Jul 20, 2009

Al-Fatihah untuk Pencinta Agama

Saya hanya mengetahui berita pemergian Ustaz Awang Pon di sini:
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/07/belasungkawa.html

Ustaz Awang telah pergi pada 17 Julai, 2009, hari Jumaat, penghulu segala hari. Ahhh.. bisakah aku meninggal pada hari itu jua!

Almarhum Ustaz adalah kawan baik Abah saya. Memandangkn Abah tiada di Malaysia skrg, kami sekeluarga tak tahu menahu berita ni. Ustaz Awang sgt attach dgn Abah. Email, SMS, kad raya sentiasa mengunjungi Abah. Semasa Abah dn kakak2 mengunjungi Ustaz di Swk, Ustaz melayan dengan penuh istimewa. Ustaz turut mengunjungi kami di Kuantan. Semasa mendapat rawatan di Kuala Lumpur, Ustaz beria-ria utk mengunjungi rumah kami di Temerloh. Tetapi kerana ada kenduri dn komitmen keluarga, Abah tak dpt menjemput Ustz di KL lagi. Semasa Abah ada mengunjungi Ustaz di KL, Ustaz tak dpt mengikut Abah ke Temerloh, beliau tidak begitu cergas dn tak dpt bergerak jauh.

Aku masih ingat SMS dn email Ustaz yg masih tidk meninggal kn bhs persuratan melayu. Kad raya raya yg setia muncul menjelang syawal, kad kawin dn senarai hotel berhampiran(sgt teliti orgnya!), gmbar2 di website, blog ustaz: http://ahliusrah.blogdrive.com/ (moga memberi manfaat). Moga roh Ustaz ditempatkn bersama para syuhada'. Al-Fatihah

No comments: