Apr 9, 2009

-DAMAI-

Entahlah. Kekadang terasa sedih, kekadang cemas, geram atau k.e.c.e.w.a (meniru cara penulisan Anis). Tapi hari ini saya rasa lain, rasa -DAMAI-

Saya batuk teruk. Dah tiga klinik saya kunjungi. Batuk menyerang tanpa rasa kasihan. Terasa nikmat sihat ditarik. Malam tadi saya minum ubat batuk 2 kali. Terasa di awang2 dn mula bermimpi buahan2. Masa saya kecik2 dulu, bila demam saya mimpi orang kecil dn orang beeeessar, mimpi duit kat luar pintu. Mimpi2 comel ni dtg lagi bila dah tua :)

************************

Sebut pasal tua, baru2 ni kawan saya cakap, Ibah pakai baju mcm mana pun nampak mcm umur 24- 25 tahun. Saya pulak risau sejak naik 3 series ni takut nampak tua ;) kalau kwn sy ckp macm tu kiranya 5-6 tahun lagi baru sy benar5 3 series :)

**********************

Pagi tadi saya breakfast dgn kwn2, dekat kiosk dlm kampus je. So jumpa la kawan2 dari blok lain. Hari ni adalah hari last hantar markah final exam ke HOD. Tapi kawan2saya relaks dn makan pagi dengan bahagianya. Finally, siap jugak dia org marking w/pun terpaksa korbankn tidur dn hujung minggu. Ini menambahkn damai di hati bila tengok kengkawan hepi :)

**********************

Lepas breakfast seorg kawan tanya.

Kak K: Kisah tak kalau umur dia 27?
Saya: adik la kak :)

p/s: dh masuk calon ke-2 akak tanya, anyway TQVM kak! hehehe

*********************

Cousin saya meninggal pagi Isnin yang lepas. Khairuzamir atau kami pakai Abg May seorang guru, berumur 37 tahun. Orgnya baik dan tidak banyak cakap. Arwah meninggal selepas separa sedar setelah menjalani pembedahan membuang cecair di otak (tidak pasti darah beku atau sebab lain) pada hari Jumaat 3/4 di HKL. Arwah meninggalkan seorang balu dan 2 org anak lelaki. Moga Allah menempatkan Arwah bersama dgn orang-orang yg soleh. Al-Fatihah

No comments: