Cemburu
Saya mencemburui orang-orang yang berjaya. Bukanlah orang yg memiliki Phd atau kereta mewah. Yang cantik? Kadangkala, hihi. Tetapi cemburu yang saya maksudkan orang yg sudah terlepas daripada gelutan mendapat perhatian dunia.
Alangkah berbahagianya org2 ini. Mereka mengajak kearah kebaikan melalui tulisan2 di blog mahupun ceramah2 di TV. Mereka memberi cth tauladan daripada nabi2, khalifah dan sahabat, wali2, kisah2 org2 yg mereka temui, mahupun kisah diri mereka sendiri. Banyak komen2 positif, namun ada juga komen-komen negatif. Namun, tidak menjadi najis pada mereka segala kata nista. Mereka ini sudah terlepas dari gelutan dunia. Gelutan mendapat nama dan perhatian manusia. Alangkah beruntung dan berjayanya mereka ini. Saya cemburu.
Kerangka besar vs kerangka kecil
Saya percaya, org2 yg berjaya yg saya nyatakan, mereka tidk lagi berfikir dlm kerangka yg kecil, iaitu perbuatan mereka hnya bersandarkan matlamat dunia sahaja. Bahkan, mereka melangkau jauh dgn mengaitkan dgn akhirat tentang apa jua yg mrk lakukan. Inilah yg dinamakan ikhlas. Walaupun, ikhlas itu hanya Allah yg tahu, namun tetap ada tanda2nya. Menurut yg dinyatakan oleh yang mulia guru saya Dr Mohd Al-Ikhsan, tanda ikhlas ibadah seseorang itu adalah dia merasa seronok melakukannya. Dan menurut seorang ustaz (tak ingat) tanda amaln diterima, dia berterusan ingin melakukannya. Maka, saya amat bangga makin lama makin ramai golongan profesional yg turut sama berdakwah. Moga-moga stigma golongan ini yg sering digambarkan seperti berkereta besar, berpangkat, berpelajaran tetapi sombong, jahil agama dan terasing daripada aktiviti dakwah ini akan terhakis.
Bila menonton rakaman video tentang Adik Ahmad Ammar Ahmad Azam, saya merasa sangat kecil dan hina. Apalah yg saya sudah sumbangkan kepada Islam. Jika video dibuat menjelang kematian, makanya, mungkin hanya gambar2 saya berjalan2 dan membentangkan kertas kerja di conference2 dgn penuh objektif keduniaan sahaja dpt dipaparkan. Juga saya merasakan, penggunaan FB utk perkara2 yg penting sahaja, tidak perlulah direport kemana pergi, emosi, makan di mana kerana saya pasti adik Adik Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak sebegitu.
Namun, saya percaya kejayaan dan nilai peribadi yang tinggi adik Ahmad Azzam adalah hasil didikan ayahnya yang merupakan tokoh besar dalam dakwah di Malaysia. Ayahandanya telah meletakkan kerangka besar untuk Ahmad Azzam terokai. Begitulah, world view yg dibentuk ayah bonda mencorakkan masa depan anak-anaknya.
Azam dan bantuan Allah
Ustaz Amin menyebut, ada 7 perkara untuk kita siapkan diri agar tidak takut menghadapi kematian. 1) penuhi rukun iman - terutama tdk mensyirikkan Allah 2) penuhi rukun Islam - terutama haji 3) dapatkan khusyuk solat 4) jauhi perkara haram 5) tulis hutang 6) bykkn bertaubat dan 7) tinggalkn yg 3, sedekah jariah, anak soleh dan ilmu yg ditinggalkan .
Maka, saya semperna umur 35 thn pd thn depan, berazam utk mendptkan khusyuk utk 35 thn akan dtg (jika ajal saya pd 70 thn). Walaupun pelbagai teknik khusyuk, namun secara jujurnya saya kecewa dgn kualiti solat saya.
Sehinggalah seorang pelajar telah membentangkan solat dan kesannya kpd otak di dalam kelas kami. Menurut kajian yg dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari UM (termasuk pelajar ini yg dahulunya ahli kump kajian ini), dgn mengukur gelombang menggunakan EEG dan ECG yg dipasang pd org yg sdg solat, solat yg khusyuk dpt meningkatkan gelombang alfa (proses), beta (tenang) dan tetha (kreativiti). Kreativiti termasuk menyelesaikan masalah harian dan juga membuat keputusan. Salah seorang bertanya, bgaimana kajian ini dpt menerangkan ayat yg mangatakn solat ini dpt mencegah fahsya' dan mungkar. Maka, pelajar ini mengaitkan dgn gelombang thetha, mungkin dapat membolehkan sesorang berfikir dgn lebih kreatif tntnag kebaikan dn keburukan sesuatu.
Juga antara faktor yg menentukan kualiti sesuatu solat:
1) berjemaah atau sendirian
2) bacaan yg lemah, sederhana dan baik
3) rukuk 90 darjah
4) melipatkan ibu jari semasa tahiyat
tmbhan
5) solat tahajud
6) memahami makna bacaan
MasyaAllah, moga Allah merahmati ahli kump penyeldikan ini. Moga memperbaiki bacaan, pergerakan dn pemahaman, cuba berjemaah dn solat mlm itu itu bermakna memperbaiki khusyuk kita. Allahumma ameen
Always encourage people to START TALKING and GET TO WORK - Prof Peter Woods - and PROMOTE ISLAM!
