Petang semalam kau penghibur dunia, petang ini kau penghibur syurga
pasti penghuni langit bergembira, penghibur syurga sudah tiba!
kau korbankan masamu untuk hiburan mereka
dan mereka akhirnya berkorban masa untuk menemukan
calon-calon penghuni syurga!
apakah alunan nasyid terakhirmu?
pasti kau sambung nanti di halaman syurga
kerana laskar mu tidak berpisah
jika semalam kalian bersama di bawah satu khemah
hari ini bersama lagi di dalam satu daerah
yang pemisahnya hanya semalam
semalam yang muram
semalam yang hitam
bagi penghuni dunia
rupanya Allah telah siapkan
satu taman dari taman-taman syurga
suara lunakmu tak disia-sia!
************************
Berikut adalah senarai nama 16 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, 21 Mei 2011. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 hari terbabit.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan. Al-Fatihah
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim
7) Zaim
8) Angah
9) Rahimi
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Hasril, 11,
16) Zaid Ashwal, 18,
Always encourage people to START TALKING and GET TO WORK - Prof Peter Woods - and PROMOTE ISLAM!
May 22, 2011
May 16, 2011
Cikgu Azizah
Saya mendapat email tentang larangan menyambut hari ibu, sehingga dikatakan haram. Arrghh, penat dengan pihak yg suka membantah2, sehingga yg simple sebegitu dibesar2kan. Akan adakah email yg menyebut haram tentang sambutan hari guru pula?
Ini kisah berkaitan Cikgu Azizah, guru pertama ku di sekolah rendah. Hari pertama persekolahan, aku bersendirian mencari kelas ku. Hanya yg aku ingat, muka cikgu yg menguruskan pendaftaran semasa hujung minggu yg lalu. Ye, Cikgu Azizah yang bertudung ikat itu.
Kelas ku satu anggerik, kelas yang bersebelah dengn bilik guru yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kayu. Bawahnya bilik simpanan alatan sukan yang berbau getah bola dan gelap. Juga bilik muzik yang aku tak pernah faham maksud not-notnya. Yang terngiang-ngiang hanya lagu yg diperdengarkan dari radio besar hitam yang jauh lebih sedap didengar dari nyanyian rakan-rakan kelasku.
Cikgu Azizah bukan sahaja guru darjah satuku. Kakak-kakakku yang bersekolah di Sekolah Rendah Ahmad Pekan turut berguru dengannya. Pendekatannya sangat menghiburkan. Dibentangkan tikar dan satu kumpulan akan duduk beramai-ramai di depan papan hitam. Satu kumpulan lagi membuat latihan dalam buku. Kanak-kanak memang suka belajar beramai-ramai. Setiap seorang bergilir memegang pembaris kayu dan membacakannya di papan hitam, seronokkan! Seawal itu Cikgu Azizah menerapkan confidence, empowerment, group learning, fairness, and happiness :)
Cikgu Azizah datang ke sekolah dengan basikal tua. Di Pekan basikal tua dan beca adalah pengangkutan yang popular di zaman persekolahku. Bila Cikgu Azizah geram, beliau memanggil pelajarnya dengan panggilan pokcik dan mokcik. Berdekatan dgn bilik guru, pelbagai insiden cemas dapat dilihat. Contohnya murid yang mengalami masalah dgn uniformnya (bukan malfunction) akan diberi uniform kuning lusuh yg didapati dari bilik guru. Juga ubat kuning bila berlaku kecederaan, loceng besi yang hanya pengwas-pengwas berkaliber dapat membunyikannya, turut diletakkan di bilik guru. Malah, semasa Long ku dapat twrn ke asrama penuh, aku dipanggil ke bilik guru itu. Mungkin sebagai persediaan physchology untuk adik kecil yg baru mengenal dunia, bukan dekat SBP itu, JB ok!
Pada suatu hari semasa kami mengerumuni meja Cikgu Azizah, Cikgu mintaku melihat jam di bilik guru. Sebagai murid yang taat, aku ke bilik guru dan kembali ke kelas tanpa memberi jawapan kepada Cikgu Azizah. Aku enggak tau maksud jarum2 itu!
Cikgu Azizah tak pernah menyakiti hatiku, tak pernah menahan pelajar yg hendak ke tandas, atau mengenakan denda yang menyakitkan hati. Rindu pada cikgu Azizah dan tulus kasihnya membuat aku nekad ke Pekan bertemunya beberapa tahun yang lalu. Mulanya aku ke kedai yang diusahakan Cikgu Azizah dan suami. Dulu Cikgu Azizah tinggal di tingkat atas kedai itu, kedai di mana aku beli sekotak tisu untuk ku hadiahkan kepadamya. Rupanya-rupanya Cikgu Azizah sudah berpindah. Berdasarkan arah yang diberi oleh adik di kedai itu, aku mencari rumah Cikgu. Beberapa kali ku beri salam, barulah muncul seorang perempuan tua, tertanya-tanya siapakah aku. Maka berjujuk-jujuklah air mata ku, mencium tangan Cikgu Azizah, memeluk tubuh tua yang mengajarku membaca puluhan tahun yang lalu.
Cikgu, selamat hari guru, moga guru sepertimu terus mewarnai jiwa2 pencari ilmu!

May 6, 2011
Alhamdulillah
Saya akan meninggalkan tempat ini untuk beberapa tahun. Bilik sudah dikemas2 begitu juga rumah. Saya melalui detik2 mengemas seperti teman2 lain yang melanjutkan pelajaran. Saya merasa sebak mereka.
Meninggalkan teman2 adalah saat2 yg menyedihkan. Dulu saya merasa kehidupan berkawan di asrama adalah pengalaman persahbatan yang terindah. Dan kemudian di Universiti. Dan sekarang di tempat kerja. Rupanya setiap persinggahan memberi pengalaman pershabatn yang berlainan. Teman-teman yang baik adalah rezeki. Walau di mana berada teman-teman yang mendoakan saya adalah nikmat pershabatn yang tak ternilai. Itulah hikmah kenal mengenal, mencari teman yang sudi mendoakan semasa susah dan senang.
kata pujangga - carilah shabat yang menghidupkan masamu, bukan membunuhnya. Moga ketemu lagi, moga yang baik2 sentiasa bersamamu, teman!