Sep 30, 2009

Semester dah nak berakhir

Tadi attend meeting untuk peperiksaan. Ini kali pertama jadi exam committee. Selama ni hanya tahu Efa dn Fuzah berulang alik ke Wisma untuk menjalankn duty. Kali ni aku pulak, terlibat menyediakn peralatan peperiksaan, mengira kertas jwpn cukup atau tidak, tersengih2 apabila invigilator melaporkn diri, minum2, berborak2 di bilik operasi dn mencari2 invigilator yg gagal menghadirkn diri, juga mengenalpasti sudent kuarantin dn di sick bay.

Peperiksaan menjelang bermakna semester mula berakhir. Pejam celik dn 3/4 bulan2 di kalendar telah ditempuhi. Kawan2 yg mendftr Phd pertengahan tahun bermakna sudah hampir satu semester bertungkus lumus berhadpn dgn cabaran baru. Ramadhan telah berlalu dn tak lama lagi dh nak masuk 2010.
Waduh!

Minggu depan deadline utk projek MIS. Student mula kalut dn menziarahi ku dgn lebih kerap berbnding dulu. Article yg dibawa ada yg OK ada yg tak memenuhi spesifikasi. Ada yg sewenang2 menunjukkn article tnpa membaca terlebih dahulu. You can't expect me to read for you - maka student berkenaan terpisat2 dn mula tersedar akibat nk short cut. Tahukah kalian jika kalian berbuat begini kpd prof2 di IPTA, kalian akan dimurkai mereka. Berani kalian tidak bersedia berjumpa pensyarah!-aku bergurindam di dalam hati!

Membaca oh membaca - bila kite tiada idea utk menulis thesis, jwpnnya pergilah membca, do some readings, cm tu jugak when it comes to ur assignment, proposal or whatever doc u hv to produce. Dah membca tu, extract la the relvant points, may b leh guna 3W 1H formula. Dlm kata lain ape yg kite tulis mencerminkan our reading skills. Jom baca surah Al-Qalam byak2, moga kite mudah faham ape yg kite baca :)

Sep 5, 2009

Tuhan, Tiada yg lebih merisaukn...

Ya Rab, Ya Rab
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal mencari takwa-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal menemukn malam-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal bermunajat kpd-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal bergantung harap pada-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal merasa taubat-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal menemukan hikmah-Mu
Tiada yg lebih merisaukn, Tuhan
dari gagal memanfaatkn nikmat-Mu
Tuhan,
sinar Ramadhan
bawalah pergi
hati yang mati
moga hati yg baru ini
hati Ramadan (ku gelar ia)
hati yg baik
mengajakku berbuat baik
hati yg bagaikn kaca
bukn melukakan, tp memantulkn cahaya
keserata2
di mana2
dibilik yg muram atau istana maharaja
Tuhan, tiada yg lebih merisaukn
dari gagal mempertahankn
hati Ramadhan

Aug 20, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Ramadhan kali ini hadiah paling berharga untuk hari lahir saya. Semakin hari dirasakan semakin cetek ilmu dn amalan saya. Terasa malu dengan teman-teman yg semakin hari semakin kuat iman dn amalnya. Namun, Ramadhan kali ini adalah untuk semua umat manusia yg masih hidup. Tiada siapa yg tidak layak menempuhi proses tarbiyah di madrasah Ramadhan. Ramadhan nilainya tak terperi dn tdk terjangkau akal fikiran. Hati perlu dibersihkan dn dikilatkn dn disisi dengan pengisian Ramadhan yg berganda-ganda pahalanya. Moga hati yg berkilat itu, menjadi cermin yg memantulkn cahaya kpd sekitarnya.

Salam Ramadhan, Salam Islam dn Iman.

Aug 18, 2009

setuju benar!!!

Saya sgt suka membaca artikel ini :

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/17/nation/20090817162801&sec=nation .

Ia mewakili jeritan batin saya yg ingin melihat pembaharuan dlm sistem pendidikan.