Nov 25, 2013
Nov 20, 2013
Solat..
Solat itu
urusan kita dengan Allah
bukan bisnes dgn manusia
bukan urusan dengan sesiapa
ia bisnes kita dengan pencipta
hari ini
manusia gundah gulana
mencari penawar segala duka
mencari formula hidup bahagia
tetapi
mereka lupa
segalanya terlerai
jika solatnya sempurna
bila mana dia memahami makna
baik bacaannya
betul gerakkannya
maka dia adalah manusia paling bahagia
kerana telah menemui sesuatuyang tak ternilai harganya
Aug 29, 2013
Kisah Hindun
Kisah dari Miss T – untuk iktibar
Ada seorang anak perempuan, Hindun (bukan nama sebenar) dia
sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak. Apabila ibunya meninggal,
tinggallah ayahnya seorang. Hindun
tinggal dengan bapanya memandangkan suaminya seorang nelayan dan menetap di
sebuah pulau.
Hindun ingin mengikuti suaminya ke Pulau. Malangnya,
permohonan beliau utk bertukar suka sama suka dgn kerani di sana tidak mendapat
kelulusan. Sblm ini, Hindun buat permohonan untuk tinggal di kampong, alasan untuk
menjaga ibu yang sakit. Pantang cuti panjang, hindun akan ke pulau untuk
membantu suaminya. Ayahnya? Padanya dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak
dan sukar memberi komitmen tersebut.
Ayahnya mempunyai kedai runcit dan memandangkan sudah tua,
kedai itu akan dijual. Hindun mengharap bahagiannya didalam jualan itu.
Malangnya, adik beradik memutuskan, duit jualan itu akan diberi pada siapa yg
menjaga bapanya sahaja.
Kesian Hindun. Dia teringat pada pertolongan bapanya semasa
dia pindah dari Pengerang ke kg, ayah dan ibunya lah yg menolongnya dahulu. Dia
hanya mengenali suaminya 3 tahun, ayahnya itu membesarkannya 35 tahun, sebelum
dia berkahwin. Dia akan memasak apa sahaja yg suaminya pinta. Tetapi tidak
untuk ayah dan ibunya. Arwah ibunya pergi, tanpa sempat makan ikan sangai yg
dia minta berhari2.
Jul 15, 2013
Ujian
Ya Allah.. ampunkn dosa ku kerna menyangka dunia ini kekal
Lantas.. aku menangis kerana perbuatan manusia
Lalu aku mengungkit apa ku lakukan pdnya
Lalu aku mula berkongsi cerita
Ubati duka.. ku capai buku agama
Ku buka.. kata2 pendita berbicara
Aku tenang semula
Feb 20, 2013
Bilakah akan berakhir..
Assalamualaikum para pembaca (jika ada), heheh
Selepas park kereta pagi tadi, saya terserempak dgn seorang teman yg juga baru tiba. Kami sama2 memanjat tangga utk ke lab kami (our workstation). Saya tegur yg dia kelihatn mengantuk, sbnrnya sy juga tk kurang merasa begitu. Dgn suara letih dia berkata, 'bilakah akan berakhir...'. Saya membalas, ' may be sbb hari rabu..'. It isn't monday blues, but wednesday curse!, hari yg mana bole bergaduh dgn org sbb weeknd belum muncul, dan juga hari tk tahu kaler baju ape yg sesuai, hahah.. (nota: hnya apply utk sy mungkin).
Kepada pembaca di luar sana, sudahkah anda menonton drama '1 litre of tears'? Ia berdasarkan kisah benar seorang gadis bernama Aya yg mengidap penyakit spinocerebellar degeneration, anda boleh baca di wiki mengenai drama in. I should thanks to my hmate for introducing this drama. There is also movie version of this story. I would highly suggest all of you to watch this dramma. Ia mengingatkan saya tentang keluhan sy kpd seorang teman cina tentang lambakan kerja dan beliau menjawab ' at least we still have job'. Bukanlah yg penting apa yg kita belum dapt, tetapi make use whatever we have in our hand. Happy always!
Selepas park kereta pagi tadi, saya terserempak dgn seorang teman yg juga baru tiba. Kami sama2 memanjat tangga utk ke lab kami (our workstation). Saya tegur yg dia kelihatn mengantuk, sbnrnya sy juga tk kurang merasa begitu. Dgn suara letih dia berkata, 'bilakah akan berakhir...'. Saya membalas, ' may be sbb hari rabu..'. It isn't monday blues, but wednesday curse!, hari yg mana bole bergaduh dgn org sbb weeknd belum muncul, dan juga hari tk tahu kaler baju ape yg sesuai, hahah.. (nota: hnya apply utk sy mungkin).
Kepada pembaca di luar sana, sudahkah anda menonton drama '1 litre of tears'? Ia berdasarkan kisah benar seorang gadis bernama Aya yg mengidap penyakit spinocerebellar degeneration, anda boleh baca di wiki mengenai drama in. I should thanks to my hmate for introducing this drama. There is also movie version of this story. I would highly suggest all of you to watch this dramma. Ia mengingatkan saya tentang keluhan sy kpd seorang teman cina tentang lambakan kerja dan beliau menjawab ' at least we still have job'. Bukanlah yg penting apa yg kita belum dapt, tetapi make use whatever we have in our hand. Happy always!