SS3 berlaku minggu berikutnya selepas SS2. Workshop akn berlangsung pada selasa pagi. Prof telah hubungiku sekitar jam 7.00 mlm bertanyakan persiapan di lab, "AMOS dan SPSS mcmnana?, AMOS guna SPSS file" "My friend who in charge on lab informed me everything is OK", jawab ku seringkas mungkin kerana Prof sedang memandu di Highway Pantai Timur.
Kerana menguruskn beberapa hal di pejabat,aku tak sempat menjengah persiapan di makmal komputer. Sedikit lega kerana comittee sejak pagi berkampung di Wisma (2km dari ofis) utk menyiapkan segala course file dn menyediakan tempat pendaftran. Dan sengaja aku biarkan mereka dan tugas2 mereka untuk memberi ruang utk mereka melaksanakan tugas2 yg yg sudah aku senaraikan dn yg penting, aku suka mereka di beri autonomy (dan ini yang aku harapkan dari pengurusan atasan).
Pagi Selasa sesi pendaftaran berjalan baik. Prof yg menginap di rumah tamu tiba hampir jam 8.30pagi, dengan senyuman senang dan ceria sekali. Sedang Prof sibuk di komputer depan, aku cuba2 membuka AMOS. Ye, senang sungguh hatiku kerana AMOS trial version diinstall dgn jayanya. Dan SPSS bukan suatu masalah kerana SPSS sudah sedia ada di semua komputer di lab.
Tiba masa utk mencuba SPSS. Berkali2 ku buka namun mesej yg sama keluar. "Your subscription has expired". Begitulah antara mesej yg dipaparkan. Kawan2 ku turut mencuba namun semua mendapat mesej yg sama. Buntu. Workshop akan bermula sebentar lagi.
Mujur slot sebelum refreshment berkisar tentang pengenalan AMOS. Namun aku adakalanya gusar kalau2 Prof mahu menunjukkan sedikit cara untuk mengakses AMOS sekaligus membuka file dari SPSS. Sebaik selesai refreshment, aku dan Mr Tan bergegas ke IT department. Namun, kami datang bukan pada masa yg tepat kerana ketuanya tidak ada di bilik. Kami kembali ke makmal dn peserta2 yang lain mula mengambil tempat semula.
Aku mula mengeluh sendirian dan mengadu perlahan tentang ketiadaan SPSS pada teman2 sebarisan (sebaris ada 4 komputer). Tiba2, teman di sebelah melaung kecil, "ni boleh!". All programs> SPSS for windows > spss 15.0 for windows. beberapa kali button OK perlu di klik dan, Yes! komputer ku dan komputer teman2 sebaris dapat membuka SPSS dengan jayanya. Alhamdulillah!
Nota: seperti yg dinyatakn oleh ketua IT department, "by hook or by crook, SPSS dn AMOS mesti boleh" so, it went as promised!