Nov 22, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, gencatan senjata antara Hamas dan Israel telah berlaku semalam. Saya rasa Israel memang target untuk melaksanakan serangan di antara dua hari penting umat Islam iatu aidil adha dan hari asyura.

****************
Hari ini cuti keputeraan di tempat kami. Di masjid uni, terpampang pd screen bacaan tahlil, yaasin dan doa selamat yg diadakan mlm td. Tapi malam jumaat, corong masjid sepi tanpa sebarang alunan. Tapi ada bagus jugak di sini, panggung wayang di tutup dari malm tadi smpai jam 5ptg ni, ahaks..

****************************

Dalm istilah komputer, ada input, output dan proses. Nah, process berdsrkan input drp input devices iaitu mouse, keyboard, joystick dn sbgainya. Process terdiri drpd CPU yg process berdsrkan request. Dlm CPU juga ada input, process dn output. Finally, output dikeluarkan melalui output device seperti printer, monitor, speaker dn lain2.

Nah, gimana input, process dn output dlm solat. Rasanya sy bukanlah org yg layak nk cakap pasal ni. Tp analogy komputer ini boleh digunakan dlm solat. Sekiranya input kita adalah dimana kunci, apa nk buat lepas ni, masalah dgn orang atau lain2, maka kita akan process utk menjawab input2 tadi. Jadi tak hairan org dapat idea nk makan ape, kunci di mana lepas solat.

Tapi kalau input kita utk subuh - syukurnya aku dpt tidur dgn nynyak mlm ni, boleh bernafas lg pg ni, zuhur - syukurnya aku dpt bfast dn lunch rezeki dr Allah, Asar - syukurnya aku sihat, ada jantung, buah pinggang, perut dlm badan, ada org kene usung jantung mekanikal besar beg, kene letak beg najis lekat pd badan. Magrib - syukurnya aku bernafas smpai sekrang, isyak - syukurnya Allah beri peluang aku nak solat isyak lg malam ni..InsyaAllah kepala tidak ligat process hal dunia ketika solat....

InsyaAllah jika input kita betul, maka process dan outputnya pun selari dgn request. Tidak lah 'rubbish in rubbish out'. Sebenarnya ini peringatan utk diriku sendiri. Dalam dunia cyber hari ini pelbagai pilihn yg kita ada. Cthnya kalau asyik buka facebook baca hal orang, tak mustahil, kita proces maklumat orang lain dlm solat. So, input tu sgt penting.

Rasulullah saw bersabda: “Seseorang itu menurut agama sahabatnya. Maka hendaklah diperhatikan seseorang yang hendak kamu jadikan sebagai teman.” (Riwayat al-Bukhari)

Saya ada seorang kawan setiap kali jumpa dia akan mengadu segala perangai orang. Saya tak penah cerita pun apa dia komen kat org lain. Apa yang boleh sy suggest dgn selamba sy suggest. Tak tau la pas tu dia akn komen pasal sy pulak, huhu. Tapi saya rasa from now and onwards, I won't talk about people anymore with her, I have to make strategy to avoid gossiping. So one day I decided to change the topic during our makan2 sesi (i love lepak2 makan, but i hate makan+gosip). Tp alhamdulillah, hari tu dinner kami, langsung tak ckp pasal people, we only talk about event, I wish I can continue with this situation!

Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people'


*****************************

Sbnrnya saya agak serabut minggu ini. Saya sdg uruskan claim yg mana sy kena berurusan dgn byk pihak. Bayangkan sistem kewangan yg biasanya org2 finance saje yg click sini sana kini perlu digunakan oleh pihak pemohon claim. Tanpa sebarang latihan segala mak nenek seperti no resit dan alamat rumah lodging perlu dimasukkan dlm sistem. Mungkin saya tk biasa dgn ni sebab di private kami tak perlu isi maklumt mcm ini. Sebaik isi permohonan, salinan dari sistem perlu di cetak, dan hasilnya tadaaaaaa.... pelbagai maklumt tidak dipilh dgn betul sbb statement yang tidak betul2 difahami - membawa kereta dgn arahan, membawa kereta tanpa arahan, bla2... di tmpt kerja saya dahulu hanya ada kenderaan disediakan, kenderaan tidak disediakan.. arahan2 ni tak de.. nampaknya saya kene fahami terma2 kerajaan betul2.

Setelah print daripada sistem, again, mak nenek tadi perlu perlu dihantar ke pusat penyelidikan termasuk bukti original seperti conference proceeding. Pada mulanya saya susah nk percaya yg kena attach jadual event utk buktikan samaada breakfast, lunch dn dinner disediakan. Em... akhirnya saya terima saje segalanya, luaskan hati dn terima ape saje yg disuruh. Sebagaimana yang terima geran tu, berbelanja, saya juga perlu fahami SEGALA term sebaik mungkin, isi SEGALA maklumat yg diperlukan, attach kan SEGALA documen yg diperlukan, berulang alik ke pusat penyelidikan utk setiap claim sehinggalah 2014.. hehe.

Namun setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, pejamkan mata dan cuba apa saja ...(Najwa Latif, 20??) note: yg +ve saje ye :)

********************************
Bercakap tentang terima saja, sepatutnya saya sudah patut amalkan sejak dulu. Tp dulu ms muda dan sekrg separa muda masih sukar nk terima as it is. Cthnya pentadbir organisasi yg tak adil, procedure yg menyusahkan dll. Bila susah nk terima maka jadilah stress.

Pd satu ptg, saya bertnyakan seorang technician semasa di dalam lif tentang kunci lab. Dia seakan membebel mengatakn yg kenapa sy lambat berbuat demikian. Instead memberi alasan, saya mengiyakan saje dia cakap, "aaah lambaattt.." dan saya terus berlalu pergi. Saya sangt lega kerana berjaya mengaku salah. Moralnya, mengaku sajalah dn tak perlu stress dgn ramai2 org. Dia orang je yg sibuk dn bagus2 belaka!

*****************************
Banyaknya aku nak cerita, birthday siapa sebenarnya hari ini, hehehe. Ini cerita saya yg berfikir2 mcm mana nak beritahu svisor yg saya nk cuti akhir tahun ini, nk balik kg. Saya teringat comic phd di sini http://www.phdcomics.com/comics.php?f=1432. Tiba2 smlm semasa di bilik beliau, terpacul dari mulut tentang rancangan saya mahu cuti akhir tahun. Beliau senyap saja, dan saya terangkan kenapa saya nak cuti. Kemudian Dr tanya lagi tentang keluarga. Saya bercerita satu2 sambil gelak2. Sebenarnya saya rasa nk nangis saje, tp sy kontrol habis2, wpun kepala sy dh ketar2. I hate crying in front of people. Dah lama saya nak beritahu kondisi saya, tp saya faham sebab dia sangt sibuk lebih-lebih dgn jawatan baru sbg HOD. Alhamdulillah svisor sy memahami dan saya juga cdgkan dia bercuti jugak, hehhe..

**********
Dengan kepala yg serabut semlm, saya memilih utk berehat2 di sofa lepas balik dari kampus. Tiba-tiba ada ada kwan housemate satu kereta dtg, maka saya pindah masuk bilik. Dan malam td sy terbaca status kawan,

Your Wealth & Your Children are a Test for You
Read Al Qur'an 63:9-11

Walaupun bukan kaya mana pun tapi yg serabut tu pun sebab uruskan duit geran, (yg kedua tu belum lagi, huhu). Emm, moga Allah mudahkan urusan dunia ni, tak payah serabut2 dn susah2 pikir. Bak kata Aflin masa jadi MC anugerah blockbuster (admit that i watch it at youtube, hehehe), tok sah gaduh2 kalau tk menang, ni semua urusan dunia saje, heheh, begitulah lebih kurang. Ya Allah, berilah kekuatan utk aku memudahkan urusan dunia dan mudahkan urusan org lain. 

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi saw bersabda :

 “Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim) 

1 comment:

fiezarmy said...

salam..
slmt thn baru...bila la nak sampai johor.....(-_-)

SA
(secret admirer)