Seperti biasa setelah selesai minum pagi, Anna bersiap siaga ke fakulti. Kali ini jelas, dia akan memberi persetujuan utk menyertai projek di bawah seliaan pensyarah dari Bangladesh itu. Penyelia bersamanya adalah ketua jabatannya yg agak berusia tetapi masih handsome lagi itu.
******************************************************
Jam sudah lebih sepuluh malam bila Della, Anna dan Iffa melalui jalan depan kedai sederet itu. Kereta di batang jalan itu mengelak-ngelak, ada seekor kucing kaku di tengah jalan. Della menjerit, dan terus membelok kiri ikut jalan pulang rumahnya. Della, Anna dan Iffah membuat perbincangan ringkas, ‘nak pusing tak”, tanya Della. 'Jom la, sblm ni dah pernah selamtkan kucing, jawab Anna. ‘Jom pusing!’, seperti biasa Iffah dgn penegasannya, itu sahaja modal yg ada. ‘Cat rescuer, aku suka bab bab ni’, Della menyambung smbil memusing stereng membuat u turn di simpang tiga.
Anna keluar, iffa membuntuti, sekadar teman pengulas, mahu diangkat2 Anna kucing tadi tapi tetap ia berkeras, enggan dn terus membantu. Anna cemas, mungkin kucing misteri lantas berpatah ke tepi jalan. Iffa memerhatikan kucing bebulu hitam hingga paras mata itu. Nampak mistik juga! Dicuba lagi Anna mengangkat kucing hitam itu. Kereta melintas dengan segera Anna dan Iffa ke tepi lagi. Della terus menjerit dari dalam keretanya Saga FLXnya yg baru dibeli 2 bulan lepas ‘angkat la, angkat la...’ Dia tak sanggup menerima kenyataan jika kucing itu sudah cedera. Dia terus menjerit2 dari dalam kereta seorang diri.
Anna melambai2 tangannya. Sebuah kereta berhenti. Abang macho menjenguk keluar dari pintu keretanya, lantas mengangkat kucing yg kaku itu ke tepi pondok seberang longkang di tepi jalan itu. Kucing itu selamat tetapi tetap kaku. Anna, Della dan Iffa membelek kucing, takut sudah luka, hairan benar kenapa tidak berganjak sedikit pun. Spekulasi adalah mungkin ia sedang menggigil ketakutan, stress atau mahu menyendiri. Mereka bertiga kembali meneruskan perjalanan ke rumah. Della memandu riang dan menganugerahkan secara peribadi pingat emas kepada Abang macho itu. Iffa menyarankan tulis di suratkhabar.
Seperti biasa akan lalu di depan sebuah rumah ada kereta berlambg Digi itu untuk melihat dua ekor kucing putih gebu dlm sangkar sempit, dan setiap kali itu mereka akan menyebut2 kasihan kepada kucing itu dn menyumpah-nyampah geram kepada pemiliknya. Pilihan yang ada adalah melaporkan kepada persatuan kucing negeri!. Sampai di depan pagar rumah, mereka tertanya-tanya di mana Kiki, kucing jiran sebelah. Mahu memberi salam berbunyi Assalamualaikum.. kiki… kikiiiii..tak puas bermain siang, kadangkala berebut2 hp utk melihat gambar kiki. Kiki sudah jadi selebriti. Tetapi tanpa disedari merekalah heroin sejati malam ini.
No comments:
Post a Comment