May 22, 2011

Penghibur syurga

Petang semalam kau penghibur dunia, petang ini kau penghibur syurga
pasti penghuni langit bergembira, penghibur syurga sudah tiba!

kau korbankan masamu untuk hiburan mereka
dan mereka akhirnya berkorban masa untuk menemukan
calon-calon penghuni syurga!

apakah alunan nasyid terakhirmu?
pasti kau sambung nanti di halaman syurga
kerana laskar mu tidak berpisah
jika semalam kalian bersama di bawah satu khemah
hari ini bersama lagi di dalam satu daerah
yang pemisahnya hanya semalam
semalam yang muram
semalam yang hitam
bagi penghuni dunia
rupanya Allah telah siapkan
satu taman dari taman-taman syurga
suara lunakmu tak disia-sia!

************************
Berikut adalah senarai nama 16 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, 21 Mei 2011. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 hari terbabit.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan. Al-Fatihah
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim
7) Zaim
8) Angah
9) Rahimi
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Hasril, 11,
16) Zaid Ashwal, 18,

No comments: