Nov 22, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, gencatan senjata antara Hamas dan Israel telah berlaku semalam. Saya rasa Israel memang target untuk melaksanakan serangan di antara dua hari penting umat Islam iatu aidil adha dan hari asyura.

****************
Hari ini cuti keputeraan di tempat kami. Di masjid uni, terpampang pd screen bacaan tahlil, yaasin dan doa selamat yg diadakan mlm td. Tapi malam jumaat, corong masjid sepi tanpa sebarang alunan. Tapi ada bagus jugak di sini, panggung wayang di tutup dari malm tadi smpai jam 5ptg ni, ahaks..

****************************

Dalm istilah komputer, ada input, output dan proses. Nah, process berdsrkan input drp input devices iaitu mouse, keyboard, joystick dn sbgainya. Process terdiri drpd CPU yg process berdsrkan request. Dlm CPU juga ada input, process dn output. Finally, output dikeluarkan melalui output device seperti printer, monitor, speaker dn lain2.

Nah, gimana input, process dn output dlm solat. Rasanya sy bukanlah org yg layak nk cakap pasal ni. Tp analogy komputer ini boleh digunakan dlm solat. Sekiranya input kita adalah dimana kunci, apa nk buat lepas ni, masalah dgn orang atau lain2, maka kita akan process utk menjawab input2 tadi. Jadi tak hairan org dapat idea nk makan ape, kunci di mana lepas solat.

Tapi kalau input kita utk subuh - syukurnya aku dpt tidur dgn nynyak mlm ni, boleh bernafas lg pg ni, zuhur - syukurnya aku dpt bfast dn lunch rezeki dr Allah, Asar - syukurnya aku sihat, ada jantung, buah pinggang, perut dlm badan, ada org kene usung jantung mekanikal besar beg, kene letak beg najis lekat pd badan. Magrib - syukurnya aku bernafas smpai sekrang, isyak - syukurnya Allah beri peluang aku nak solat isyak lg malam ni..InsyaAllah kepala tidak ligat process hal dunia ketika solat....

InsyaAllah jika input kita betul, maka process dan outputnya pun selari dgn request. Tidak lah 'rubbish in rubbish out'. Sebenarnya ini peringatan utk diriku sendiri. Dalam dunia cyber hari ini pelbagai pilihn yg kita ada. Cthnya kalau asyik buka facebook baca hal orang, tak mustahil, kita proces maklumat orang lain dlm solat. So, input tu sgt penting.

Rasulullah saw bersabda: “Seseorang itu menurut agama sahabatnya. Maka hendaklah diperhatikan seseorang yang hendak kamu jadikan sebagai teman.” (Riwayat al-Bukhari)

Saya ada seorang kawan setiap kali jumpa dia akan mengadu segala perangai orang. Saya tak penah cerita pun apa dia komen kat org lain. Apa yang boleh sy suggest dgn selamba sy suggest. Tak tau la pas tu dia akn komen pasal sy pulak, huhu. Tapi saya rasa from now and onwards, I won't talk about people anymore with her, I have to make strategy to avoid gossiping. So one day I decided to change the topic during our makan2 sesi (i love lepak2 makan, but i hate makan+gosip). Tp alhamdulillah, hari tu dinner kami, langsung tak ckp pasal people, we only talk about event, I wish I can continue with this situation!

Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people'


*****************************

Sbnrnya saya agak serabut minggu ini. Saya sdg uruskan claim yg mana sy kena berurusan dgn byk pihak. Bayangkan sistem kewangan yg biasanya org2 finance saje yg click sini sana kini perlu digunakan oleh pihak pemohon claim. Tanpa sebarang latihan segala mak nenek seperti no resit dan alamat rumah lodging perlu dimasukkan dlm sistem. Mungkin saya tk biasa dgn ni sebab di private kami tak perlu isi maklumt mcm ini. Sebaik isi permohonan, salinan dari sistem perlu di cetak, dan hasilnya tadaaaaaa.... pelbagai maklumt tidak dipilh dgn betul sbb statement yang tidak betul2 difahami - membawa kereta dgn arahan, membawa kereta tanpa arahan, bla2... di tmpt kerja saya dahulu hanya ada kenderaan disediakan, kenderaan tidak disediakan.. arahan2 ni tak de.. nampaknya saya kene fahami terma2 kerajaan betul2.

Setelah print daripada sistem, again, mak nenek tadi perlu perlu dihantar ke pusat penyelidikan termasuk bukti original seperti conference proceeding. Pada mulanya saya susah nk percaya yg kena attach jadual event utk buktikan samaada breakfast, lunch dn dinner disediakan. Em... akhirnya saya terima saje segalanya, luaskan hati dn terima ape saje yg disuruh. Sebagaimana yang terima geran tu, berbelanja, saya juga perlu fahami SEGALA term sebaik mungkin, isi SEGALA maklumat yg diperlukan, attach kan SEGALA documen yg diperlukan, berulang alik ke pusat penyelidikan utk setiap claim sehinggalah 2014.. hehe.

Namun setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, pejamkan mata dan cuba apa saja ...(Najwa Latif, 20??) note: yg +ve saje ye :)

********************************
Bercakap tentang terima saja, sepatutnya saya sudah patut amalkan sejak dulu. Tp dulu ms muda dan sekrg separa muda masih sukar nk terima as it is. Cthnya pentadbir organisasi yg tak adil, procedure yg menyusahkan dll. Bila susah nk terima maka jadilah stress.

Pd satu ptg, saya bertnyakan seorang technician semasa di dalam lif tentang kunci lab. Dia seakan membebel mengatakn yg kenapa sy lambat berbuat demikian. Instead memberi alasan, saya mengiyakan saje dia cakap, "aaah lambaattt.." dan saya terus berlalu pergi. Saya sangt lega kerana berjaya mengaku salah. Moralnya, mengaku sajalah dn tak perlu stress dgn ramai2 org. Dia orang je yg sibuk dn bagus2 belaka!

*****************************
Banyaknya aku nak cerita, birthday siapa sebenarnya hari ini, hehehe. Ini cerita saya yg berfikir2 mcm mana nak beritahu svisor yg saya nk cuti akhir tahun ini, nk balik kg. Saya teringat comic phd di sini http://www.phdcomics.com/comics.php?f=1432. Tiba2 smlm semasa di bilik beliau, terpacul dari mulut tentang rancangan saya mahu cuti akhir tahun. Beliau senyap saja, dan saya terangkan kenapa saya nak cuti. Kemudian Dr tanya lagi tentang keluarga. Saya bercerita satu2 sambil gelak2. Sebenarnya saya rasa nk nangis saje, tp sy kontrol habis2, wpun kepala sy dh ketar2. I hate crying in front of people. Dah lama saya nak beritahu kondisi saya, tp saya faham sebab dia sangt sibuk lebih-lebih dgn jawatan baru sbg HOD. Alhamdulillah svisor sy memahami dan saya juga cdgkan dia bercuti jugak, hehhe..

**********
Dengan kepala yg serabut semlm, saya memilih utk berehat2 di sofa lepas balik dari kampus. Tiba-tiba ada ada kwan housemate satu kereta dtg, maka saya pindah masuk bilik. Dan malam td sy terbaca status kawan,

Your Wealth & Your Children are a Test for You
Read Al Qur'an 63:9-11

Walaupun bukan kaya mana pun tapi yg serabut tu pun sebab uruskan duit geran, (yg kedua tu belum lagi, huhu). Emm, moga Allah mudahkan urusan dunia ni, tak payah serabut2 dn susah2 pikir. Bak kata Aflin masa jadi MC anugerah blockbuster (admit that i watch it at youtube, hehehe), tok sah gaduh2 kalau tk menang, ni semua urusan dunia saje, heheh, begitulah lebih kurang. Ya Allah, berilah kekuatan utk aku memudahkan urusan dunia dan mudahkan urusan org lain. 

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi saw bersabda :

 “Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim) 

Oct 16, 2012

Lestari


Hari ini keluar lagi berita tentang isu kelestarian atau sustainability. Lihat di  sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysia-Perancisjalinkerjsamatanganikempenantiminyaksawit/Article/ dan di sini http://www.nst.com.my/red/focus-where-are-we-in-sustainable-rankings-1.155619 Isu minyak kelapa sawit Malaysia yang tidak lestari dibangkitkan oleh seorang ahli Parlimen Australia. Beliau menyebut Malaysia membersihkan hutan utk menanam pokok kelapa sawit sehingga membiarkan binatang hilang habitatnya. Pada mereka ini tidak lestari dan mahu kerajaan Australia melabelkan minyak masak daripada Malaysia agar pengguna dapat memboikot minyak masak dari sumber yg tidak lestari.

Maka, seorang ahli politik di Malaysia membidas yg ahli politik dr Australia itu tidak perlu bercakap tentang animal right sedangkan beruang kola di Zoo mereka dibiarkan kesejukan pada musim sejuk. ok tak jawapn politician Malaysia, hehhe.

Defininasi sustainability yg dikeluarkan oleh UN menyebut  “sustainable development is development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs.”

Bagaimana dalam Islam? Dalam Hadis menyebut: La darara wa la dirar. Ia diterangkan sbg "tidak boleh menimpakan bahaya dlm diri sendiri dn kepada org lain". Dalam kata lain apa jua tindakan kita mestilah selamt secara menyeluruh. Bukankah Islam itu bermakna selamat. Bermakna, sustainability yg menjadi pengukur barat sebenarnya Islam lah yg mereka jadikan benchmark.

Dalam satu konvensyen, seorang pendakwah menyebut, tidak mengapa jika seorang penjual air meletakkan harga sama dgn harga arak, iaitu arak sbg tanda aras. Ini kerana Islam tidak meletakkan ceiling price dlm jual beli.  Begitu juga dlm konteks perbankan Islam, tidak mengapa menggunakan konvensional rate sebagai tanda aras utk meletakkan kadar keuntungan dlm perbankan Islam.

Soalanya bagaimanakah fungsi penjual air utk berdakwah agar minum minuman halal dan perbankan Islam sebagai dakwah utk mengelakkan riba'? Jika sustainability barat membincangkan 3 aspects: environment, social and economic, mungkin dari segi economy ia membawa kpd peningkatan dlm perbankan Islam tetapi bagaimanakan pula kesan approach ini kepada masyarakah Islam jika dibebani hutang yg tinggi? Sustainable kan society kita?

Semasa di zoo Melboune, ada satu seksyen dinamakan recyling plant. Agak lama juga utk kami memahami maksud term in, tetapi bila diterangkan oleh staf di situ rupa2nya air yg digunakan utk mencuci kandang2 binatang digunakan semula utk menyiram tanaman disini. Apa yg mereka praktikkan sesungguhnya sgt memberi kesan kpd saya dlm memahami makna sustainability.

Sep 30, 2012

Talk by Dr Zakir Naik

Saya menghadiri talk oleh Dr Zakir Naik pada Jumaat lepas di Dataran Bandaraya http://www.facebook.com/DrZakirNaikMalaysiaTour2012. Perancangan nk pergi dibuat last minute setelah msg 2 orang kawan. Pada mulanya talk dijadualkn di Pusat Islam Johor tetapi bila last update ditukar ke Dataran Bandaraya. Wow, dataran yg besau berhadapan pantai lido pasti seronok dikunjungi pada waktu malam, hehe.

Kami tiba di dataran pada jam 7.10tg dan kereta2 dari Spura turut kelihatan. Dataran ini glamer dgn steamboat yg dijual dari lori2 kecil. Sbahagian kami menunaikan solat dn sbhgian lagi pergi tanda tempat duduk. Ribuan kerusi telah disusun rapi, kami para Muslimah ditempatkan di seksyen belakang sedikit. Kerusi yg disediakan hampir diisi penuh. Ada yg memilih membentang hamparan di atas padang dn menoton di hadapan skrin besar. Talk dijadualkan bermula jam lapan, tetapi akhirnya hampir jam 10mlm ia baru dimulakan. Ramai yg kelihatan mula mengantuk, tersengguk, sudah terlentuk di riba kawan dan ada yg mengusung sup panas, agaknya bersama steamboat, nyum2..

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, dan kemudian Dr Zakir mengambil tempat. Dr Zakir adalah dulunya medical practitioner dan merupakan anak didik Ahmad Deedat (moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Tajuk malam ini adalah Muhammad saw in the world's religious scripture. Beliau memulakn talk dgn menyebut sekiranya kita mahu menyatukan dunia, kita perlu bercakap tentang something in common, maka Prophet saw adalah subjeknya. Beliau menyebut tentang pecahan kitab2 hindu hampir 15 minit, dan menyebut di dalam Purana ada menyebut akan lahir seorang insan bernama terpuji (praiseworthy) dan di tempat2 lain di dalam Purana ada menyebut karakter insan itu seperti orangnya lahir pada tanggal 12 di bulan yg terawal pada tahun itu. Dr Zakir menyebut satu chapter demi satu chapter di dalam Purana beserta no verse yang menerangkan tentang karakter insan terpilih itu. Hadirin bertepuk gemuruh, air mata bergenang..

Kemudian Dr Zakir memetik kata2 Buddha, di dalam kitabnya menyebut bahawasanya Buddha berkata, bukanlah aku yg akan memimpin kalian, bahkan akan lahir seorang pemimpin yg lahir dari sebuah kota yg aman.  Dan ada tempatnya di dalam kitabnya ia disebut namanya adalah Muhamad, di susu oleh orang lain. Menurut Dr Zakir di dalam Al-Quran baitul aman merujuk kepada mekah dan ciri2 yg dikatakan itu memenuhi karakter Rasul saw.

Di dalam kitab Bible, disebut tentang rasul terakhir itu menyerupai ciri2 Nabi Muhammad saw antaranya beliau mendapat sokongan dari pengikutnya dan meninggal secara normal, makanya Nabi Isa tidak menepati ciri tersebut kerana Nabi Isa tidak mendapat sokongan pengikut dn di angkat ke langit sebelum di salib. Penerangan tentang ciri2 rasul terakhir di dalam kitab2 utama dunia berakhir kira2 jam 11. Alhamdulillah malam sangat indah, tidak hujan dn tidak kesejukan dek malam, siang sudah hujan tetapi padang tidak berlopak teruk.

Sesi soal jawb bermula. Dr Zakir meminta hadirin memberi laluan kepada saudara non muslim. Mic di tiga tempat iaitu dua di muslimin dan satu di muslimat. Soalan pertma daripada Sahabat Ragu yg beragama Hindu.  He is so thankful with the presence of Dr Zakir in Johor and felt blessed by living in Malaysia and has opportunity to learn about Islam and Muhamad.  He thanks Dr Zakir for breaking the barriers of religion through Muhammad saw.

Dr Zakir: You believe there is only one god?
Ragu: Yes
Dr Zakir: You believe Muhammad is the last messenger?
Ragu: Yes
Dr Zakir: Can you say this, I bear witness, there is one god but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah.
Ragu: I bear witness there is one god but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah.

Dr Zakir: Follow me  (the shahadah)
Ragu: (Follow him pronouncing the shahadah)
Dr Zakir: Sir
Ragu: silent, (we can heard his last sob)
Dr Zakir: I pronounced you as Muslim tonight.

Ragu menanyakan soalan lain berkaitan Filem the innocent of muslim dan apa yg perlu sewajarnya yg dilakukan. Dr Zakir antaranya mencadangkan agar dilantik international lawyer, dikenakan embargo bagi negara2 yg melakukan penghinaan islam, duta2 islam di negara terbabit perlu menghantr bantahan, dan masyarakat islam menghantar email, surat dn fax sebagai bantah. Dr Zakir juga positif sebagaimana isu satanic verses yg membawa pengislaman ribuan orang, semoga ia membawa kesan yg sama atas isu in.
Di akhirnya Ragu meminta untuk bersalaman dgn Dr Zakir, Ragu dipersilakn naik ke pentas dn berpelukan dgn Dr Zakir, hadirin bertepuk gemuruh dn air mata terus bergenangan...

Penanya kedua seorang cina bertanyakan bolehkan non muslim membaca Al-Quran. Dr Zakir menyebut itu adalah misconception di dunia ini bahawa Quran hanya utk orang Islam bahkan ia rahmatn lilalamin. Dr Zakir bertanya samaada beliau mahukan tafsiran melayu atau english. Beliau dijemput naik kepentas utk menerima tafsir Al Quran. Dr Zakir meminta non Muslim tampil kedepan bertanyakan soalan dn sekiranya tidak bersetuju dgn beliau tidak mengapa. Sehingga jam 12, tiada lagi non muslim tampil bertanyakan soalan.

Kami bergerak keluar jam 12, masih ramai yg sedang beratur utk bertnya. Selain JB, Dr Zakir ke Uitm, PWTC dn Kuantan. Sebarang kekurangan tentang laporan talk ini harap dimaafkan.





Aug 24, 2012

Salam eidul fitri, maaf zahir dan batin

Assalamualaikum

Wan beritahu 8 september ini genaplah emak meninggal 6 bulan. Selepas mak meninggal Wan berkali2 menyebut mahukan kalendar yg entah mana bersepah di biliknya di rumah kami. Rupa-rupanya Wan mahu membilang berapa lama sudah mak meninggalkan kami. Setiap kali menziarahi Wan di rumah Mok De, Wan akan memberitahu berapa bulan mak udah pergi.. Argh seperti biasa sukar mahu dipercayai, kerana bagiku seperti udah bertahun2..

Raya tahun ini kusangkakan yg aku tk mampu memegang sudip utk memasak, aku akn menangis teresak2 membaca takbir raya, rupanya tidak. Walaupun beraya 4 puntung (org) krn yg udah bernikah beraya di rumah mertua, raya tahun ini tidak sepilu yg kusangka. Pagi raya udah selepas solat udah ziarah kubur mama, raya ke 3 ziarah lagi dgn Dil utk betulkan tanah2, raya ke 5 ziarah lagi dgn Long utk letakkan batu sungai, 4 hari sebelum raya udah ziarah dgn Ngah. Benarlah kata2 seorang pencinta puisi Rumi, 'jika aku mati, jangan cari pusaraku di bumi, tetapi carilah pusaraku di hati'. Mak terasa sentiasa hidup di hati. Jika dulu sentiasa risaukan mak, kini kerisauan tetap sama, mahukan yg terbaik utk mak. Namun khauf dn raja' mesti seimbang. Moga sedekah kami utk mak diterima Allah dn disampaikan pahala utk mak. Jika dulu teman2 bertakziahkanku dn risaukn aku, namun yg lebih aku risaukan bukanlah kesedihanku, tetapi mak di sana, lalu aku pohon teman2 doakan agar mak di ampunkan dosa dn ditempatkan bersama roh2 org yg beriman. Dan harapan ku tetap sama.

Selepas menziarahi kubur mama, Long ke kubur Aki. Aku tetap membatu dikubur mama. Dan kemudian ke kubur Ayah Long di sebelah. Pulang dari kubur Long kabarkan tarikh kematian Aki sama dgn tarikh lahir ku! Alahai, aku tk sempat berjumpa Aki. Namun aku berharap aku menuruti jejak Aki yg cintakan ilmu,  menurut Mak Aki pernah belajar agama di Mekah.

Juga raya kali ini aku tk selok (beria2) nk dukung anak org, huhu. Ini disebabkan aku dah puas dukung 2 anak saudara sendiri yg comel. Raya kali ini org yg datang tak seramai tahun sebelum ini sbb Wan udah pindah ke rumah Mok de di sebelah. Namun, syukur masih ada org sudi berkunjung ke rumah kami terutama saudara-mara mak. Aku harap kami ada beradik dpt terus menziarahi saudara mara yg semasa hidup mak selalu ziarahi.

Ada saudara yg betandang kerumah bertanya bila mula bercuti, aku katakan isnin sebelum raya (aku cuti 2 minggu, huhu) dan dia bergurau tak puas hati aku cuti awal seminggu, huhuh. Teringat soalan ditanya sebelum ramadhn oleh sesorang, maka aku katakan akan pulang di awal ramadhan, pantas saje adik manis itu membalas 'dah tak de kerja sgt nk buat utk rsch ke kak? dn terus bertanya ke soalan lain pula. Ingin saje aku katakan- adik, akak baru kehilangan ibu dn kenduri arwah akan di adakan pada 1 ramadhn - namun tiada kesempatan utk aku katakan. Aku beristighfar sendiri. Sebelum in aku sering memberi jawapan atas tekaanku sendiri terhadap org lain. Maafkan aku teman dn saudara, jika responku semata-mata atas pengetahuan cetekku tanpa menghiraukan kesulitan yg kalian hadapi. 

Akhir kata, doakan perjalananku pulang ke kampus Isnin nanti selamat, I already miss my supervisor! (yg akan berselawat sambil memeluk anak buahnya :D) 

Jul 13, 2012

Immortal

Bismillah, walhamdulillah. Moga rohku sentiasa dalam naunganmu Tuhan

Perasaan sebelum subuh dan selepasnya lain. Tp perasaan agar roh itu kekal bersama Tuhannya tetap sama. Moga2 roh itu tidk alpa bila mula bekerja, bersama teman, bergembira di hujung minggu, berjalan2, makan dengan berselera, tidur, rehat dn sebagainya. Moga roh itu tidk hanya dgn Tuhan nya bila beribadat, itu pun jika hadir rohnya, jiwanya berhimpun bersama.

Malam tadi bermimpi  menghulurkan sebekas potongan buah2 segar utk mak, buah kiwi basah yg menghijau dn strawberi merah segar."Mak" sambil aku hulurkan buah, lalu tersedar semasa menyebut mak. Aku kira sisa hidupku adalah menghantar tahlil dn doa utk mak, dn bermimpi kan mak...

roh itu adalah immortal, perkataan yg aku mula kenali semasa di matrik. Assignment kami tentang merokok dn kaitan dengan mortality. Jika bayi yg comel lote, berisi, kemudiannya sedikit kurus bila membesar, kemudian bila dewasa berisi kembali bila mula berkerja dn bekeluarga, dn kurus semula bila menjelang tua atau diserang penyakit, maka pipi yg dulu berisi mula jatuh dn muka mula terlihat makin mencengkung. Tetapi rohnya tetap sama, itulah roh yg immortal. Roh yg dibawa merata pelusuk dunia, yg melalui perjalanan hidup yg sukar dn panjang, gembira dn duka, ketawa dn gembira, akhirnya kembali kepada Tuhan ya ayyatuhannafsul mutmainnah, irjiii ila  rabbiki rodiatan mardiah, fadkhuli fi ibadi, wadkhuli jannati.. ameen..



May 12, 2012

Ada apa dengan 12

Setahun lepas pada 12 Mei saya daftar belajar. Saya kalut cari rumah sewa padahal kenapa lah tak cari siap2 di Intenet. Mula lah rutin saya kembali sebagai seorang pelajar. Pada mulanya saya suka buat kerja di rumah. Tapi makin lama saya rasa kurang berdisplin dn juga disebabkan jenis cepat bosan dgn rutin yg sama, saya memilih untuk ke library pula.

Semasa daftar master dahulu, saya memang sambung nak dapatkan sijil. Masa tu saya jealous dgn Dik ma sbb dia smbung belajar sebab kecintaan dia kepada ilmu. Sekarang saya sudah merasa kecintaan itu, ameeen. Terima kasih Dik ma.

Sebenarnya impian saya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke oversea, of course UK. Australia boleh juga. Tetapi apakan daya tiada rezeki di sana. Belum pun pasti melanjutkan pelajaran di mana, teman2 udah memberi kata-kata pujukan agar yakinlah study di Malaysia mungkin lebih baik untuk saya. Benarlah, pada awal tahun ini kesihatan mak mula merosot. Alhamdulillah, dapat berada di sisi mak semasa mak menghembuskan nafas terakhir. Al-Fatihah untuk arwah mak.

Semasa menjaga mak di hospital, saya curi2 buat kerja. Keluar kejap pi interview, balik JB sbb ada presentation, print journal bawak tidur di hospital. Saya beritahu Dil saya tak nak ambil subjek sem ni. Mak dengar perbualan kami dan ckp dgn lemah, Ibah ambil la. Ibah nak jaga mak, saya beritahu smbil memeluk2 kaki mak, itu la kegemaran saya semasa jaga mak. Dan mak senyap sahaja. Rupa2 Allah yang lebih berhak jaga mak.

Sebulan lepas mak pergi jadual pembentangan proposal keluar. Saya present apa yg termampu. Ketakutan tidak memenuhi hatiku hari itu. Saya udah lihat ketika roh meninggalkan tubuh mak, saya mandi kan mak dn lihat mak dikafankan. Saya udah nangis puas2 di surau selepas Dr kata  mak sudah tak de harapan. Saya yakinkan diri kasih sayang itu tetap sama, dan selepas itu Allah beri kekuatan utk tidak asyik menangis.Pada hari Jumaat selepas Dr kata 'she will leave off soon', sambil tunggu Dr utk buat treatment keluarkan air, saya peluk mak, menangis sepuasnya, minta maaf dengan mak, halalkan susu dan mak juga menangis. Semasa Dr buat treatment, keluar pi call Efa. Sejak pagi efa call tapi tak sampai hati nak tinggalkan mak di katil. Hati pecah menangis bila bercerita dgn Efa. Sebaik beritahu mak meninggal Efa call lagi. Tak banyak ku bualkan kerana kolam hatiku sudah penuh, tak mahu dibiarkan melimpah di mata. Biarlah ibu sentiasa memenuhi hatiku.

Dua bulan lepas, pada tanggal 12 Mac Mak pergi, tapi seperti sudah 2 tahun rasanya. Semperna hari Ibu esok untuk yang tiada mak boleh celebrate dengan cara tersendiri, memperbanyakkan tahlil untuk Mak kita. We can celebrate mother's day too, and Mak pun tahu!

Apr 23, 2012

Selesai Sudah

Alhamdulillah sudah selesai present proposal
saya ingat lagi sblm viva master dulu saya call mak dn beritahu akan present
mak cakap buat sungguh-sungguh
saya bayangkan itulah kata smgt mak sbg suri rumah melahirkan anak 6 org
dn menempuh pelbagai ujian
pagi tadi saya hanya mampu mengadap cermin dan bersiap sambil berkata,
mak, ibah akan present proposal hari ni, doakan ibah..

Apr 7, 2012

COS (Catatan orang Sunyi)

Malam tadi panaskan pizza domino yg tinggal 1 slice itu.
Piza tu dibeli 2 malam lepas
Lepas tu pukul 3 lebih terjaga, ciroti biroti.
4 lebih terjaga lagi
tak cukup tidur mlm tadi
lepas terjaga tidur2 ayam sambil lampu bilik terpasang sbb tahan sakit perut.
teringt arwah mak yg sakit perut dihujung hayatnya


Pagi tadi ada bengkel
mujur tk buat hal.
minum air 100 plus kerap2 mcm pemain badminton

Abis bengkel hujan lebat
dalam kereta tel ngah
ngah di kuantan, abah dan dil juga dan ika ila yg semakin aktif
ngah bgtau Long, Abg Faisal, Farah dan Iman yg bersopan tu ke Tersang ada kenduri.
Aku gak yg sorang kat sini, huk huk

Dah habis bercerita bergerak nak balik dah
msg Nik dia balik kelantan, huk huk
Yana weekend untuk Family
K Ida tak balik rumah this week
so pilihan yang ada pi DS
kat situ ada bubur ayam, sotong, udang, daging atau campur
so pilih bubur ayam
bagus jugak beli bubur
dulu masa cirit bulan lepas Dr Az Zahrah pesan jgn makan benda keras, mkn yg lembut2 cm bubur, tq Dr
sambil makan smbil taip posting ni sbb bubur panas
makan dgn ayam KFC lunch tadi
makan sorang-sorang housemate semua balik
teringt bazar kg melayu dan steamboard dataran bandaraya - dan tauhu bakar, nyum2

Mar 27, 2012

Dunia ini satu pergelutan

Melihat entry di FB, pelbagai kisah. Ada yg bergelutan dgn perpisahan, ada yg bergelut dgn pelajaran, kesunyian, kesibukan, kesedihan, kepayahan dan lain2..

Hidup ini satu pergelutan dan ianya adalah bagaimana kita meleraikan..

Feb 20, 2012

Rasa yg lebih tinggi

Setelah beberapa ketika mendaftarkan diri di tempat kerja, satu makan malam di adakan utk meraikan bekas Provost. Malam itu saya menaiki kenderaan menumpang Kak Fazi. Kak Fazi tumpang Lee and Azah ingin ikutku sekali.Dalm kereta kami berempat banyak berdiam sahaja, dan ada satu rasa yg lebih tinggi buat kali pertama kurasai, kami semua berjawatan sama, dlm satu kereta!

