Alhamdulillah, kelas sudah berakhir, minggu ini pelajarku sudah mula final exam. Moga dapat menjawab dengan cemerlang, doa dari guru mu yg dhaif ini. mungkin ada guru yang sering mendpt SMS terima kasih yg dihantar pelajar2 mereka yg baru keluar dari dewan exam. tetapi tidk bagi aku. may b aku bukan jenis yg beri tips, soalan2 yg student may b tak expect, dan yg penting, aku tak penah cari cikgu sejurus keluar dewan exam, uppss.. mytruecolor.com.bi
tapi last week, student HR research ku, Fatin SMS lebih kurang begini - terima kasih Miss,kami bertiga baru habis presentation, hanya ada minor correction, dpt pujian lagi. Shbtku Fuzah sbg reviewer for the presentation tu bercerita, rupanya Fatin dpt tepukan gemuruh dan tak perlu correction untuk proposalnya. dua org student lagi correction on sample dan sorang lagi on hyphothesis and sample.
Semalm ada pengajaran yg bermakna utk aku. semasa sediakn sarapn jam 11, ye jam sebelas, aku biarkan daging burger di atas kuali, dan pergi ke bilik2 utk menutup pintu bilik. bila menggoreng tahu2 je la bau asapnya bukan aje di dapur, bilikk tidur pun naik bau sekali. dan sebaik aje menutup pintu bilik depan, hahah,baru ku ingt tombol pintu bilik tu sering aje udah tertekan disebelah dlm bilik. sungguh, tombol pintu tdk dpt diputar lagi dari luar. gugusan kunci digantung di dalm bilik. Damn !!
maka bermula la hari aku tanpa dibenarkn masuk bilik utama. mujur kebykn baju2 kt bilik sebelh, dn mujur telekung mini dan stokin aurat pun ada kat bilik tu. dari zuhur sampai subuh pg ni aku solat dgn jubah. jubah tu dah dlm group baju yg nk sedekah. dibawa keluar dari bilik depan beberapa hari lepas. semua kerja berkaitan bilik depan terbengkalai. baju2 yg kene basuh dlm bilik dpn.
satu pintu tertutp, 2 bilik lagi masih ada - kain2 dibilik kedua perlu dilipat,bilik belakang perlu disusun brgnya, ruang tamu perlu dikemas, dapur perlu dicuci, porch perlu dibersihkan. fokus2.
aku lupakn seketika kusut masai hariku pintu bilik utama tidak dpt dibuka. mujur compct powder ada dimeja kt living hall. itu bagusnya berbedak smbil menonton rncngn tv, haha. kerongsang dibeli di convest UIA pun ada kat atas TV, tak pakai lagi.
dari ptg tadi aku cuba pelbagai cara nk bukak pintu. kad2 dlm purse dah susut aku guna utk bukak. and finally aku bertegas tunggu esok saje la mintak dgn ofis spare key.
sambil menonton persndingan kayangn Dr SMS, aku melihat di bawh pintu bilik depan. gelap. bilik tu seolah2 tdk mengenalku. membiarkan aku didunia ku dan dia didunianya. seakan tidak pernah berhubung.amat tragis. selama 4 tahun aku memiliki bilik ini, dan kini ia menidakkan hakku.aku tak mampu berbuat apa2, pasrah, satu pintu bilik tetutup, aku menggunakan resources yg ada diluar, toiletnya, toto, kusyen kerusi. aku boleh selesaikan kerja2 di dapur, ruang tamu, porch. sekurang2nya, satu pintu tertutp, aku boleh focus pd yg lain2. tidak smbil di dapur teringt baju dibilik utk dibasuh, smbil menyapu di living hall udah penat fikir utk menyapu di bilik depan pulak.
mlam tu membuat aku terfikir, bilik gelap yg tertutp rapat dn terasing dari ku seolah2 kehidupan dn kematian. sekelip mata, kehidupn di dunia bukan lagi milik kita. serta merta alam dunia kawasn larangn, tiada pilihan melainkn hnya mampu memandang saje. dan pintu yang tertutup rapat membuatkn aku focus pd kerja2 diluar. satu pintu tertutup rapat, aku tak perlu memikirkan bebanan didalm nya. begitu juga dlm kehidupan. untuk berjaya ada pintu yg perlu ditutp rapat, pintu kemalasan, pintu riyak, pintu sombong. baru beban yg tak sewajarnya difikirkn tidak mengganggu kebaikan2 yg sedang menunggu dipintu2 lain.
Lihat hebatnya Allah, pintu2 rahmat disebalik 99 namaNya terbuka luas. tiada yg tertutup. malah byk lagi pintu2 rahmat di langit. sementara hidup moga aku diberi kekuatan utk memilih yang baik2 dlm hidup sebelum aku hanya mampu memandng dunia tanpa mampu memilih lagi. maka, pintu ape yg perlu ku tutp rapat2 hari ini?
Hasbunallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa nikmannasir...
No comments:
Post a Comment