Lebih kurang 1o min menunggu, kami diberi kunci. Bilik kami di tingkat 6, dan seorang lelaki Melayu yg agak berusia dipangggil membantu kami mengangkat barang dn menunjukkan bilik. Semasa menaiki lif, Pak cik berkenaan memberitahu breakfast di hotel tak halal, kecuali roti2. Welcome to sg, huhuh
Kami masuk bilik dh dekat pukul 1. Dlm bilik ada 2 queen size bed, bilik nya berhadapan Bencoolen street. Jalan nya tak begitu sibuk, cuma bila trafik light di persimpangan depan merah, kereta berhenti memenuhi jalan. Dan kereta-keretanya agak luxurious, seperti kereta2 Sg yg masuk Msia tu. Diseberang jalan ada seven e, kopitiam 24hrs (tp tgh renovate) dan hotel Bayview. Memandangkan zuhur belum masuk, kami berehat2 melelapkn mata sebentar.
Selepas lebih kurang 30 min berehat2, kami bergilir bersiap2 untuk keluar solat dn lunch. Selang beberapa buah dari hotel kami terletak Masjid Bencoolen. Sebenarnya masa cari2 hotel yg berhampiran dgn conference venue, dah perasan ada masjid ni. Sebelum datang, puas cari hotel yg sesuai. Budget hotel kt Sg SGD100++ ke atas. Kalau yg less than that dipanggil hostel. So, jgn terkejut kalau nama budget hotel tp rate semalam dkt SGD200-300. Puas jugak la cari hotel, dan bila tengok komen tak best kt tripodasia or mana2 third party website on hotelling ni, terus turn off nk stay kat hotel tu. Lastly, 2-3 days b4 ke Sg, check map of the conf venue kat streetview. Tup2 nampk hotel ni, walking distance dr Dhoby Ghaut MRT, dan nampk pulak Masjid. After comparing 2 hotel sebelahnya, 81 Bencoolen family room penuh smpai nxt month. Bencoolen hotel pulak family room 270++. Then, dlm tropodasia no bad comments on this hotel, alhamdulillah.
Sebenarnya, ada satu lagi choice yg agak murah, Beach hotel, tp not within area Dhoby Ghaut, tp area bugis. however comment from the tourists, hotel ni bising sbb bawah dia kedai jual mcm2 brg, dekat2 hotel ni pulak ada pub. huhu, walaupun harga murah sikit(Family 170, tp max 3org je) tak sesuai la rsnya unless kalau terpaksa.
ok la berbalik kpd trip, kami keluar ke Masjid sekitar jm 2 ptg. Bangunan Masjid terletak di hadapan sebuah aprtment. Masuk2 terus nampk tempat wudhu lelaki yg cantik decorationnya. Bhgn wanita di tingkt bawah (mcm bwh tanah la). Kecik je ruang solat wanita, tp ada 2 TV besar dn siap ada toilet utk OKU. Beberapa notis2 dlm masjid ni di tulis dlm bahasa tamil, may b kawasan India muslim kot.
Dah siap solat, kami bergerak cari restoran. Restoran Hajah Maimunah ingtkn kt Bugis, rupanya selang beberapa kedai je dari Masjid. Restoran ni glamer siap masuk dlm Sg tourism website dn dia ada beberapa cwngn, siap dgn catering service lg. Tp hari tu tutp sbb ahad. Jalan punya jln tk nampk pun kedai melayu yng staff hotel bgtau dn dlm 5 min jln, jumpa la kedai mamak Restoran Jilani.
Rest ni tak sebesar kedai mamak2 di Msia, tp syukur jumpa jugak rest halal berhampiran. Specialty rest ni of course la Beriyani. Harganya SGD5++. Abah kata ok la, sbb beriyani Msia dah naik RM12 sebungkus, harga dia org tk naik byk. Abah order air bandung, nk nasi beriyani kambing. Bila air dihantr, patutla abah order air bandung, special tak hengat. Beriyani dia portion tk sbyk kat Msia, tp best!!!
Ok, dah kenyang perut, kami plan nk round2 Sg, ye la esok kn dh nk attend conf, pas tu nk balik. Abah nk balik rehat kat hotel. Kesian Abah, penat dtg dari Temerloh.
Mengikut tauke rest (tauke kot, yg paling senior kt rest tu) nk ke Geylang boleh berhenti di stesyen MRT Paya Lebar, Eunos. So dari Dhoby Ghaut, kami amik route color merah. Kami turun di stesyen Eunos, turun2 nk kemana yek, hihi, tk nmpk pun signboard Geylang. Setelah disiasat (tengok pd Map kt stesyen) kami sepatutnya turun kt Paya Lebar, stesyen sblm Eunos. Kami simpulkan Pak cik Jilani akan beritau satu stesyen kehadapan, dn tekad tak mahu tanya Pak Cik Jilani lagi!
Turun MRT Paya Lebar, mencari2 lagi kat mana Geylang. Puas gak cari, tanya rupanya agk jauh jugak dari MRT, dlm 15-20 min jln kaki. Sebelum mula bersoping, singgah solat kat surau Geylang. Surau ni dari luar ya ampun, mcm surau terbiar je. Tp bila dah masuk, rupanya siap ada washing machine lagi! ko ada? haha
Kami mula menapak ke pasar geylang. Dah dekat pukul 5, mujurla peniaga tk tutup lagi, bagus. Byk maaa pilihan dia, kakak aku rmbg mata sampai tk beli ape2. Pilihan dia cantik2, patutla org Msia ada yg prefer beli2 kain baju kt sini. Tp yg tak bestnya pasar ni sekali dgn pasar basah, makanya bau2 ayam menerjah ke hidung.
Kami keluar dari psar dlm pukul 6. Ok la tu shppng sejam sesuai dgn budget. Kami bergerak nk balik, tp singgah di restoran Labu labi utk beli dinner. Aku order air bandung, tp sadis, tak sama dgn bandung abah order, huhuh. Hujan dah rintik2, dn kami pulang dengan taxi.
Malam tu, lepas dinner, as usual, mlm2 sblm present, rs gabra memikirkan cm ner prsntation esok. Terasa mencari pasal je nk prsnt kt sini, huhu. kunci jam, bangun, reset jam, tido balik. dr pukul 10, kul 12, kul 2, dan lastly, bangunla pukul 3 iron baju dn bc slide. huh, dengkinya tengok orang lain tido lena di bumi Sg!
Esok pagi2, lepas bfast cornflake+susu, Long teman tahan taxi. Kat sini taxi dia utk 1st 100m, ada rate SGD 2.8 atau 3.00 atau 3.2 dn seterusnya, tengok jenis taxi. So far taxi yg aku naik semua comfortable walaupun dari luar mcm kereta yg usang. harga dia display pada screen, function2 lain device tu termasuk GPS. Dari hotel ke conf venue tmbg SGD 4++, termasuk peak hour charges dlm 1++ Kata driver taxi peak hour charges smpai pukul 9.30am.
BERSAMBUNG (ESOK ADA KELAS, KENA BANGUN AWAL :))
No comments:
Post a Comment