Jul 6, 2008

Mana best?

"Mana best? Indonesia atau Thailand?". Itulah antara soalan mak saya pagi tadi. "Ada tempat yg lagi best" itulah jawapan saya memandangkan setakat ini saya tidak dapat memastikan yang mana satu lebih saya sukai. Di antara kedua jawapan saya merasakan ada pilihan lain yg saya cari2. Ye, di celah kedua negara itu, ingatan saya tiba2 menyinggah ke Bakalalan, tempat yang sy jejaki dua minggu yang lalu. Terbayang kampung yang aman, sawah padi yang terbentang luas dgn air sawah segar yang memenuhi bendang (dn kami menggelarnya swimming pool krn kelihatan seakan itu), bukit bukau yang menghijau, udara nyaman (suhu nya agak rendah berbanding di semenanjung) dan org2 nya yg lembut dn penuh santun.

Dari Bakalalan ku bawa pulang beras (setengah kilo) dn garam yg dihasilkn org kg menerusi lubang garam di kg mereka. Dalam perjalanan ke tempat lubang garam di mana garam di proses, kami menempuhi 4-5 sungai kecil yang airnya masyaAllah sejuk dn nyaman yg sungguh inilah air sungai paling sejuk yang pertama kali aku temui. Sungai ini dengan batu2 licin pelbagai saiz cukup mengurangkn lelah kami sepanjang 2 jam perjalanan pergi balik ke lubang garam itu.

Beras setengah kilo yang dibawa pulang menjadi santapan kami 3 hari berturut2. Seisi keluarga memuji keenakan beras ini. Niat membawa pulang utk mak sebab mak memang kene makan beras kurang kanji. Mulanya aku kenalkn beras ini sbg beras Bario (seperti mula dikenalkn penduduk di sana) dan aku mula ingatkan kakakku ini beras Bakalalan (seperti juga diingatkan beberapa org kg sewaktu aku di kedai membeli beras). Dinamakan beras Bario krn org Bario mengambil beras di Bakalalan dn membungkusnya sbg Beras Bario. Dan Pak Cik2 di kedai mengusik "nanti makan ingat Paulus" (tourist guide kami). Dan aku membalas "ingat semua!"

Dan ternyata, memandang beras dn kemudiannya nasi mengingatkn aku kpd Bakalalan dn penduduknya yg budiman. (Dan ingatn ku tidak boleh tidak menyorot lagi pd Kg yg permai ini). Terbayang kegigihan penduduk kg mengusahakn sawah yang melimpah ruah airnya, memotong kayu (dn membuat pondok kayu yg cantik di belakang kelas (satu kg satu), membuat garam (berpanas mengadap tong2 air garam yg perlu dikeringkan), menghidangkan kami dengan aneka makanan2 dibuat dari beras, penduduk kg yg sgt menghormati tetamu, anak2 sekolah yg kami selalu bertembung utk kembali ke sekolah jam 6 petang (dengan senyuman manis, berpayung - kerana di sana petang kerap hujan) berwajah segar dn masing2 seakan sudah bersedia utk belajar bagi sesi malam (kami difahamkan mereka ke kelas tambahan dn tinggal di asrama, dn anak2 comel ini berjalan berkumpulan dn malu2 bila disapa).

Tatkala twin otter melintasi sawah padi dn bukit bukau hijau, air mata bergenang. Selamat tinggal Bakalalan! Been there, done that!