Malam minggu sesuai bercerita (dan memikirkan) sesuatu yg santai dan sweet. Entry ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengamatan, kisah2 kenalan, luahan malah pengakuan teman2.
Isu ini hanya menerjah ke fikiran ku bila mula bekerja. Mungkin masing2 sudah terbuka, matang bercitarasa dan mula ke arah alam berumahtangga. Episod-episod ini menceritakan kisah2 benar jurus2 pemilihan teman hidup; antara harapan dn impian, malah kenyataan sang pemimpi (cewah, meminjam tajuk novel kedua Andrea Hirata) dalam memilih teman hidup. Seperti penceritaan di dalam Buku Secret by Rhonda, apa yg kita fikirkan akan memandu tindakan dn asas pencapaian kita pada hari ini.
Episod cinta pertama adalah berjuruskan negeri. Seorang teman menyimpan cita2 utk berumahtangga dengan warga Johor (mungkin kisah silam anak Johor adalah wira hatinya). Alhamdulillah suaminya kini masih mempertahankn keJohorannya (teman ini baru dikurniakan cahaya mata tahun lalu dn ahad ini akan menjalani pembedahan setelah didapati terdapt tumor semasa pemeriksaan hari ini, doakan!)
Kisah kedua episod cinta berjuruskan negeri adalah tentang teman yg seorang ini. Kisah cintanya byk berputik antara hatinya dn anak Pahang. Boleh dikatakan 3 (atau 4?) yang mengusik emosinya adalah org kg ku. Kenapa Pahang? Mungkin kerana anak muda Pahang tidak mensia-siakn keluarga, (yg mana mengundang percaya) tapi belum tentu pacarnya (nota: ini hanyalah andaian liar).
Episod cinta kedua bejuruskan bangsa. Seorang teman telah meletakkan lelaki bangsa India sebagai teman pilihan. Tiada siapa yang tahu asas pemilihan ini dan kami menerima dgn pemikiran terbuka dan masih belum menemui jawapannya (kerana belum bertanya secara jujur).
Teman lain pula meletakkan rupa Cina sebagai syarat teratas. Selain pemuda Cina di Malaysia, teman ini telah memberi garis panduan kepada kami (bagi tujuan gosip mahupun utk perancangan agenda kami) pemuda dari Korea, Hongkong dan negara2 lain yg belum disahkan (teman ini tidak menyebut China, mungkin berdasarkan pengalaman serik berhadapan dengan jutaan warga China tahun lalu). Teman ini akan ke Bandung Ahad ini, dan ini ku katakan padanya: Baby (bukan nama sebenar) org Bandung putih2 mcm Cina. Mcm Taufik Hidayat tu (tanpa lengah aku memberi maklumat seyakinnya), dn dia org Muslim, sambungku. Tapi ko kene pandai carilah dn jgn marah aku kalau ko tak jumpa (sbb aku sendiri tak jumpa Chinese look kt Bandung, mungkin byk melihat brg jualan dari melihat warganya). Baby tersenyum penuh harapan dn mungkin berkata dlm hatinya: Ibah, terima kasih, akhirnya ku temui harapan cinta suci (Chinese look + muslim azali).
Episod cinta ketiga berjuruskan negara. Jeng-jeng. Walaupun kisah ini agak kabur, tapi aku pasti ia berlaku di kalangan temanku. Tetapi ia masih relevan kerana saudaraku sudah dua kali bertukar pacar dan keduanya dari Indonesia, secara spesifiknya Bandung! Tapi cerita seorang teman (setelah dianalisa) juga menujukkan trend yg sama: Indonesia lebih byk di dalam senarainya! Cinta berjuruskn negara ada baiknya, kerana membuktikan 'Only sky is the limit'. Gambattee! (for all).
Episod apakah seterusnya, ye, episod cinta lain2 adalah berjuruskn ketinggian (sy hanya mengfokuskan ciri fizikal ini kerana mempunyai fakta sokongan di kalangan teman). Kedua-dua teman baik saya menyayangi (katakan saje) pemuda yg sama ketinggian dgn mereka (nota: seorang telah berjaya (InsyaAllah) dn seorang dlm perjuangan - kindly update whenever necessary).
Ini adalah sebahagian episod cinta (malah mungkin pembawa kecewa, nauzubillah) teman tercinta, don't worry, we will always love you, no matter what! (to whom it may concern!)