Jan 7, 2012

Ujian

Hari jumaat, hari penuh berkat. Anna melangkah keluar rumah menuju fakulti, kali ini ingin jelaskan kepada penyelianya tentang keputusan. Dia mahu keluar dari belenggu yg merantai dirinya dn teman-temannya selama ini. Bukan sahaja dirantai tetapi di abai. Hari ini pengabaian akan berakhir.

-bila saya boleh berjumpa Dr?-, SMS Anna. Tiada balasan. -Dr dimana?- Email Anna. Tiada balasan. –Dr di lab sekarang – balas isterinya. Itulah strategy 3 blok Anna setiap kali selesai kan masalah. Jika email dn SMS tidak dilayan, cara ketiga adalah call, jika tidak diangkat, block keempat adalah hubungi isteri penyelianya itu!

Anna menerjah ke lab. “saya sibuk, nanti jumpa” Dr Samzi . “Nanti tu bila?” Anna menyoal. “Saya msg nanti” Dr Samzi kalah akhirnya. Keluar masuk Anna, dari satu lab ke lab dan akhirnya, kenapa nk jumpa saya? tanya Dr Samzi. “Saya tak boleh bawa tajuk penyelididkan ini” Ana menjawab. “Kenapa?”, Dr Samzi soal balik. “Sudah setahun, tiada progress, saya nak tukar penyelia!” jawab Anna tegas. Dr Samzi membebel, memarahi, mengungkit, memaki dan akhirnya menyumpah.

Anna keluar bilik. Di ceritakan kepada ketua jabatan, kemudian kepada Haniza, Ila, Kak Long, Jemiat, Suri, Tipa, Z, Kak June, Marpeah, dan versi terakhir malam itu kepada Dellah dan Iffah.

No comments: