Sep 30, 2012

Talk by Dr Zakir Naik

Saya menghadiri talk oleh Dr Zakir Naik pada Jumaat lepas di Dataran Bandaraya http://www.facebook.com/DrZakirNaikMalaysiaTour2012. Perancangan nk pergi dibuat last minute setelah msg 2 orang kawan. Pada mulanya talk dijadualkn di Pusat Islam Johor tetapi bila last update ditukar ke Dataran Bandaraya. Wow, dataran yg besau berhadapan pantai lido pasti seronok dikunjungi pada waktu malam, hehe.

Kami tiba di dataran pada jam 7.10tg dan kereta2 dari Spura turut kelihatan. Dataran ini glamer dgn steamboat yg dijual dari lori2 kecil. Sbahagian kami menunaikan solat dn sbhgian lagi pergi tanda tempat duduk. Ribuan kerusi telah disusun rapi, kami para Muslimah ditempatkan di seksyen belakang sedikit. Kerusi yg disediakan hampir diisi penuh. Ada yg memilih membentang hamparan di atas padang dn menoton di hadapan skrin besar. Talk dijadualkan bermula jam lapan, tetapi akhirnya hampir jam 10mlm ia baru dimulakan. Ramai yg kelihatan mula mengantuk, tersengguk, sudah terlentuk di riba kawan dan ada yg mengusung sup panas, agaknya bersama steamboat, nyum2..

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, dan kemudian Dr Zakir mengambil tempat. Dr Zakir adalah dulunya medical practitioner dan merupakan anak didik Ahmad Deedat (moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Tajuk malam ini adalah Muhammad saw in the world's religious scripture. Beliau memulakn talk dgn menyebut sekiranya kita mahu menyatukan dunia, kita perlu bercakap tentang something in common, maka Prophet saw adalah subjeknya. Beliau menyebut tentang pecahan kitab2 hindu hampir 15 minit, dan menyebut di dalam Purana ada menyebut akan lahir seorang insan bernama terpuji (praiseworthy) dan di tempat2 lain di dalam Purana ada menyebut karakter insan itu seperti orangnya lahir pada tanggal 12 di bulan yg terawal pada tahun itu. Dr Zakir menyebut satu chapter demi satu chapter di dalam Purana beserta no verse yang menerangkan tentang karakter insan terpilih itu. Hadirin bertepuk gemuruh, air mata bergenang..

Kemudian Dr Zakir memetik kata2 Buddha, di dalam kitabnya menyebut bahawasanya Buddha berkata, bukanlah aku yg akan memimpin kalian, bahkan akan lahir seorang pemimpin yg lahir dari sebuah kota yg aman.  Dan ada tempatnya di dalam kitabnya ia disebut namanya adalah Muhamad, di susu oleh orang lain. Menurut Dr Zakir di dalam Al-Quran baitul aman merujuk kepada mekah dan ciri2 yg dikatakan itu memenuhi karakter Rasul saw.

Di dalam kitab Bible, disebut tentang rasul terakhir itu menyerupai ciri2 Nabi Muhammad saw antaranya beliau mendapat sokongan dari pengikutnya dan meninggal secara normal, makanya Nabi Isa tidak menepati ciri tersebut kerana Nabi Isa tidak mendapat sokongan pengikut dn di angkat ke langit sebelum di salib. Penerangan tentang ciri2 rasul terakhir di dalam kitab2 utama dunia berakhir kira2 jam 11. Alhamdulillah malam sangat indah, tidak hujan dn tidak kesejukan dek malam, siang sudah hujan tetapi padang tidak berlopak teruk.

Sesi soal jawb bermula. Dr Zakir meminta hadirin memberi laluan kepada saudara non muslim. Mic di tiga tempat iaitu dua di muslimin dan satu di muslimat. Soalan pertma daripada Sahabat Ragu yg beragama Hindu.  He is so thankful with the presence of Dr Zakir in Johor and felt blessed by living in Malaysia and has opportunity to learn about Islam and Muhamad.  He thanks Dr Zakir for breaking the barriers of religion through Muhammad saw.

Dr Zakir: You believe there is only one god?
Ragu: Yes
Dr Zakir: You believe Muhammad is the last messenger?
Ragu: Yes
Dr Zakir: Can you say this, I bear witness, there is one god but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah.
Ragu: I bear witness there is one god but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah.

Dr Zakir: Follow me  (the shahadah)
Ragu: (Follow him pronouncing the shahadah)
Dr Zakir: Sir
Ragu: silent, (we can heard his last sob)
Dr Zakir: I pronounced you as Muslim tonight.

Ragu menanyakan soalan lain berkaitan Filem the innocent of muslim dan apa yg perlu sewajarnya yg dilakukan. Dr Zakir antaranya mencadangkan agar dilantik international lawyer, dikenakan embargo bagi negara2 yg melakukan penghinaan islam, duta2 islam di negara terbabit perlu menghantr bantahan, dan masyarakat islam menghantar email, surat dn fax sebagai bantah. Dr Zakir juga positif sebagaimana isu satanic verses yg membawa pengislaman ribuan orang, semoga ia membawa kesan yg sama atas isu in.
Di akhirnya Ragu meminta untuk bersalaman dgn Dr Zakir, Ragu dipersilakn naik ke pentas dn berpelukan dgn Dr Zakir, hadirin bertepuk gemuruh dn air mata terus bergenangan...

Penanya kedua seorang cina bertanyakan bolehkan non muslim membaca Al-Quran. Dr Zakir menyebut itu adalah misconception di dunia ini bahawa Quran hanya utk orang Islam bahkan ia rahmatn lilalamin. Dr Zakir bertanya samaada beliau mahukan tafsiran melayu atau english. Beliau dijemput naik kepentas utk menerima tafsir Al Quran. Dr Zakir meminta non Muslim tampil kedepan bertanyakan soalan dn sekiranya tidak bersetuju dgn beliau tidak mengapa. Sehingga jam 12, tiada lagi non muslim tampil bertanyakan soalan.

Kami bergerak keluar jam 12, masih ramai yg sedang beratur utk bertnya. Selain JB, Dr Zakir ke Uitm, PWTC dn Kuantan. Sebarang kekurangan tentang laporan talk ini harap dimaafkan.





3 comments:

ida_zy said...

menarik! :)
maksudnya buddha hidup pada zaman sebelum nabi muhammad s.a.w la ye?

~albazrah~ said...

Ida: ya... Buddha lama dahulu sebelum baginda.

Ibah: Masya Allah menariknya. thank laporan ni.

Ibah said...

Wpun ada ribuan nabi yg tk disebut dlm Al-quran tetapi Dr Zakir kata dia tak berani kata Buddha a.s. Lagi satu dia kata those scriptures only restricted utk zaman itu shj. Wallahualam.