Kisah dari Miss T – untuk iktibar
Ada seorang anak perempuan, Hindun (bukan nama sebenar) dia
sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak. Apabila ibunya meninggal,
tinggallah ayahnya seorang. Hindun
tinggal dengan bapanya memandangkan suaminya seorang nelayan dan menetap di
sebuah pulau.
Hindun ingin mengikuti suaminya ke Pulau. Malangnya,
permohonan beliau utk bertukar suka sama suka dgn kerani di sana tidak mendapat
kelulusan. Sblm ini, Hindun buat permohonan untuk tinggal di kampong, alasan untuk
menjaga ibu yang sakit. Pantang cuti panjang, hindun akan ke pulau untuk
membantu suaminya. Ayahnya? Padanya dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak
dan sukar memberi komitmen tersebut.
Ayahnya mempunyai kedai runcit dan memandangkan sudah tua,
kedai itu akan dijual. Hindun mengharap bahagiannya didalam jualan itu.
Malangnya, adik beradik memutuskan, duit jualan itu akan diberi pada siapa yg
menjaga bapanya sahaja.
Kesian Hindun. Dia teringat pada pertolongan bapanya semasa
dia pindah dari Pengerang ke kg, ayah dan ibunya lah yg menolongnya dahulu. Dia
hanya mengenali suaminya 3 tahun, ayahnya itu membesarkannya 35 tahun, sebelum
dia berkahwin. Dia akan memasak apa sahaja yg suaminya pinta. Tetapi tidak
untuk ayah dan ibunya. Arwah ibunya pergi, tanpa sempat makan ikan sangai yg
dia minta berhari2.
No comments:
Post a Comment