Oct 16, 2012

Lestari


Hari ini keluar lagi berita tentang isu kelestarian atau sustainability. Lihat di  sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysia-Perancisjalinkerjsamatanganikempenantiminyaksawit/Article/ dan di sini http://www.nst.com.my/red/focus-where-are-we-in-sustainable-rankings-1.155619 Isu minyak kelapa sawit Malaysia yang tidak lestari dibangkitkan oleh seorang ahli Parlimen Australia. Beliau menyebut Malaysia membersihkan hutan utk menanam pokok kelapa sawit sehingga membiarkan binatang hilang habitatnya. Pada mereka ini tidak lestari dan mahu kerajaan Australia melabelkan minyak masak daripada Malaysia agar pengguna dapat memboikot minyak masak dari sumber yg tidak lestari.

Maka, seorang ahli politik di Malaysia membidas yg ahli politik dr Australia itu tidak perlu bercakap tentang animal right sedangkan beruang kola di Zoo mereka dibiarkan kesejukan pada musim sejuk. ok tak jawapn politician Malaysia, hehhe.

Defininasi sustainability yg dikeluarkan oleh UN menyebut  “sustainable development is development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs.”

Bagaimana dalam Islam? Dalam Hadis menyebut: La darara wa la dirar. Ia diterangkan sbg "tidak boleh menimpakan bahaya dlm diri sendiri dn kepada org lain". Dalam kata lain apa jua tindakan kita mestilah selamt secara menyeluruh. Bukankah Islam itu bermakna selamat. Bermakna, sustainability yg menjadi pengukur barat sebenarnya Islam lah yg mereka jadikan benchmark.

Dalam satu konvensyen, seorang pendakwah menyebut, tidak mengapa jika seorang penjual air meletakkan harga sama dgn harga arak, iaitu arak sbg tanda aras. Ini kerana Islam tidak meletakkan ceiling price dlm jual beli.  Begitu juga dlm konteks perbankan Islam, tidak mengapa menggunakan konvensional rate sebagai tanda aras utk meletakkan kadar keuntungan dlm perbankan Islam.

Soalanya bagaimanakah fungsi penjual air utk berdakwah agar minum minuman halal dan perbankan Islam sebagai dakwah utk mengelakkan riba'? Jika sustainability barat membincangkan 3 aspects: environment, social and economic, mungkin dari segi economy ia membawa kpd peningkatan dlm perbankan Islam tetapi bagaimanakan pula kesan approach ini kepada masyarakah Islam jika dibebani hutang yg tinggi? Sustainable kan society kita?

Semasa di zoo Melboune, ada satu seksyen dinamakan recyling plant. Agak lama juga utk kami memahami maksud term in, tetapi bila diterangkan oleh staf di situ rupa2nya air yg digunakan utk mencuci kandang2 binatang digunakan semula utk menyiram tanaman disini. Apa yg mereka praktikkan sesungguhnya sgt memberi kesan kpd saya dlm memahami makna sustainability.

No comments: