Saat sukar 2 (SS2) masih berlaku dlm minggu yg sama. Ptg Jumaat, ngah telefon. Dia ckp mak pi hospital. Malam, ngah telefon lagi, mak kene tahan wad. Malm tu Efa datang rumah sbb esok plan nk pi kenduri kat Kuantan. Tapi sengaja tak nak beritahu dia. Kesian nanti dia pulak risau. Pagi-pagi esok beritahu Efa yg nak ke kuantan pagi2 sbb mak masuk hospital. Efa pulak rupanya tak jadi ke Kuantan sbb nak setelkan carry mak.
Honestly, bila beritahu mak masuk wad kerisauan itu tidak keterlaluan. Mak pernah masuk wad sebab tekanan darah naik. so, i assume mak was admitted for the stability of her condition. Sampai kat hospital dalam pukul 10.30 pg dan mak tgh tidur. Mak duk kelas 3 perempuan sbb semalam pejabat pendaftaran masuk wad dah tutup. setiap bahagian ada 4 katil, jadi 8 katil dicampur katil2 seberang sana. Rata2 pesakit sebaya mak atau lebih tua. Mereka adalah ibu2 yg satu masa dulu meniti hidup sbg suri kental berjuang membesarkan anak2. Lantas aku bertanya sendiri, ibu ku dn ibu2 ini adakah akan terlantar sakit sebegini andainya tidak melahirkan kami?
aku tunggu sekitar 30 min sebelum keluar. berdasarkn pengalamn ibu sukakn makanan segera seperti Mc D berbanding makanan hospital. Bila kembali, abah, adik dn wan sudah di katil mak yg aku panggil mummy (nota: panggilan ini mula digunakan kira2 3-4tahun yg lalu dn hanya aku sorang di kalangn adik-beradik menggunakan gelaran ini, walaupun terdapat sedikit bantahan dn kemusykilan di kalangan adik beradik dan bakal adik ipar).
Petang sabtu, adik lelaki adil tiba dari KL. Hampir jam 7 selpas makan malam ibu dipindahkan ke wad kelas 1 sbb abah seorang pesara. Dalam jam 11 malam aku dan abah ke hospital utk pertukaran syif. Abah dan adil balik ke rumah dan aku bermalam di wad. Akhirnya, pagi ahad mak kata dah boleh keluar. Semua pesanan pakaian2 dn kelengkapan yg dibuat menerusi SMS kepada ngah dibatalkan. Setelah urusan bayaran wad dn pengambilan ubat selesai, aku bawa mak pulang walaupun mak masih lemah. Apakah SS2 sudah berakhir? Bersambung.
Nota: bermalam di wad, aku kurang lena kerana nurse keluar masuk bilik kami untuk mengambil darah mak cik di katil seberang. Dan faktor lain adalah kerana aku kurang selesa tidur di katil kosong bersebelahan. Berdasarkan pengalaman sewaktu abah sebulan di wad 7 tahun lalu, nurse pernah pelawa agar tidur saja di katil kosong. Adakah pelawaan itu masih relevan sekarang?