Hari semalam setelah sekian lama tk borak dgn Fuzah, kawanku yg baik dn byk berjasa di tmpt kerja dulu. Sgt syukur ada kwan yg baik. borak panjang, putus dan Fuzah tel kembali. Sebelum itu seorang teman lagi menelefon, berbual pendek dan habis. Tapi keduanya memberi rasa yg hilang buat seketika, rasa bercerita dgn rakan sebaya!

Lantas, ianya memberi iktibar utk diriku yg alpa, apakah rasanya mereka yg merasa tenang, khusyuk, bahagia seperti para solehin dan wali. Mencapai rasa yg benar-benar lebih tinggi dan nikmat sekali. Maka dunia ini tak diendahkan lagi!

Feb 18, 2012

what's next - utk diriku yg alpa

Jika ditanya what's next may be jawapannya adalah basuh baju, siapkn kerja rsch, atau pun check internet lebih spesifik youtube, facebook atau email.

Tp tk semua org macm tu kan. Ada yg jawapanya lepas ni nk solat dhuha, wht's nxt solat zuhur lebih spesifik jam 1.30 atau sblm azan dah ada kt masjid, atau lepas ni nak tolong kawan semperna hari jumaat buat sedekah katakan.

Lebih teruk dlm solat what's next is tulis blog, atau pun bc posting facebook atau tunggu reply msg.

It depends on us. Yg pasti what's next is akhirat. Kene balance kan to-do-list dunia dn akhirat.

Feb 15, 2012

Wednesday Quote

Honesty - live as what you are, with what you have.

Feb 14, 2012

Tuesday Quote

Honesty - live as what you are

Feb 9, 2012

Research - seeking for ref

1.Snowballing - ini teknik mendapatkan ref dari paper org lain. we read papers and find out relevant sources to be obtained. I heard this method firstime told by Dik ma and later my svisor told me to use this snowballing technique. This also could avoid problems if someone who is expert in your research asked you: have you read this and that paper? (that highly cited in your area)

2. Use endnote - Efa told me to learn Endnote before start writing. She said this is very helpful to organise papers. Later, during postgrad briefing, someone next to me told her experience attending endnote class to a friend beside her. She explained how she managed to register at Library during the sem break by following several steps. She was fully satisfied with the course and recommend to the fellow friend to join it.
I found that it makes our papers to be more organised. Usually I type the title of paper i intended to have on Google. Later, after identified the sources, I go to the specific database (e.g. science direct) and find from there. This is because Google search across the databases. I tried Proquest 360 for example that claimed to offer cross search but unfortunately it listed to many articles and have to wade through it and of course wasting time!
Once obtaning articles from the d/base, use the function of export citation and it automatically will transfer all particulars (authors, year, title, bla2) into the endote and tadaaa! by choosing the stye (apa, harvard, whatever except your mum style is not available) it will present the biblio according to your preference.
Dont forget to download article and append to the record in end note (just drag and paste). I found it is useful especially when i came to situation, WHERE DO I LOCATE THIS AND THAT PAPERS???? errgghhh the tension arouse and it took my time browsing it all over my folders (but recently i just use function search programs and file in my computer and found one paper i save in 3-5 diff places, how not green i am!

3. Last but not least, stop browsing unnecessary! - promise yourself that today you only check your email, hehhehe. no yahoo portal, no friend's blog, friends of friend's blog, or not so friend blog. And at the end of the day after tired of not being yourself, you finished some works and time to brake the promise!

Feb 6, 2012

Saladin yang sadis

Membiarkan tv terpasang dan membuat kerja pada cuti ganti maulidur rasul, sy dihidangkan dgn siri animasi saladin, musim ke 2. Berlatar belakangkan suasana Damascus, terdetik rasa kagum anak Malaysia yang kreatif dalam menghasilkan animasi yg cantik2. Bak kata Tan Sri Lim Kok Wing, anak melayu memang lebih kreatif orgnya.

Masa berlalu dn dialog2 masih ringan2. Tidak melambangkan tmptnya, keperwiraannya dn yg penting Islam itu sendiri. Ia dialog2 biasa yang boleh didapati dlm bacaan ringan, sisipan hiburan dan penulisan skrip yang tak perlu tahu sejarah kepahlawanan Islam.

Hampir jam 12 tghari ceritanya berakhir. Suasana dn dialog akhir masih bermalas-malasan.

Jan 16, 2012

New Year Resolution

1. Whatever i do, indeed because i need it- smile bcos i need that smile, zikir as i need that zikir, recite basmillah as i need that barakah, zakat as i need that barakah for my gaji

2. i know my weaknesses and i avoid them to happen.

:)

Jan 7, 2012

Ujian

Hari jumaat, hari penuh berkat. Anna melangkah keluar rumah menuju fakulti, kali ini ingin jelaskan kepada penyelianya tentang keputusan. Dia mahu keluar dari belenggu yg merantai dirinya dn teman-temannya selama ini. Bukan sahaja dirantai tetapi di abai. Hari ini pengabaian akan berakhir.

-bila saya boleh berjumpa Dr?-, SMS Anna. Tiada balasan. -Dr dimana?- Email Anna. Tiada balasan. –Dr di lab sekarang – balas isterinya. Itulah strategy 3 blok Anna setiap kali selesai kan masalah. Jika email dn SMS tidak dilayan, cara ketiga adalah call, jika tidak diangkat, block keempat adalah hubungi isteri penyelianya itu!

Anna menerjah ke lab. “saya sibuk, nanti jumpa” Dr Samzi . “Nanti tu bila?” Anna menyoal. “Saya msg nanti” Dr Samzi kalah akhirnya. Keluar masuk Anna, dari satu lab ke lab dan akhirnya, kenapa nk jumpa saya? tanya Dr Samzi. “Saya tak boleh bawa tajuk penyelididkan ini” Ana menjawab. “Kenapa?”, Dr Samzi soal balik. “Sudah setahun, tiada progress, saya nak tukar penyelia!” jawab Anna tegas. Dr Samzi membebel, memarahi, mengungkit, memaki dan akhirnya menyumpah.

Anna keluar bilik. Di ceritakan kepada ketua jabatan, kemudian kepada Haniza, Ila, Kak Long, Jemiat, Suri, Tipa, Z, Kak June, Marpeah, dan versi terakhir malam itu kepada Dellah dan Iffah.

Jan 4, 2012

Anna

Seperti biasa setelah selesai minum pagi, Anna bersiap siaga ke fakulti. Kali ini jelas, dia akan memberi persetujuan utk menyertai projek di bawah seliaan pensyarah dari Bangladesh itu. Penyelia bersamanya adalah ketua jabatannya yg agak berusia tetapi masih handsome lagi itu.

******************************************************

Jam sudah lebih sepuluh malam bila Della, Anna dan Iffa melalui jalan depan kedai sederet itu. Kereta di batang jalan itu mengelak-ngelak, ada seekor kucing kaku di tengah jalan. Della menjerit, dan terus membelok kiri ikut jalan pulang rumahnya. Della, Anna dan Iffah membuat perbincangan ringkas, ‘nak pusing tak”, tanya Della. 'Jom la, sblm ni dah pernah selamtkan kucing, jawab Anna. ‘Jom pusing!’, seperti biasa Iffah dgn penegasannya, itu sahaja modal yg ada. ‘Cat rescuer, aku suka bab bab ni’, Della menyambung smbil memusing stereng membuat u turn di simpang tiga.

Anna keluar, iffa membuntuti, sekadar teman pengulas, mahu diangkat2 Anna kucing tadi tapi tetap ia berkeras, enggan dn terus membantu. Anna cemas, mungkin kucing misteri lantas berpatah ke tepi jalan. Iffa memerhatikan kucing bebulu hitam hingga paras mata itu. Nampak mistik juga! Dicuba lagi Anna mengangkat kucing hitam itu. Kereta melintas dengan segera Anna dan Iffa ke tepi lagi. Della terus menjerit dari dalam keretanya Saga FLXnya yg baru dibeli 2 bulan lepas ‘angkat la, angkat la...’ Dia tak sanggup menerima kenyataan jika kucing itu sudah cedera. Dia terus menjerit2 dari dalam kereta seorang diri.

Anna melambai2 tangannya. Sebuah kereta berhenti. Abang macho menjenguk keluar dari pintu keretanya, lantas mengangkat kucing yg kaku itu ke tepi pondok seberang longkang di tepi jalan itu. Kucing itu selamat tetapi tetap kaku. Anna, Della dan Iffa membelek kucing, takut sudah luka, hairan benar kenapa tidak berganjak sedikit pun. Spekulasi adalah mungkin ia sedang menggigil ketakutan, stress atau mahu menyendiri. Mereka bertiga kembali meneruskan perjalanan ke rumah. Della memandu riang dan menganugerahkan secara peribadi pingat emas kepada Abang macho itu. Iffa menyarankan tulis di suratkhabar.

Seperti biasa akan lalu di depan sebuah rumah ada kereta berlambg Digi itu untuk melihat dua ekor kucing putih gebu dlm sangkar sempit, dan setiap kali itu mereka akan menyebut2 kasihan kepada kucing itu dn menyumpah-nyampah geram kepada pemiliknya. Pilihan yang ada adalah melaporkan kepada persatuan kucing negeri!. Sampai di depan pagar rumah, mereka tertanya-tanya di mana Kiki, kucing jiran sebelah. Mahu memberi salam berbunyi Assalamualaikum.. kiki… kikiiiii..tak puas bermain siang, kadangkala berebut2 hp utk melihat gambar kiki. Kiki sudah jadi selebriti. Tetapi tanpa disedari merekalah heroin sejati malam ini.