Mar 16, 2011

Moga rohmu dicucuri rahmat, Khairan Sharmiza

Selepas habis kuiz hari ini pd lebih kurang jam 11.30, aku kembali ke bilik dan memeriksa email. Hanya ada satu email, kutipan derma untuk seseorang yang aku kenali - Khairan Sharmiza.

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar kita telah terlibat dengan
kemalangan jalan raya jam 7.00 pagi tadi di KM 3 24 jalan Segamat – Kuantan.
Pelajar berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian.


Terpampang wajah Khairan Sharmiza, pelajar kelas ku yang suka duduk di barisan hadapan dan tak pernah ponteng kelas walau sekali. Isnin lepas kelas terakhir dan quiz diadakan, itulah kali terakhir aku melihat beliau. Pada hari terbabit mid term paper dipulangkan kecuali 2 org pelajar termasuk Khairan Sharmiza. Aku meminta beliau tidak bimbang kerana papernya mungkin tercampur di dalam section lain. Di akhir kelas seperti biasa beliau mencium tangan ku sambil tersenyum manis dan 2 hari selepas itu Khairan Sharmiza tiada lagi di dunia.


Ya Allah, cucuri rahmat ke atas student ku yang baik ini, Allahyarhamah Khairan Sharmiza, ampun kan dosanya, ganjari segala kebaikan hambamu ini yang syahid dalam menuntut ilmu!

-Alfatihah-

1 comment:

kamarulnizam said...

Saya kamarul nizam
saya nak tahu allahyarhamah khairan sharmiza adalah bekas student smk usj 13
saya ingin tahu
tolong balas comment ini
saya tengah mencari orang yang nama sama dengan allahyarhamah ini
tolong saya