May 26, 2008

Pulau Batu Putih: Satu Tragedi

Keputusan penyerahan Pulau Batu Putih sangat menyayatkan hati saya. Saya sengaja menulis entri ini dalam bahasa Melayu, dgn harapan tiada bukan Melayu atau org yg buat2 Melayu menyalah tafsirkan tulisan saya. Walau apa pun alasan yg diberi Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ, segalanya nasi telah menjadi bubur. Di sebalik pemindahan ketuanan pulau itu secara rasmi, ada 1001 kisah nasib Malaysia atau nama asalnya Tanah Melayu di peta dan mata dunia. Perjuangan menghidupkan nama Melayu di bumi Allah sewajarnya boleh dikatakan berpangkalan di bumi bertuah ini, tempat tumpah darahku. Perjuangan pejuang-pejuang bangsa dan agama berkorban darah dan menjunjung setia dlm memastikan tanahair tak kan lepas ke tangan penjajah yg bedebah.

Jika dicari semula fakta sebenar sejarah (berbanding apa yg kita pelajari di sekolah) banyak pengajaran yang tak ternilai telah gagal disampaikan kepada generasi muda. Semasa mengikuti Ijazah Sarjana baru la ku tahu kewalian para pejuang seperti Tok Janggut. Dan semasa mula bekerja, baru lah ku tahu bahawa pejuang kemerdekaan Sarawak itu adalah seorang guru muda (yg belum mencapai umur 20 tahun) semasa membunuh penjajah dan akhirnya dia dibunuh dgn racun. Sungguh, ada sesuatu yg hilang dlm pendidikan sejarah di sekolah sedangkan ia adalah platform untuk pembelajaran bagi seisi warga Malaysia.

Keperluan memahami perjuangan dan pengajaran dalam episod perjuangan menegakkan negara merdeka seolah-olah tenggelam berbanding kepentingan mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan sepanjang persekolahan. Akibatnya jiwa muda yg penuh aspirasi dan dahagakan 'empowerment' akhirnya hanya mampu bermaharajalela (dan lebih tepat berlagak gila) di jalan-jalan raya sebagai pelumba motor murahan yg hanya mampu muncul di tengah-tengah malam di kala insan-insan pilihan Allah asyik masyuk dibuai cinta Allah dan menagih belas kasih yang tak berkesudahan. Anak-anak muda ini bersama generasi2 muda senasib berganding bahu berzikir menerusi SMS mengundi program2 realiti TV dan menjadikan anak-anak muda (dan ada juga yang tua) yang hanya mampu menyanyi dan tersenyum sebagai idola yang menguasai perbualan dan perasaan mereka.

Berbalik pada isu ICJ, antara alasan yg diberi oleh Hakim dari Jordan itu, Malaysia tidak menunjukkan tingkah laku yang melambangkan Pulau itu milik Malaysia. Apa lagi kita boleh katakan. Bukan hanya sekadar Pulau ini, bahkan ada 1001 perkara yang dipandang enteng oleh para warga yg bergelar YB yang kenyataan di dada2 akhbar dan televisyen yang mengundang sakit hati (dan juga sakit kepala sambil bertanya sendiri, siapa yg memilihnya sebagai menteri?)

Hari ini mula kepentingan mengawasi Pulau Pisang diutarakan. Ye la, pisang berbuah dua kali perlu dijauhi. Dan teringat kunjungan ke rumah teman di Bukit Damasara minggu lepas, seorang Tok berumur 80 tahun, putih melepak menyambut kedatangan kami. Tok yang lembut baru tiba dari Terengganu dan baru menjalani rawatan kerana mata kirinyanya luka sebelah dalam. Tok yg berwajah lembut, bermata kecil tenang duduk di sofa mengadap TV yang terletak dlm 8 langkah di depannya. Sebaik bersalam dengan Tok, Tok menyapa lembut "apa khabar?". Terharu dibuatnya kerana ini lah kali pertama mendapat pertanyaan itu dari warga tua berumur 80 tahun!

Tok bertanya soalan2 ringan tentang pekerjaan, tempat tinggal, keluarga dan aku bertanyakan perihal keluarga Tok dan kesihatannya. Tok tenang di atas sofa dan aku di sisinya sambil mata kami sesekali mengarah kepada kaca TV di depan. Pada malam itu (21 Mei) keputusan hak milik Pulau itu belum diumumkan tetapi TV3 menyiarkan sorotan dan pemandangan2 pulau itu. Dan tiba-tiba Tok berkata perlahan "rebut batu". Aku kaget memandangkan tidak menyangka Tok yang setua itu mengetahui isu semasa.

Berita TV3 kemudiannya menyiarkan isu Tun Mahathir dan keahlian UMNOnya. Dan Tok dengan relaks dan selamba menyebut perlahan "rebut pangkat". Lantas Tok memberitahu, "UMNO dulu ditubuhkan di rumah Tok kat Singapura, isteri Dato' Onn adalah mak saudara Tok. Dato' Onn tak diterima Johor pd masa tu". Aku terpana. Siapa gerangan Tok putih melepak yang brilliant ini?

Tok, Tok. Isu pemindahan hak milik Batu putih perlukan pandangn Tok dan saya serius untuk bertemu Tok lagi!

Nota: Anak-anak dan cucu2 Tok ada yang berada di England dan US. Dan tidak disangkal lagi Tok adalah sebahagian penyumbang kejayaan mereka.