May 30, 2008

Episod cinta dan jurus sebabnya

Malam minggu sesuai bercerita (dan memikirkan) sesuatu yg santai dan sweet. Entry ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengamatan, kisah2 kenalan, luahan malah pengakuan teman2.

Isu ini hanya menerjah ke fikiran ku bila mula bekerja. Mungkin masing2 sudah terbuka, matang bercitarasa dan mula ke arah alam berumahtangga. Episod-episod ini menceritakan kisah2 benar jurus2 pemilihan teman hidup; antara harapan dn impian, malah kenyataan sang pemimpi (cewah, meminjam tajuk novel kedua Andrea Hirata) dalam memilih teman hidup. Seperti penceritaan di dalam Buku Secret by Rhonda, apa yg kita fikirkan akan memandu tindakan dn asas pencapaian kita pada hari ini.

Episod cinta pertama adalah berjuruskan negeri. Seorang teman menyimpan cita2 utk berumahtangga dengan warga Johor (mungkin kisah silam anak Johor adalah wira hatinya). Alhamdulillah suaminya kini masih mempertahankn keJohorannya (teman ini baru dikurniakan cahaya mata tahun lalu dn ahad ini akan menjalani pembedahan setelah didapati terdapt tumor semasa pemeriksaan hari ini, doakan!)

Kisah kedua episod cinta berjuruskan negeri adalah tentang teman yg seorang ini. Kisah cintanya byk berputik antara hatinya dn anak Pahang. Boleh dikatakan 3 (atau 4?) yang mengusik emosinya adalah org kg ku. Kenapa Pahang? Mungkin kerana anak muda Pahang tidak mensia-siakn keluarga, (yg mana mengundang percaya) tapi belum tentu pacarnya (nota: ini hanyalah andaian liar).

Episod cinta kedua bejuruskan bangsa. Seorang teman telah meletakkan lelaki bangsa India sebagai teman pilihan. Tiada siapa yang tahu asas pemilihan ini dan kami menerima dgn pemikiran terbuka dan masih belum menemui jawapannya (kerana belum bertanya secara jujur).

Teman lain pula meletakkan rupa Cina sebagai syarat teratas. Selain pemuda Cina di Malaysia, teman ini telah memberi garis panduan kepada kami (bagi tujuan gosip mahupun utk perancangan agenda kami) pemuda dari Korea, Hongkong dan negara2 lain yg belum disahkan (teman ini tidak menyebut China, mungkin berdasarkan pengalaman serik berhadapan dengan jutaan warga China tahun lalu). Teman ini akan ke Bandung Ahad ini, dan ini ku katakan padanya: Baby (bukan nama sebenar) org Bandung putih2 mcm Cina. Mcm Taufik Hidayat tu (tanpa lengah aku memberi maklumat seyakinnya), dn dia org Muslim, sambungku. Tapi ko kene pandai carilah dn jgn marah aku kalau ko tak jumpa (sbb aku sendiri tak jumpa Chinese look kt Bandung, mungkin byk melihat brg jualan dari melihat warganya). Baby tersenyum penuh harapan dn mungkin berkata dlm hatinya: Ibah, terima kasih, akhirnya ku temui harapan cinta suci (Chinese look + muslim azali).

Episod cinta ketiga berjuruskan negara. Jeng-jeng. Walaupun kisah ini agak kabur, tapi aku pasti ia berlaku di kalangan temanku. Tetapi ia masih relevan kerana saudaraku sudah dua kali bertukar pacar dan keduanya dari Indonesia, secara spesifiknya Bandung! Tapi cerita seorang teman (setelah dianalisa) juga menujukkan trend yg sama: Indonesia lebih byk di dalam senarainya! Cinta berjuruskn negara ada baiknya, kerana membuktikan 'Only sky is the limit'. Gambattee! (for all).

Episod apakah seterusnya, ye, episod cinta lain2 adalah berjuruskn ketinggian (sy hanya mengfokuskan ciri fizikal ini kerana mempunyai fakta sokongan di kalangan teman). Kedua-dua teman baik saya menyayangi (katakan saje) pemuda yg sama ketinggian dgn mereka (nota: seorang telah berjaya (InsyaAllah) dn seorang dlm perjuangan - kindly update whenever necessary).

Ini adalah sebahagian episod cinta (malah mungkin pembawa kecewa, nauzubillah) teman tercinta, don't worry, we will always love you, no matter what! (to whom it may concern!)

May 28, 2008

Rasul benchmark akhlak kita!

Tulisan pagi-pagi ini adalah untuk memotivasikan diri (pagi sgtkah?). Tugas yang digalas di tempat kerja, di acara2 luar, di rumah sendiri (ada tugas ke?), di rumah ibu bapa, di tempat awam mahupun di tempat2 selainnya akan mengundang ujian, cabaran, pujian, telahan mahupun perhatian org.

Semua dari kita tdk terkecuali merasa perkara2 di atas malah mungkin lebih dari yg sy nyatakan. Faktor masa adalah perkara yg perlu dipertimbangkn dlm melaksanakn dn menyempurnakan amanah. PRIORITY adalah perkara asas yg mesti dikenalpasti oleh semua org. Benarlah 7 tabiat efektif yg digariskan oleh Stephen Covey:

1. Be proactive
2. Begin with the end of mind
3. Put first things first
4. Think Win-win
5. Seek first to understand than to be understood
6. Synergize
7. Sharpen the saw

Kerana kesuntukan masa (dan juga tenaga) kita tak terlepas dari kesilapan yg tidak disengajakan, kekasaran dan kelalaian dalam memuaskan hati byk pihak. Dalam pada itu, mungkin kita akan mendapat pujian atau perhatian org (ada ke?) Namun apa sebenar matlamat kita? what drive us to do all sorts of things? pujian? perhatian? ganjaran bonus? (kerana KPI diukur berdasarkan prestasi).

Have you read the book Secret by Rhonda? Hebatkan buku tu. Dengarnya hot selling (byk foundation of thinking yg kita boleh guna pakai). The laws outlined by this book could be revised thru Law of Attraction: The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don't by Michael J.Losier

So, what is our secret as Muslim? Of course it is ALLAH. How could we get all the secrets? Yes thru teacher of teachers our master Muhammad, his family, companions and worldwide daie'.

So why did we feel so proud of ourselves (or at least love to reminisce it) over good things that we did? (Hey Ibah, do you feel that way - nonsense!). Apakah gelaran utk org yg merasakan dirinya lebih baik dari org lain? Apakah perlukah terus berbangga2 dengan dosa.

Waduh..Biar Rasul sbg benchmark akhlak kita. Biar kita dapat respect (in other word gained respect) dari Barack Obama pun, sungguh, Allah dan Rasul matlmat kita. Biar kita mati kerana keduanya. Ameen.

Nota: entry ini adalah sebahagian peringatan utk Ibah agar jgn mengumpat! (kerana mengumpat adalah di atas dasar merasa bagus daripada org lain)

May 26, 2008

Pulau Batu Putih: Satu Tragedi

Keputusan penyerahan Pulau Batu Putih sangat menyayatkan hati saya. Saya sengaja menulis entri ini dalam bahasa Melayu, dgn harapan tiada bukan Melayu atau org yg buat2 Melayu menyalah tafsirkan tulisan saya. Walau apa pun alasan yg diberi Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ, segalanya nasi telah menjadi bubur. Di sebalik pemindahan ketuanan pulau itu secara rasmi, ada 1001 kisah nasib Malaysia atau nama asalnya Tanah Melayu di peta dan mata dunia. Perjuangan menghidupkan nama Melayu di bumi Allah sewajarnya boleh dikatakan berpangkalan di bumi bertuah ini, tempat tumpah darahku. Perjuangan pejuang-pejuang bangsa dan agama berkorban darah dan menjunjung setia dlm memastikan tanahair tak kan lepas ke tangan penjajah yg bedebah.

Jika dicari semula fakta sebenar sejarah (berbanding apa yg kita pelajari di sekolah) banyak pengajaran yang tak ternilai telah gagal disampaikan kepada generasi muda. Semasa mengikuti Ijazah Sarjana baru la ku tahu kewalian para pejuang seperti Tok Janggut. Dan semasa mula bekerja, baru lah ku tahu bahawa pejuang kemerdekaan Sarawak itu adalah seorang guru muda (yg belum mencapai umur 20 tahun) semasa membunuh penjajah dan akhirnya dia dibunuh dgn racun. Sungguh, ada sesuatu yg hilang dlm pendidikan sejarah di sekolah sedangkan ia adalah platform untuk pembelajaran bagi seisi warga Malaysia.

Keperluan memahami perjuangan dan pengajaran dalam episod perjuangan menegakkan negara merdeka seolah-olah tenggelam berbanding kepentingan mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan sepanjang persekolahan. Akibatnya jiwa muda yg penuh aspirasi dan dahagakan 'empowerment' akhirnya hanya mampu bermaharajalela (dan lebih tepat berlagak gila) di jalan-jalan raya sebagai pelumba motor murahan yg hanya mampu muncul di tengah-tengah malam di kala insan-insan pilihan Allah asyik masyuk dibuai cinta Allah dan menagih belas kasih yang tak berkesudahan. Anak-anak muda ini bersama generasi2 muda senasib berganding bahu berzikir menerusi SMS mengundi program2 realiti TV dan menjadikan anak-anak muda (dan ada juga yang tua) yang hanya mampu menyanyi dan tersenyum sebagai idola yang menguasai perbualan dan perasaan mereka.

Berbalik pada isu ICJ, antara alasan yg diberi oleh Hakim dari Jordan itu, Malaysia tidak menunjukkan tingkah laku yang melambangkan Pulau itu milik Malaysia. Apa lagi kita boleh katakan. Bukan hanya sekadar Pulau ini, bahkan ada 1001 perkara yang dipandang enteng oleh para warga yg bergelar YB yang kenyataan di dada2 akhbar dan televisyen yang mengundang sakit hati (dan juga sakit kepala sambil bertanya sendiri, siapa yg memilihnya sebagai menteri?)

Hari ini mula kepentingan mengawasi Pulau Pisang diutarakan. Ye la, pisang berbuah dua kali perlu dijauhi. Dan teringat kunjungan ke rumah teman di Bukit Damasara minggu lepas, seorang Tok berumur 80 tahun, putih melepak menyambut kedatangan kami. Tok yang lembut baru tiba dari Terengganu dan baru menjalani rawatan kerana mata kirinyanya luka sebelah dalam. Tok yg berwajah lembut, bermata kecil tenang duduk di sofa mengadap TV yang terletak dlm 8 langkah di depannya. Sebaik bersalam dengan Tok, Tok menyapa lembut "apa khabar?". Terharu dibuatnya kerana ini lah kali pertama mendapat pertanyaan itu dari warga tua berumur 80 tahun!

Tok bertanya soalan2 ringan tentang pekerjaan, tempat tinggal, keluarga dan aku bertanyakan perihal keluarga Tok dan kesihatannya. Tok tenang di atas sofa dan aku di sisinya sambil mata kami sesekali mengarah kepada kaca TV di depan. Pada malam itu (21 Mei) keputusan hak milik Pulau itu belum diumumkan tetapi TV3 menyiarkan sorotan dan pemandangan2 pulau itu. Dan tiba-tiba Tok berkata perlahan "rebut batu". Aku kaget memandangkan tidak menyangka Tok yang setua itu mengetahui isu semasa.

Berita TV3 kemudiannya menyiarkan isu Tun Mahathir dan keahlian UMNOnya. Dan Tok dengan relaks dan selamba menyebut perlahan "rebut pangkat". Lantas Tok memberitahu, "UMNO dulu ditubuhkan di rumah Tok kat Singapura, isteri Dato' Onn adalah mak saudara Tok. Dato' Onn tak diterima Johor pd masa tu". Aku terpana. Siapa gerangan Tok putih melepak yang brilliant ini?

Tok, Tok. Isu pemindahan hak milik Batu putih perlukan pandangn Tok dan saya serius untuk bertemu Tok lagi!

Nota: Anak-anak dan cucu2 Tok ada yang berada di England dan US. Dan tidak disangkal lagi Tok adalah sebahagian penyumbang kejayaan mereka.

May 25, 2008

KL: practical training visits

I was in KL from 19th to 24th May for visiting students at their training places. It was an exhausted period (and tense of course) spending in roads to find out the location of their training (or we call as LI - Latihan Industri). I have 11 students - one at wisma A&C, one at menara manulife, one at menara milenium (these buildings are at damansara height) one at TTDI, two at pj, two at PWTC, and two at mint building (this is the worst, I spent 1 and half hour tawaf jalan sultan ismail, jalan p.ramlee and jalan bukit bintang to find out this building. bcos geram sngt we cursed many times this building and mentioned it as bangunan buruk; nota: bangunan ni sgt dhaif berbanding namanya) and another one student at Mont Kiara.

I went to KL with Efa and we spent tuesday for students of Efa and the rest of the days for my students. We got opportunity meeting their supervisors (except for two training places) and we could see the differences between supervisors at government sector and private (Efa got almost supervisors at Putrajaya).

There are few places that I hardly forget. The one at wisma A & C is so professional. She is the beautiful Caroline Bai who is the account director at Y&R, an advertising company. She's simple yet warm. The next is Ian at Milk & Co. We talked many things from the student perfomance and his concern, past times at Kuantan (as he spent two years at SABS) and our college and its activities. He mentioned few times on enjoyment of our conversation as each of us passionately listen and respond to each other (and Efa and I mentioned his name many times along our journey back to our place).

Our last day was at CIMB at different branches. But the remarks from their supervisors are priceless. Mr Low at PJ is so friendly and informative. Perhaps bcos he handles mortgage loan and has to meet clients and potential clients outside. One part of our discussion highlighted on the nature of working in this sales environment. He mentioned: The nature of this job needs you to feel sense of urgency all time. We could not wait to be given tasks and to be guided. We have to ask (in other word be proactive) what to to do or else we do not know what you do not know. The interns also need to know how to handle objection (This is my interrupt; Ibah: it sounds interesting) Mr Low: 1st of all we must have knowledge on our products, and we must have mindset that our product is the best in market, affordable and cheapest (thank you Mr Low, u really understood me by addressing this secret). Ibah: so we must have belief in our product and objection is no longer a problem. Mr Low: Yes, how could we convince others if we could not make ourselves confident with our products. (Thank you Mr Low, perhaps this excerpt could be part of Secret by Rhonda)

Most of supervisors gave the same remarks, the needs for proactive attitude, self initiative and communication skill (hey, they do not know how did I communicate after completed my 1st degree - disaster). Anyway the most outstanding supervisor goes to Ian of Milk and Co. I am sure Efa with no objection will support my decision regarding this award winning recipient.

This visits were not always accomplished without having visits to others historical places. We ended our daily visits to Pavillion, Lot 10, Sungei Wang, The Mall, Suria KLCC, One Utama, Megamall and Sogo. Not to be forgotten Seremban Parade on the way exiting. After having our last shopping, I visited my old place - Kolej Mara Seremban (InsyaAllah I will write on this touched visit.

I do not know my HOD will assign us or not for KL area in future. This is because we have identified our second home in Damansara Height and Hartamas. It is perhaps a bad news for our HOD =).

May 16, 2008

akhirnya

Akhirnya, workshop kami selamat selesai pd jam 12.45ptg. Dr Ratna telah meninggalkan kampus utk pulang ke Bangi. Dr Ratna, oh cekal sungguh Dr yg anggun ini. Ikhlasnya terasa ke dasar hati ku.

Sebelum bersurai, kami bergambar dengan penuh ceria. AJK pun nampak berpuas hati (dn siap nk bergambar sesama committee sahaja). Bekerja dgn org lelaki ni agak mudah, cekap dn pantas. Beritahu sahaja apa yg perlu buat, the rest dia org tahu how to handle, sungguh mengkagumkan. kadangkala lebih teliti berbanding diri ku sendiri. mungkin dia org dh biasa jd committee sejak sekolah sedangkn aku baru mula di tempat kerja. See, betapa lambt nya aku terlibat dlm kerja2 sosial ni.

Anyway, it was a blessing having opportunity to work with these enthusiast colleagues. May Allah bless them!

May 13, 2008

Sambutan kemerdekaan

Akhirnya saya dapat meloloskan diri daripda kesibukan menguruskan workshop. Sy dh bertekad sejak malam tadi, utk tidak membuka email bagi mengelakkan masa saya terpaksa diperuntukkan untuk membalas, menghantar email, menjawab atau membuat call. Sudah puas saya 'menderita' 2-3 minggu lepas sehingga kerja2 penting saya terbengkalai. Deadline for paper submission terlambat hantar, (chewah, alasan je) dan submission for another conference pun dh makin dekat. Mlm dn subuh2 tadi sy dh ingatkn diri, buka email just nk check reply on paper submission, not about our workshop (walaupun satu demi satu reminder muncul di minda sy utk ingatkn committee lain for final check). Sudah2 la sy mengadap dn mengarang beremail2 on this workshop. Tp bagus juga utk improvement of my english (everytime nk antar email check dictionary kt cambridge online, hehe, thanx!)

Semalam sy betul2 stress dgn kerja2 management ni. Semalam sy rasa hampir putus asa dgn kerenah pentadbiran. Bukan saje on conducting the workshop, tp academic management yg byk la procedure walau kita nk bentang paper. Sy dh mula syg pd tempat ni tapi kalau mcm ni rasa nk angkat kaki. Hehe (sejak pukul 8.30am sy dengar lagu Hazami - Kiblatku di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=t6OYph8_tUA&feature=related, skrg dh kul 12pm, huhu)

Kenapa stress dgn kerja workshop ni. Pertama: kena deal dgn byk org, different depart, univ. Deal dgn lect UIA tak yah ckp la, memang superb depa ni (nanti sy tulis posting on them pulak). Tp deal dgn admin staff kat lain2 tempat, ya Allah, boleh sakit jiwa kita. Dia org kalau nk sound org bawah pakai lepas je tanpa usul periksa. Kita yg dtg ni pun naik kesian. Ni belum masuk citer admin staff yg tak tahu procedure (this is my 2nd reason). Suh mcm2 yg dia sendiri tak sure,then nk bising2 salahkan kita. Tak abis kat situ, kita dh tak de dendam pe2 kat dia, tp pihak dia masih tersisa kesan ketidakpuashatian yg diharap padam dlm minggu ini juga!

Sampai sy memberitahu seorang teman mlm tadi (perlukah sy meletakkn add blognya?), "agaknya kalau kita ada Phd dia org tak suh kita buat ni, buat tu", betapa sy merasakan penatnya memikirkan hal2 pengurusan hingga menjejaskn masa sy untk research (chewwah!)

Dan hari ni saya sgt berpuashati. Saya dpt reply from the conference orgnizer, just another one email hasn't got reply. So sy bersenang lenang pagi dgn membuat kerja2 ringan on our workshop.

Akhir kata doakan workshop kami lusa dn tulat berjalan lancar. Speakernya? tentulah pensyarah didatangkn dari UIA yg disayangi (lihat entry my friend on nostalgic: http://www.emwin.blogspot.com, i will write another entry on UIA and its superb lecturers, soon, InsyaAllah). Doakan workshop kami berjalan aman dan lancar seperti dirancang (dan doakan sy tak terfikir2 workshop 2nd and 3rd stage semasa Dr Ratna memberi ceramah). Thanks!

Akhirnya terimalah lirik lagu Hazami - Kiblatku yg entah keberapa kali sy ulang dengar.

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

May 3, 2008

Kerana

Kerana
Kita dipilih dan memilih
berkhidmat pd agama
berkhidmat pada dunia

Kerana
Kita dipilih
menyampaikan cahaya
di dunia
dn di akhirat sana

Kerana
Kita memilih
untuk memperlihatkn sifatNya
yg Maha Pemurah
menerangi alam yg gelita
bahkan hati yg ketandusan cahaya

Kerana
Kita dipilih dan memilih
bersama2
tabur jasa
sebagai satu keluarga
yg bercahaya-cahaya
Dari Cahaya ke Cahaya
Terangi semua
tak kira agama
Tak kira bangsa
Tak kira sesiapa
Kerana
Kita dipilih dan memilih

- Salam Takziah buat Mohd. Hairrisham Mohamad, 26, Kakitangan TNB Unit Talian Hidup (LLU) TNB yg meninggal semasa pd 28 April semasa kerja-kerja penggantian menara talian penghantaran elektrik yang tumbang pada 21 April lalu.

Menara dikatakan menjadi tidak stabil selepas satu kabel penyokongnya tercabut, menyebabkan tiga lagi kabel penyokong lain turut tertanggal lalu tumbang bersama-sama Allahyarham yang sedang memanjat tiang menara untuk menjalankan ujian setelah selesai memasang talian penghantaran yang baru.

Allahyarham yang berasal dari Wakaf Baru, Kelantan meninggal dunia pada pukul 11.45 pagi semasa dirawat di Hospital Likas-

Al-Fatihah

May 2, 2008

Celebrating Hari Pekerja 1 Mei, 2008 - Cherating yang Cantik

I did try my best to upload the beautiful picture from my hp, but it failed. It is about the fantastic blue sky and crystal clear water of Cherating Beach. I went last time five years ago, I guessed, with my mom, dad, wan and younger sister, Adibah, but it is not through the main entrance of this white sandy beach.

It is unplanned programme. This is all about celebrating LABOUR DAY - 1 MAY 2008. I promise myself for having break from thinking long list unfinished procedures I have to accomplish before our upcoming workshops.

So here how it works. While driving to my hometown, I text my sis of the idea having jalan2 to beach, without mentioning any. Upon arriving home and having rest for a while, I start another joyful journey, a drive to Cherating!

After 45 minutes of driving, finally we found the main entrance to this beach. Wonderful! that what crossed my mind when seeing this beautiful beach. Luckily, we got strategic parking place and start looking suited place at this beach. My mom took her seat and reluctantly to move anymore. Me, my sis Kak Su and Pa' went straight to beach after failing to insist mom to join us. With sunglassses and unused hat which used to be displayed at the back of my car, we made our undoubted steps through the white sand heading to the crystal water. Photographing - of course that is the mad of our family especially the most senior member.

After immersing our foots, we finally got back to my mom before took three coconuts as souvenir to bring home. And it is our luck that the coconut drink is too nice to be forgotten for our iftar yesterday.

What a memorable labour day! Alhamdulillah.