Nov 25, 2013

Pendapat

Cemburu

Saya mencemburui orang-orang yang berjaya. Bukanlah orang yg memiliki Phd atau kereta mewah. Yang cantik? Kadangkala, hihi. Tetapi cemburu yang saya maksudkan orang yg sudah terlepas daripada gelutan mendapat perhatian dunia.

Alangkah berbahagianya org2 ini. Mereka mengajak kearah kebaikan melalui tulisan2 di blog mahupun ceramah2 di TV. Mereka memberi cth tauladan daripada nabi2, khalifah dan sahabat, wali2, kisah2 org2 yg mereka temui, mahupun kisah diri mereka sendiri. Banyak komen2 positif, namun ada juga komen-komen negatif. Namun, tidak menjadi najis pada mereka segala kata nista. Mereka ini sudah terlepas dari gelutan dunia. Gelutan mendapat nama dan perhatian manusia. Alangkah beruntung dan berjayanya mereka ini. Saya cemburu.


Kerangka besar vs kerangka kecil

Saya percaya, org2 yg berjaya yg saya nyatakan, mereka tidk lagi berfikir dlm kerangka yg kecil, iaitu perbuatan mereka hnya bersandarkan matlamat dunia sahaja. Bahkan, mereka melangkau jauh dgn mengaitkan dgn akhirat tentang apa jua yg mrk lakukan. Inilah yg dinamakan ikhlas. Walaupun, ikhlas itu hanya Allah yg tahu, namun tetap ada tanda2nya. Menurut yg dinyatakan oleh yang mulia guru saya Dr Mohd Al-Ikhsan, tanda ikhlas ibadah seseorang itu adalah dia merasa seronok melakukannya. Dan menurut seorang ustaz (tak ingat) tanda amaln diterima, dia berterusan ingin melakukannya. Maka, saya amat bangga makin lama makin ramai golongan profesional yg turut sama berdakwah. Moga-moga stigma golongan ini yg sering digambarkan seperti berkereta besar, berpangkat, berpelajaran tetapi sombong, jahil agama dan terasing daripada aktiviti dakwah ini akan terhakis.

Bila menonton rakaman video tentang Adik Ahmad Ammar Ahmad Azam, saya merasa sangat kecil dan hina. Apalah yg saya sudah sumbangkan kepada Islam. Jika video dibuat menjelang kematian, makanya, mungkin hanya gambar2 saya berjalan2 dan membentangkan kertas kerja di conference2 dgn penuh objektif keduniaan sahaja dpt dipaparkan. Juga saya merasakan, penggunaan FB utk perkara2 yg penting sahaja, tidak perlulah direport kemana pergi, emosi, makan di mana kerana saya pasti adik Adik Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak sebegitu.

Namun, saya percaya kejayaan dan nilai peribadi yang tinggi adik Ahmad Azzam adalah hasil didikan ayahnya yang merupakan tokoh besar dalam dakwah di Malaysia. Ayahandanya telah meletakkan kerangka besar untuk Ahmad Azzam terokai. Begitulah, world view yg dibentuk ayah bonda mencorakkan masa depan anak-anaknya.


Azam dan bantuan Allah

Ustaz Amin menyebut, ada 7 perkara untuk kita siapkan diri agar tidak takut menghadapi kematian. 1) penuhi rukun iman - terutama tdk mensyirikkan Allah 2) penuhi rukun Islam  - terutama haji 3) dapatkan khusyuk solat  4) jauhi perkara haram 5) tulis hutang 6) bykkn bertaubat dan 7) tinggalkn yg 3, sedekah jariah, anak soleh dan ilmu yg ditinggalkan .

Maka, saya semperna umur 35 thn pd thn depan, berazam utk mendptkan khusyuk utk 35 thn akan dtg (jika ajal saya pd 70 thn). Walaupun pelbagai teknik khusyuk, namun secara jujurnya saya kecewa dgn kualiti solat saya.

Sehinggalah seorang pelajar telah membentangkan solat dan kesannya kpd otak di dalam kelas kami. Menurut kajian yg dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari UM (termasuk pelajar ini yg dahulunya ahli kump kajian ini), dgn mengukur gelombang menggunakan EEG dan ECG yg dipasang pd org yg sdg solat, solat yg khusyuk dpt meningkatkan gelombang alfa (proses), beta (tenang) dan tetha (kreativiti). Kreativiti termasuk menyelesaikan masalah harian dan juga membuat keputusan. Salah seorang bertanya, bgaimana kajian ini dpt menerangkan ayat yg mangatakn solat ini dpt mencegah fahsya' dan mungkar. Maka, pelajar ini mengaitkan dgn gelombang thetha, mungkin dapat membolehkan sesorang berfikir dgn lebih kreatif tntnag kebaikan dn keburukan sesuatu.

Juga antara faktor yg menentukan kualiti sesuatu solat:

1) berjemaah atau sendirian
2) bacaan yg lemah, sederhana dan baik
3) rukuk 90 darjah
4) melipatkan ibu jari semasa tahiyat

tmbhan
5) solat tahajud
6) memahami makna bacaan

MasyaAllah, moga Allah merahmati ahli kump penyeldikan ini. Moga memperbaiki bacaan, pergerakan dn pemahaman, cuba berjemaah dn solat mlm itu itu bermakna memperbaiki khusyuk kita. Allahumma ameen

 



No comments: