Baru sebentar td aku didatangi lelaki muda, simple tapi tanpa ragu2 masuk ke bilik pejabatku
Aku meneka di dalam hati, jual majalah kot. Lantas dia memperkenalkn diri, menunjukkn kertas ber'laminate', info tentang dirinya. Maklumat dlm kertas itu menyebut namanya, hp dan pengenalan tentang kedatangannya.
Aku melihat kertas terbabit, byk salah ejaan. betulkan pemuda ini benar2 sdg membuat kutipan aml Maahad Tahfiz Al-Quran? Sudah byk kali aku terkena. Anak2 kecil menjual kalendar bahkan minyak angin. Bila ditanya, di mana tinggal dibandar ini, terpinga2 la mereka, bila ditanya dtg ke bndr ini dgn siapa, jwbnya ustaz, ustaz dimana, ustaz di restoren. huhu..sungguh mengelirukan.
Kedtgn pemuda ini juga mengundang keraguan dlm hati ku. Dah dpt kebenaran masuk? aku bertanya. dia hampir tidk layan pertanyaan ku sambil memastikan aku melihat pas kebenaran yg terpapar jelas di dadanya.
Aku mula bertanya, siapa pengetua maahad ini. dia menjelaskn dgn lancar malah menyebut Tuan Guru pengasas utama pondok ini.
Rupa2 nya pemuda ini telah pergi ke IPT2 lain. Bersama2nya dibawa poster2 kecil tertulis sajak2 meruntun jiwa, rintihan hamba pd Tuhannya.
Mulia nya pemuda ini, tanpa ragu berkorban waktu demi generasi pembela Al-Quran.
Moga pemuda ini bersama2 temannya seorang lagi diganjarkn pahala selama mana Maahad ini tertegak nanti. Ameen