Gue bingung dengan dua dunia yg perlu gue lalui di tempat kerja. Dunia pertama adalah dunia penyelidikan. Di tempat gue penyelidikn amat diutamakn. Lihat aja KPI kami yg akan menentukn bonus. Untuk mencapai tahap exceed expectation (EE), kami perlu sekurang2 lebih dari 3 pembentangan kertas kerja, mempunyai grant penyelidikan luar, berjaya menyiapkn research samaada grant univ atau luar, menjadi ketua penyelidikan, menjadi ahli dlm mana2 badan profesional dan pelbagai requirement yg begitu standard kelihatannya. Belum disebut requirement untuk significantly exceed expectation (SEE). Mahu journal2 berimpak tinggi mungkin.
Kala menunggu Dr Ratna di Centre of Education, UIA tahun lepas, gue membelek2 newsletter di ruang menunggu. Di salah satu lembaran itu, komen seorang intektual UIA, utk memperbanykn research di univ kita perlukn 3: research grant, journal dan postgrad student.
Di kolej gue, kami ada grant dn journal (yg baru diterbitkn tahun ini). Tapi postgrad nya enggak ada. Kenapa research memerlukn postgrad ya? Kebiasaannya pelajar yg mendaftarkn diri utk pasca siswazah ini adalah insan yg udah rela diuji dgn ujian akademik dan memperjudikn nasib di tangan professor. Ya, mereka ini adalah pejuang di medan ilmu dan bersedia utk membaca artikel2 ilmiah dan berfikir secara proaktif dan innovatif.
Tapi kami tiada pelajar postgrad. Yang hanya ada pelajar undergrad yg mengikut degree program of BBA. Inilah dunia kedua gue di tempat kerja ini. Memandangkn target for C- and below not more than 20%, method akademik untuk berfikir secara proaktif dan inovatif untuk menyelesaikn problem statement tidak perlu sangat dipakai untuk menangani problem student kerana seperti yg ku katakan dlm entry sblm ini 1/2 student ku adalah di kalangan yg lemah. Bermakna mereka adalah bakal penyumbang 50% utk C- dan below. Maka, kaedah2 akademik yg diguna pakai dlm research yg mana dunia pertama gue sblm ini tidak praktis langsung. Tidak perlu sangat untuk mempraktiskn taxanomy Bloom untuk mencambah minda pelajar, tidak perlu sangat mempelbagaikn method pengajaran seperti games, case studies, educational visit atau seminar untuk mendedahkn pelajar kepada praktikaliti subjek ini diindustri, tidak perlu sangat meminta mereka membaca artikel2 dari journal2 terkemuka, tidak perlu sangat meminta mereka mengenal pasti isu2 terkini utk dikaitkn dgn pembelajarn mereka.
Yang perlu adalah memperbaiki attitude 50% pelajar yg lemah ini. Yang perlu adalah melewati setiap meja dn memastikan nota dibawa ke kelas. Yang perlu adalah memasakkn dlm ingatan mereka paling teruk result utk mid term adalah C, dan barangsiapa yg mendapat C- akan dipaparkan di dalam kelas beserta nama (seperti yg dilakukan oleh teman gue, tp gue masih mempertimbangkannya). Yang perlu adalah memanggil nama yg tidak hadir minggu lepas dn menjelaskn kenapa. Yang perlu adalah membuat quiz setiap selesai bab dn sekurang2 mendapat separuh daripada markah keseluruhan. Yang perlu adalah memperuntukkn paling tidak 20 minit dlm kelas utk mereka membaca buku text (atau mereka tidak membaca langsung! cukup dengan nota point hebat). Yang perlu method2 displin ini atau tambahkan saja 10 markah bagi memastikan percentage keramat utk C- and below tercapai!
Ini la dua dunia yg jauh berbeza approachnya di dalam context tempat kerja gue. Displin research yg memerlukn kemahiran intelektual yang persistence, seni kajian literasi yg merentasi disiplin ilmu, mencakupi isu global dan local approach, framework terdahulu dn terbaru, method penyelidikn yang scientific, analisa yg matang, comprehensive, praktikal, magis, dn mengesankn, diskusi ilmiah yang relevant, yg dirangkai dn dirungkai bersama penemuan-penemuan terdahulu tetapi diolah dgn lebih segar agar tampak praktikal. Manakala bila gue memasuki dispilin mengajar, gue perlu asingkn diri sebentar daripada dunia research yg mencabar. Di dalam kelas, gue di dalam kelas ini, tidak perlu mengingatkn mereka betapa luasnya ilmu dn method2 penyelidikan yg ada. Cukuplah hanya memastikan mereka datang kelas, berhenti bercakap, boleh menjawab soalan di dalam buku teks, memanggil nama yg peroleh markah rendah dn bersoal jawab kenapa tidak hadir sesuka hati. Usahkan untuk menguasai all levels of cognitive domains dlm bloom taxanomy (MQA mahu silibus dlm bentuk OBE!) defination of term2 students gue udah buatkn gue bingung.
Ya udah, mari kita study sama2 aja dalam kelas, yup adik2, kita buat latihan, bukak buku, kakak jerit dn adik2 jawab ya, habis bab, kita adakan quiz, nanti gue pulangkn quiz dlm kelas satu2, nanti bilang sama kakak, kenapa dpt 2/10 aja, adik nonton VCD tiap malam? atau adik tidak ada buku, atau sibuk bercinta dn berSMS aja, tidak bukak buku di bilik, atau adik enggak faham apa dalam buku, kenapa tidak ketemu kakak di bilik pejabat, atau tidak tahu ada quiz? atau tidak faham sama apa kakak tuturkn, tidak dngar ya? mungkin ada duduk baris paling akhir dalam kelas walau masih ada 3-4 baris yg kosong di depan, atau adik asyik benar beromong sama teman tentang stadium bukit jalil yg rosak, atau adik asyik bangat dgn awek manja di sebelah hingga terlepas segala pengumuman tentang kuiz dn mid term. Waduh, kereta dn h/phone adik hebat bangat, bikin kakak cemburu. Tapi kenapa hanya satu ayat aja menjawabnya. Ini kan 10 markah dik ?????????????????????????????????????????????????????????????
No comments:
Post a Comment