Jul 21, 2009

Aku dn semester baru

Aku masih di pejabat ketika ini, sedang siapkn buku program untuk seminar. Aku masih menunggu attachment dari kawan ku ini, menerusi YM. Perut ku lapar. Kali akhir makan jam 8.30 pagi. Ahhh.. kesian perutku. Tapi kesian lagi Efa yg hanya makan roti sejuk di OZ.

Malam tadi aku mimpikan Dik ma. Dik ma tak jawab soalan akhir ku. Aduh, aku enggak tahu mengapa. Aku berkira2 utk ke Kuantan hujung minggu ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana seminar Sabtu ini. Kenduri anak Pak Deris pun ujung minggu. Fuzah dah beri komitmen untuk hadir, so aku kene hadir jugak ye? Nak pakai baju ape ye? Uniform kenduri ke Fizah? Paginya ada seminar, enggak mahu aku berpakaian kenduri seawal itu...

Tukang jahit yg kedainya di sebelah bengkel workshop berhampiran Sekolah Menengah Paya Besar itu sudah hampir setahun aku tak kunjungi. Kain yg ku tinggalkn, tidak diketahui sudah dijahit atau dibiarkn begitu sahaja. Adakah Amoi itu akan memarahiku, atau melayan dingin kehadiran ku, atau melemparkn baju-bajuku tanpa plastik lantas aku mengutip kain2 dicelah-celah kucing2nya. Ahh.. moga Amoi tak marah!Aku ingin melawatnya hujung minggu ini tetapi akan ditunda ke minggu seterusnya. Aku rasa kalau Baby adjust sikit baju kurung modennya, tentu Baby tidak dikomplen lagi (nak jugak beri pendapat).

Minggu seterusnya kenduri Kak Ana. Anak Kak Ana dah masuk kerja kerajaan, dan bakal kawin dgn org kerja kerajaan. Headline mcm ni pasti mengembirakan seisi Kg termasuk Wan. Baju yang akan dipakai, insyaAllah uniform kenduri, bermakna uniform ini tak seharusnya dipakai semasa raya, sbb nampak sgt bukan baju raya sbbdah dipakai sblm raya (pendapat primitif).

Aku mengantuk+lapar+kepala berangin sebab masih di ofis. Attachment CT belum kunjung tiba. Perut udah beransur pedih2 sebu gitu. Aku nak balik.

Jul 20, 2009

Al-Fatihah untuk Pencinta Agama

Saya hanya mengetahui berita pemergian Ustaz Awang Pon di sini:
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/07/belasungkawa.html

Ustaz Awang telah pergi pada 17 Julai, 2009, hari Jumaat, penghulu segala hari. Ahhh.. bisakah aku meninggal pada hari itu jua!

Almarhum Ustaz adalah kawan baik Abah saya. Memandangkn Abah tiada di Malaysia skrg, kami sekeluarga tak tahu menahu berita ni. Ustaz Awang sgt attach dgn Abah. Email, SMS, kad raya sentiasa mengunjungi Abah. Semasa Abah dn kakak2 mengunjungi Ustaz di Swk, Ustaz melayan dengan penuh istimewa. Ustaz turut mengunjungi kami di Kuantan. Semasa mendapat rawatan di Kuala Lumpur, Ustaz beria-ria utk mengunjungi rumah kami di Temerloh. Tetapi kerana ada kenduri dn komitmen keluarga, Abah tak dpt menjemput Ustz di KL lagi. Semasa Abah ada mengunjungi Ustaz di KL, Ustaz tak dpt mengikut Abah ke Temerloh, beliau tidak begitu cergas dn tak dpt bergerak jauh.

Aku masih ingat SMS dn email Ustaz yg masih tidk meninggal kn bhs persuratan melayu. Kad raya raya yg setia muncul menjelang syawal, kad kawin dn senarai hotel berhampiran(sgt teliti orgnya!), gmbar2 di website, blog ustaz: http://ahliusrah.blogdrive.com/ (moga memberi manfaat). Moga roh Ustaz ditempatkn bersama para syuhada'. Al-Fatihah

Jul 10, 2009

Keep moving or bear the cost!

Good reading how to keep on moving!

http://gentleways.blogspot.com/2009/05/preventing-entropy-of-mind-and-heart.html