Semalam saya jogging sorang2. Huh, lega. smpai sakit2 bdn hari ni. Dah lama tak jogging :)
Semalam, saya mengimbas kembali aktiviti jogging selama ini. Saya mula berjogging masa di Sekolah Menengah. Memandangkan saya tinggal di hostel, saya terikat dgn aktivti hostel, dan antaranya jogging!
Seawal 6.30 pagi, kami sudah bersiap2 berkumpul di hadapan hostel. Hostel kami serba sederhana, di depan hostel, ruang seluas 2 court badminton memanjang, ditutpi dengan penghadang zink. Di sinilah kami berkumpul utk senaman, taklimat gotong royong, malah di sini la kami berkumpul dan berdoa sblm masuk exam. Dan untuk aktiviti jogging, disulami angin sejuk pagi kami memenuhi ruang dpn hostel ini dgn penuh excited, nak jogging!
Berjogging pagi bermakna kami dapt ke Pantai! Memandangkan hostel kami hanya kira-kira 20min jalan kaki ke pantai, destinasi tak lain tak bukan jogging hingga ke gigi air! Aku yang sememangnya kaki jalan jarang lepaskn aktiviti ni, kesihatan dan hiburan!
Pagi yang masih suram, kami pelajr2 perempuan memulakan derap langkah jogging kami. Untuk jarak yg lebih dekat, kami terpaksa jogging melalui rumah ala-ala setinggan di Tg Api. Bunyi langkah kami yang agak ramai pasti mengundang bising, dan kami perlu cepat melalui kwnsn rumah ini. Pada waktu ini, dengn angin sejuk pagi menggigigit kami dan selepas melalui setinggan tadi kami melalui kwsan lapang, dn sedikit rumput dan tibalah di Pantai!
Angin sejuk pantai menyambut kami, mula jogging atas pasir, melihat matahari mula menyinarkn diri, air surut dn laut yg saujana luas dan bila jogging kami sudah sampai ke hujung Pantai, bermakna kami perlu pulang!
Di Matrikulasi Kolej Mara Seremban, housemate ku Hajar suka benor berjogging. Kwan ku seorang ini memang healthy conscious. Sudah bergelar Dr sekarang, Alhamdulillah. Jadual waktu matrik yg padat, buat ku penat! Sabtu dn Ahad utk berehat! Tp mengenangkan Hajar aku teman kan jugak dia berjogging. Kolej kami berhampiran taman tasik, dan ada mini zoo. Pagi minggu di taman ini ada sekumpulan warga emas berkumpul utk taici. Dgn berat aku yang hanya 40kg masa tu, aku jogging dgn perlahan dan membiarkan Hajar tnggalkan aku di belakang. Sengaja aku biarkan dia jogging sebanyak round yang dia suka dan aku lepak2 di tepi tasik!
Masuk kampus Bangi, aktiviti jogging hampir tiada. Jarak dari hostel ke Fakulti pun sudah 30 min turun naik bukit. Kawan ku Chup dan Kirah berkali mengajak jogging ke Tasik Kejuruteraan. Boleh naik kayak kata mereka. Sabtu Ahad di UKM benar2 utk ku berehat dari segala perjalanan hujan panas. Cukup lah aku berjalan kaki hanya utk ke kelas! Maka Chup dan Kirah saje lah berjogging dan menurut mereka, dia org balik jogging dgn bas!
Di UIA, pada mulanya aku jarang jogging. Tapi bila aku tahu kawan ku Ida pi jogging, aku pun turut serta. Kadang dgn Dik ma, Fizah, K Eka, tak pun sorang! Di UIA ada female sport complex, tapi kdg tu brother pun tumpang sekaki kat tennis court, malah kat running track pun!
Di tempat kerja skrg, aku mula jogging bila tau Efa pun jogging. Mulanya Efa joggng di tasik di kawasn aprtment studnt. Kat situ cepat panas dn bau pun tak enak. Lantas aku ajak ke kompleks sukan mini. MasyaAllah, running track dia berdepan dgn bukit tinggi yg menghijau. Angin pagi yg segar dn pokok2 pelbagai jenis tumbuh berlapis2. Sunyi. Kelibat pasangan suami isteri, bapa dn anak, berteman atau berseorangan bertebaran jogging di kwsn track. Permai. Kadangkala bertukar senyuman, sapaan dan jangan terkejut ada yg memberi salam!
Aktiviti jogging dari dulu hingga sekarang ditutup dgn aktiviti yg ditunggu2 - breakfast! Nasi minyak lauk sardin dibeli dgn Kak Peah msa di sekolah, sarapan yang banyak semahunya kerana self service dn air kopi yng mantap selpas jogging di Kolej Mara (nobody bfast after us, dh abs waktu!) ataupun Cafe Hafsah dan Asma untuk cover penat kami berjogging, atau roti canai Wak di sini tmpt kami smbg bicarawara (dh la tgh jogging pun borak!) the sweet memories of jogging lies in my heart. To my friends out there, stay healthy and enjoy your beautiful days ahead!
No comments:
Post a Comment