Oct 11, 2016

Minggu ini semester 1

Pejam celik sudah 10 tahun saya bekerja. Pengalaman mengajar penuh dengan suka duka. Tapi posting ni catatan untuk peringatan diri saya.

Mengajar di universiti swasta antara risiko komplen dari para pelajar. Contohnya adalah pensyarah duduk semasa mengajar, jual barang, bahagi kan setiap chapter kepada pelajar, batal kelas tanpa notis, beritahu datang lambat padahal berada di Indon, dan bermacam komplen dan gelagat pensyarah.

Saya? aduhai, macam2 saya pernah kena komplen sebenarnya. Contohnya saya buat kelas lepas solat magrib dalam 7.15. Sepatutnya kelas saya 6.30pm. Kesian student saya yang OKU terpaksa turun naik. Kalau sudah solat kan senang. Komplen lain beri nota di dropbox tidak di moodle. Akhirnya pelajar yang komplen itu diberhentikan. Dia ada masalh kesihatan. Rupanya di universiti lain, dia perlu reviva Phd dan masuk ke sini untuk mengambil master. OK, lain kali jangan buat macam tu pada mak peah!

Macammana untuk mengatasi komplen2 tak masuk akal ini. Semasa mengajar undergrad kelas saya bersaiz besar, 60 orang biasanya. Interaksi berbasi2 sahaja. Saya yang kena bawa contoh supaya pelajar faham. Itu pun soalan memang berbentuk hafalan. Keputusan kalau teruk penyarah disalahkan!

Sejak tahun lepas saya mengajar postgrad pula. Ada berbagai ragam. ada yang expect spoon-feed sehinggakan pernah ada pelajar yang datang kepada saya dan berkata tidak boleh ambil quiz sebab saya  tidak ajar satu2. Dia ibaratkan dirinya seperti komputer, in, process and out dan dia nak kekal kan CGPA 4.00. Seems that I dont teach every single detail of every single word on slide, so he can't do well in quiz. Tak pe la. seterusnya saya beri case study untuk dibaca. dalam 18 pages. Selepas itu dia drop subjek.

Beberapa tips untuk berhadapan student di dalam kelas:


At the beginning of sem:
Prepare a slide and brief them the benefit of the course (especially the elective one), and the relevance of the subject to them. Your expectation from them must be stated! (arrive prepared, read case study, participate in class room, etc)

Bila student bertanya tentang tip exam:
Ability to summarize the lesson is important. At the end of the sem they usually will ask you, the tips. so you may give tips from your own summary. For example, for my subject the tips is you need to focus on all the taught systems, business intelligence and competitive intelligence. 

Expect the unexpected:
Dalam kelas walaupun nampak hijau (contohnya kebanyakan pelajar adalah engineer), tetap ada chance pelajar yang lemah/ bermasalah. Untuk kelas sem akan datang, saya bercadang memberi individual assignment. Saya akan pilih beberapa soalan dari case study untuk diberi markah. Soalan lain saya jadikan backup sekiranya quiz/ mid sem exam lemah (ala2 take home exam/ take home quiz). Soalan boleh diambil dari past year since it is case study so answer is almost not available from internet!

Apa yang nak difokus
Sebelum kelas lihat dulu slide, cuba get the whole pic, and fokus kepada slide yang penting2.

Unexpected questions:

Pelajar kadangkala bertanya soalah yang dulu kita tak tergamak tanya pensyarah. Contohnya: perlu tak beli buku? Jadi kita boleh menjawab begini: If you are Prof Laudon you might not need to buy the book. (Prof Laudon adalah author kepada buku ini)
Contoh lain: saya tidak dapat jawab quiz sebab saya seperti komputer. Tiada in, tidak boleh process and tiada out. Jawapan: have you heard about blended learning?  (option lain boleh buat tak tahu sahaja dan berlalu pergi sebelum pinjam helmet untuk exercise tangan). Dalam kata lain get ready dgn jawapan. However, whatever answer that we want to give, try our best in telling it a better way, and try to ease the process! dont make things complicated

Teknik mengajar:

kalau setiap sem kene ajar, of course la tak sanggup ulang benda yang sama kan. Problem based learning boleh dibuat dalam kelas. Questions based learning pun menarik :) saya mula tertarik pada QBL masa kelas postgrad di UTM. This lecturer always asked us, what happened if....it triggered us to think. Dalam kelas, perlu melihat jenis pelajar. Kalau tengok dia orang macam bosan dan pasif, we might start asking them instead of explain them. hehe

Minta bantuan

Bantuan Allah pasti yang utama. Mulakan kelas dengan bismilah dan selawat. Untuk muslim boleh minta baca Fatihah. Juga kena kembali kepada basic. Contoh, dalam solat fahami baca fatihah, fahami bacaa doa selepas solat dan fahami makna bacaa alquran. Baca balik doa2 asas yang pernah buat dulu seperti doa keluar rumah, doa naik kenderaan, masuk toilet, doa makan dan doa tidur. Kalau puasa boleh bawa kurma dan air, janganlah tak bawa apa2, tak ambil sunnah tu. Tidur sekejap masa lunch hour juga membantu lebih segar sekiranya nak bangun awal.

Selamat mengajar 


P/S: Ini nota tambahan: saya dulu cepat segan, cepat tak selesa, cepat impressed, which based from my past experience it is bad for me. I keep reminding myself to stop this :)

Oct 1, 2016

Salam Awal Muharram

Selamat tahun baru!


  1. Buat terbaik dalam pekerjaanmu
  2. Speak in a 'better way
  3. Simplify things!