Aku masih di pejabat ketika ini, sedang siapkn buku program untuk seminar. Aku masih menunggu attachment dari kawan ku ini, menerusi YM. Perut ku lapar. Kali akhir makan jam 8.30 pagi. Ahhh.. kesian perutku. Tapi kesian lagi Efa yg hanya makan roti sejuk di OZ.
Malam tadi aku mimpikan Dik ma. Dik ma tak jawab soalan akhir ku. Aduh, aku enggak tahu mengapa. Aku berkira2 utk ke Kuantan hujung minggu ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana seminar Sabtu ini. Kenduri anak Pak Deris pun ujung minggu. Fuzah dah beri komitmen untuk hadir, so aku kene hadir jugak ye? Nak pakai baju ape ye? Uniform kenduri ke Fizah? Paginya ada seminar, enggak mahu aku berpakaian kenduri seawal itu...
Tukang jahit yg kedainya di sebelah bengkel workshop berhampiran Sekolah Menengah Paya Besar itu sudah hampir setahun aku tak kunjungi. Kain yg ku tinggalkn, tidak diketahui sudah dijahit atau dibiarkn begitu sahaja. Adakah Amoi itu akan memarahiku, atau melayan dingin kehadiran ku, atau melemparkn baju-bajuku tanpa plastik lantas aku mengutip kain2 dicelah-celah kucing2nya. Ahh.. moga Amoi tak marah!Aku ingin melawatnya hujung minggu ini tetapi akan ditunda ke minggu seterusnya. Aku rasa kalau Baby adjust sikit baju kurung modennya, tentu Baby tidak dikomplen lagi (nak jugak beri pendapat).
Minggu seterusnya kenduri Kak Ana. Anak Kak Ana dah masuk kerja kerajaan, dan bakal kawin dgn org kerja kerajaan. Headline mcm ni pasti mengembirakan seisi Kg termasuk Wan. Baju yang akan dipakai, insyaAllah uniform kenduri, bermakna uniform ini tak seharusnya dipakai semasa raya, sbb nampak sgt bukan baju raya sbbdah dipakai sblm raya (pendapat primitif).
Aku mengantuk+lapar+kepala berangin sebab masih di ofis. Attachment CT belum kunjung tiba. Perut udah beransur pedih2 sebu gitu. Aku nak balik.
No comments:
Post a Comment