Jun 14, 2008

SS1: finally..it ends

Saya melalui saat2 sukar 2 minggu lepas. Pertamanya kereta saya buat hal minggu 1 saat sukar (SS1). Kunci kereta langsung tak boleh digerakkan dan saya buntu (dan agak marah pd diri kerana hari saya berakhir begitu). Mujur hal ini terjadi di parking lot pejabat. Pada jam menghampiri 7 ptg, sy berkira-kira ingin ke bilik Kak Mas (sbb kereta dia sebelah kereta saya di parking lot, dn mujur dia belum pulang). Setelah mencuba beberapa kali (dengan menggerak2kan stereng kerana percaya masalah ini disebabkn stereng terkunci), saya naik semula ke pejabat dn ke main office untuk swipe out at the attendance system. Alhamdulillah, K.Mas sedang menuju ke arah yang sama.

K.Mas cuba menggerakkan kunci. Gagal. Akhirnya, aku dengan muka tak malu berkata "K.Mas, boleh tak saya tumpang kereta akak, saya letak dulu kereta kat sini. Nanti panggil mekanik" Aku mohon kebenaran K.Mas untuk menaiki Honda City nya. Yes, akhirnya buat kali pertama aku mendapat peluang menaiki kereta yg disebut2 oleh Ikujiro Nonaka dalam Theory of Knowledge Creation nya.

K.Mas suruh aku beritahu Pak Guard tentang kereta yg diletakkn di parking lot ofis. Aku akur dan tanpa lengah membuat apa yg disuruh. K.Mas bertanya "Makan malam cm ner?". Ibah: (dengan tak malu) "K.Mas, saya ada order ikut SMS burger". K.Mas: "Kat maner". Ibah: "Kat depan Bank Islam, singgah kat situ jap leh?" K.Mas "Boleh!".

Sesampai di Perumahan kami, K.Mas memberi idea utk terus ke rumah Aida, suaminya seorang mekanik. Saya tinggalkn kunci pada Aida (sebab menurutnya suaminya selalu balik lambat) dan K.Mas menghantar ku pulang. Dan buat kali pertama aku pulang tanpa kereta. Tiada kereta di garaj tetapi aku di dalam rumah, sungguh syahdu pemandangan itu.

Sedang aku nyenyak tidur jam 12 malam, kedengaran salam berulang-ulang. Dengan sweater dan tudung dipakai seharian di tempat kerja, aku segera membuka pintu. Ye, akhirnya, seperti tak percaya kereta ku akhirnya tiba. Abang yg mulia (suami Aida, sampai sekarang aku tak tahu namanya, dn yang mana satu pd malm itu) dan seorang kwn nya menghantar kereta ku. Mereka suruh aku cuba dulu ketika aku menghulurkan sedikit wang upah. Esoknya, sewaktu aku berjumpa Aida untuk memberikan sedikit bayaran, Aida enggan dan berkata (walaupun berkali2 dia kata tak payah dlm SMS sebelum aku terus ke tempatnya) "Husband akak cakap jgn ambil, nanti dia marah akak". Oh! aku sgt terharu dgn layanan baik Aida, telefonis manis di kaunter yg selalu aku susahkan minta sambung ke sana. Dan aku teringat SMS Aida yang bernada ceria kpd ku, "ala tolong sesama kawan, tak de ape". Aida, aku terharu!

Nota: pertukaran tak semena-mena saya kpd aku atas dasar emosi semata2
Nota tambahan: adik lelakiku mempersenda2kan insiden ini. Husband Aida minta ku ke pusat servis dan tukar tempat kuncinya, takut insiden ini berulang. Aku telah menghantar kereta ke Pusat servis dan ternyata tempat kunci perlu diperbaiki. Bila ku maklumkan kepada adik ku, dia terdiam kerana tiada ruang utk mempertahankan pendapatnya. Aku puas!