Jun 14, 2011

Tips pindah rumah

Saje nak share, tips berpindah dlm negara. luar negara x experience lag :))


1-2 bulan sebelum pindah

1. Dapatkan rumah yg nk masuk tu. Kalau nk masuk tu rumah seniri, leh skip. Rumah boleh di cari melalui internet, papan2 tanda, bus stop dan juga ada sesetengah seven E ada notice board iklankan rumah kosong berhampiran lokasi rumah baru.

2. Dah dapat rumah spent la masa lawat lokasinya. berapa bilik, berapa penghuni, kwsan persekitran ok atau tak, latarblkg hsmate tu - kerja atau blja, masjid/ surau jauh atau tak, toilet ada bpa, kalau ada motor atau kereta ada porch/ atau muatkah porch utk bil kereta2 yg ada di rumah tersebut dan juga yg penting harga sewanya!

3. dptkan sekurang2nya 2 rumah, bandingkan. sebaik2nya 3-4 rumah. mintak pemilik2 rumah beri tempoh utk kita fikir. dlm pada tu google tntng keselamatn tmpt tu. so boleh screen out the best option.


3-4 minggu sblm pindah

1. udah confirm rumah tu, stand by la nk pindah2 brg. cthnya nk pakai lori atau nk pakai van je. kalau rs muat je van, so leh la angkut brg sikit2 sblm pindah guna kereta cthnya. perabot sprti rak buku, meja dah boleh tutuh. susun la molek2 buku yg dah dialihkan. tak pakai meja, rak buku slama sebulan insyaAllah masih stabil kehidupan.

2. kalau nk sewa lori, survey la harga nya. kalau nk pakai van, plan the route cthnya singgah dimana2 (kg, rumah kawan, kakak) atau direct ke tempat baru. sesetengah company boleh gunakan van company, provided that kita berpindah atas arahan syarikat.

3. identify barang apa yg nk a) tinggalkan (beri kat kawan sbb sblm ni org beri brg2 kt kita) b) jual c) tumpang rumah kawan, nanti bila2 ambil smula d) bwk pindh ke mana jua kaki melangkah.

4. Kalau nak tamatkan perkhidmatan seperti astro, bolehlah mula maklumkan tarikh utk tamatkan service.



1-2minggu sebelum pindah

1. maklumkan kepada jiran kalau ada surat2 sampai rumah minta simpan dan beri pd org yg biasa/akan menghubungi anda. bukan apa beritahu awal2 nanti tk jadi pulak nk pindh, tak best la pulak kan.

2. maklumkan pihak2 yg rajin hantar surat eg: kawan baik sejak kecil, bank yg sentiasa merindui anda, bil telekomunikasi yg sentiasa berkomunikasi dgn anda, pihak insuran yg hantar statement (penting utk tax exclusion) dll tentang alamat baru. ada sesetgah pihak yg super leceh mengkehendaki pengguna menghantar fax. email tak mau walaupun internet bankingnya super glamour di tanahair.

3. kalau ada laptop/ desktop ofis yg kita pakai make sure clear kan file2 dlm tu, termsuk fav :) apatah lg history dn cookies :)


3-4 hari sebelum pindah

1. kalau ada bil2 elektrik dn air, sila jelaskan ye! kesian penghuni baru. sekiranya tidak dijelaskan,bersedialah menjadi bhn umpatan!

2.kalau anda jenis nostalgic, ambil la gambar di dlm rumah, luar rumah, ofis dn dgn kawan2. mujur saya ada 1 gmbr di rumah sebulan sebelum pindah. Ia dipercayai diambil oleh Widad. Teringat gmbr yg dia lukis, budak kalau dia lukis gmbr kita mesti sbb dia sayangkan. Rugi pulak tk simpan!

3. hantar email/ atau jumpa kawan2 utk minta maaf dan mohon diberitahu hutang piutang. Jika anda berhutang jelaskan dan pulangkan brg2 yg dipinjam. kalau anda bernasib baik akan dpat hadiah2. jangan smpai kalut tertingl2 hadiah, kesian kt pemberi. kalau tak dpat, harap redha.


Kepada kawan2 yang akan berpindah pd masa terdekat atau pd masa akan dtg, semoga perpindahan anda diberkati Allah. Dlm kuliah maghrib, ustaz mengatakan untuk memulakan sesuatu yg baru digalakkan pada bulan rejab. Huruf Ra untuk Rab, Jim - (jim ni saya akan check dan takut kalau salah), Ba utk Bir kebaikan. Dan ustaz tu kata malam israk mikraj byk kemuliaan, nabi diam beberapa hari kerana bimbang masyrakat tak percaya kejadian malam tu. Diam nabi membawa ke bulan Syaaban. Syaaban adalah bulan nabi. Best la ustaz tu ceramah. Lagi, beliau menyebut, pangkat tertinggi = pencen, anugerah tertinggi = allahyarham. Tak sangka di Plaza Angsana selepas magrib ada tazkirah yg best. Beliau selalu muncul di TV, nama penuhnya akan saya google sebentar nanti. Salam Rejab!

No comments: