Hotel tmpt berlangsung conf ini terletak di atas bukit Fort Canning, kira2 10 min sahaja dari hotel tmpt menginap. Rate utk satu mlm paling murah kira2 sgd500 dn turut menyediakan bilik2 untuk kategori elderly dn handicap, siap boleh check floorplan utk setiap jenis bilik tu, ko ade? hihi
Sesampai di hotel sudah hampir jam 9.00. Makanya bergegas ke kaunter pendaftaran dn terus masuk main hall utk upacara perasmian. Speaker memberi ucapan melebihi had sehingga masa utk parallel session bermula agak lewat.
Setelah selesai tea break (saya menghabiskan masa berjalan2 meliht tandas canggih hotel ini), sesi pembentangan part II pula. Oh, saya sngt gabra kerana seorang demi seorang Prof yg membentang kertas kerja sblm ini. Hampir 3 org. Mujur sebelum sy ada seorang pensyrah dari Qatar tanpa sebarang title dihadapan namanya. Saya agak lega.
Dengan shawl dn baju kebaya labuh yg saya pakai lawat student praktikal 3-4 tahun lepas, saya mengagahkan diri ke hadapan (wpun rasa nk tercabut kepala lutut). Baju itu terpaksa sy pakai kerana baju rasmi utk offical event MIA.
Hanya ada satu soalan yg ditanya oleh Prof Brian dari Canada, alhamdulillah saya dapat jawab. Rasa sgt gembira sudah selesai presentation, full stop. Selesai sesi pembentangan, break lagi utk lunch. Saya ke kaunter bertanya tentang halal diet yg sy minta. Seorang committe conf mengiringi sy ke tmpt lunch. Dekat2 smpai ke muka pintu, beliau sempat memberitahu dgn jayanya 'this hotel does not serve pork'. Sebelum melangkah masuk ke cafe terbabit, sy terpandang papan hitam kecil yg selalu diletakkan di depan sesetengah cafe/ kopitiam (apa term yg sesuai yek? display board perhaps?) Ia tertulis dgn jelas'pork rib' dlm senarai special menu! Moralnya, don't trust them when it comes to food!
Selepas lunch, saya sessi pembentangan bersambung. Alhamdulillah, semua selesai hampir jam 3ptg, iaitu waktu saya berjanji untuk balik ke hotel. Saya minta hotel panggilkan taxi memandangkan hotel ini bukan laluan umum. Ada taxi baru menurunkn penumpang, taxi ini agak dhaif rupanya (seperti sy ceritakan sblm ini, taxi yg nmpk dhaif dlmnya selesa dn siap ada GPS). Staff hotel tdk membenarkan driver taxi terbabit mengambil sy. Sgt menghairankan. Tidak lama selepas itu, tibalah taxi mercedez. Rupanya2 itu adalah taxi yg telah dipanggil pihak hotel. Barulah sy faham skrg kenapa pihak hotel tidk membenarkan taxi sblm ini just because they have called for taxi! Drivernya memandu dgn cekap ke hotel berbanding taxi dhaif yg saya naik pagi tadi. Rupanya2 keselesaaan itu tdk percuma, charge memanggil taxi dikenakan hampir sgd4. Sy lupa adanya charge berkenaan kerana hampir tidk pernah memanggil taxi melalui hotel di Msia.
2 comments:
saya pernah panggil teksi dari hotel malaysia, tapi tak perasan pulak ada caj ke tak, maklum la lurus bendul
p/s: teringin nak tengok rupa awak berkebaya labuh dan shawl tu hehe
gimana rupanya? agak mengerikan!
Post a Comment