnya sy diminta menyertai quiz Pendidikan Islam tetapi saya memilih menyertai pertandingan bercerita. Ternyata saya tiada bakat langsung bercerita (bahkan sehingga kini) dan kalah tanpa mendapat tempat utama. Sedangkn quiz Pend Islam saya dapati soalan nya mudah, ibah oh ibah!

Kat Sekolah menengah masalah ini berterusan. Nak2 ramai ustaz ustazah adalah bekas anak murid abah saya jadi chance nama saya dipanggil dlm kelas utk menjawab soalan sgt tinggi. Saya ingat lagi ada subjek Sejarah, Cikgu Zaimah suka panggil student dan baca teks dlm buku sejarah. Setiap kali kelas, pelajar diminta membaca paragraf demi paragraf sehingga beliau suruh berhenti dn sambung oleh pelajar lain. Setiap kali kelas beliau, saya berdebar2 sehingga menyebabkan kepala pening. Sehinggalah saya buat keputusan untuk mengawal kebimbangan saya dan kepala sy tidak berdenyut laju dn saya tidak pening lagi menjelang subjek beliau.

Di sekolah menengah, aktiviti kelas nak tak nak terpaksa sertai. contohnya menjawab soalan di blackboard, nasyid, membaca berita (utk subjek B.Melayu). Saya rasa faktor nervous berdiri di hadapan kawan2 kerana dua baris pertama dalam kelas sejak saya peralihan sehingga ting 5 adalah pelajar lelaki. Saya berperang perasaan apa penilaian mereka terhadap saya. Sungguh tak bertamadun perasaan itu!

Bila di UKM, sangat jarang terlibat dgn aktivti berdiri di depan kelas. Mungkin sebab saya di Fakulti IT, the lecturers themselves love privacy as much as we love it too. Therefore, boleh dikira presentation yg sy terlibat sbb kebanyakan subjek adalah antara kami dan komputer sahaja dan disket dihantar utk penilaian markah!

Bila di UIA, saya behadapan dgn defense of proposal dn viva. saya tak ingat sangat nervous ketika itu. Yang sy ingat betapa nervous nya bila hari pertama memasuki kelas undergrad bagi mengggantikan Puan Asiah yang ke German selama 3 minggu. Saya selaku Graduate assistant beliau membantu admistrative work memandangkan beliau mempunyai pelajar lebih dari 150 org. Tugas2 sy seperti menanda markah MCQ, memasukkan markah dlm mark sheet, mengira carry mark, dan mencari bahan2 utk research beliau. Memandangkan beliau di pilih ke German utk menghadiri kursus, saya dikehendaki memasuki kelas beliau yg berjumpa 60-70 org, ada beberapa section, dn I have to conduct the class in English!

Rasa nervous yg maha dasyat itu berlaku pada kelas pertama yg bermula 8 pagi. Oh, saya rasa menyesal yg tak sudah dn mengutuk diri sendiri kerana menerima tawaran sbg assistant. Saya teringat Fizah yg juga assistant kpd Dr Rozlin saya call dia dn mintak nasihatnya. "Masa depan kelas tu K.Eb buat2 pegang fail, susun kertas, pegang2 kunci". Huh, sy praktikkn dn ternyata mengurangkan nervous saya! Lama kelamaan, saya dpt atasi rasa nervous ini, bila mula dapat merasa that I am indeed facing individual student rather than noisy flock of them. Bila saya ceritakan pd Dik ma tentang nervous ini, Dik ma kata: Kenapa, ibah rasa rendah diri ke? Huhuh, sy pun tak de jawapannya. Bercampur2 mungkin!

Perasaan nervous itu bagaimanapun kadangkala tidak begitu hadir jika saya dalam keadaan over confident, tidak terlalu mengharap, tidak mengenali khayalak, atau bila merasa geram/malu dengan orang tertentu yg turut menghadiri aktiviti yg saya sertai. Bila nervous saya merasa low self esteem, merasa bodoh, menjawab dengan tidak sepenuh hati, merasa serba tak kena, dan pelbagai perasaan yg bukan2

Bila mula bekerja, nervous tetap ada. Especially bila kene present research, task, di depan org2 yg berpengalaman, atau berjumpa dengan orang atasan di dalam pejabat air con yg sunyi, maka nervous pun datang lagi. Mengajar pun kadang tu nervous gak especially bila lack of preparation.

Tapi kawan2 saya yg sudah berumahtangga dn bekeluarga pasti ada nervous tersendiri. Saya pernah tanya kawan saya, nervous tak sebelum di ceasar, huh, sungguh tak patut tanya. Dan saya respek kawan2 ku yang beranak pinak, dari bulan pertama mengandung hingga ke detik2 bersalin, kuat nya mereka meredah segala kesakitan dn perasaan nervous2 berhadapan dgn jarum, darah, labour room dn doktor!

Saya doakan pada sesiapa yg menghadapi masalah seperti saya agar dpt menghadpi situasi ini dgn sabar. Yang penting tahu apa yg kita nk dan target for completion of work. Above all, it all belongs to Him. May Allah bless you!