Apr 28, 2009

Nostalgic vs Expressive

Teringat sorang2 atau mengimbas perkara2 yg lepas a.k.a mengelamun bukan lah perkara yg bagus. Kalau Nonaka menyatakan menonton TV dgn cara mendengar sahaja merupakan communication satu hala dn kita hanya sbgai passive listener adalah terhad kepada tahap information, bukan knowledge. Menurut Nonaka, knowledge involves two ways active communication, iaitu sama seperti yg ditakrifkan oleh Naquib al Attas.

Maka, mengelamun bukan hanya one way communication malah mungkin lebih teruk dari itu. Namun, jgn salah anggap antara mengelamun dgn muhasabah, bertafakkur or self-reflection (sama ke term ni? pandai2 je). Mengelamun jauh lebih teruk dari term2 di atas. Sebab (pandangan peribadi) mengelamun lebih kpd kepentingan peribadi daripada aktiviti2 mulia yg lain (muhasabah, bertafakkur or self-reflection)yg mana hasil drpd aktiviti2 ini adalah taqarrub ilallah.

Mengelamun atau nostalgic (pandai2 je samakan - dlm kes sy la) adalah antara aktivti kegemaran saya. Saya harap dpt segera diberhentikan. Serius! Saya tak tahu ikut siapa (nk jugak salahkan org) tp Mak saya a.k.a Mummy dulu2 memang suka bercerita kisah dolu2. Pantang tanya je, Mak akan mula bercerita tanpa mengendahkn research question. Ha ha, Mak, jgn mara.. sori :) Tp sejak Mak tak berapa sihat, Mak tak byk lagi bercerita, Mak byk baring dn tidur, Mak hanya beritahu pasal berita2 anak2 mak, paling tak pasal Mak De dn cucunya. Mak dah tak larat nk bercerita byk2. Tiba la masa kami pula bercerita utk Mummy.. sedey la pulak ..(to be continued)

Apr 12, 2009

Satu perjalanan: 80's-2000's (part I)

Rasa2 saya hanya boleh berjalan dgn kaki pada tahun 80an, so itu adalah justification utk tajuk atas ;) Entry ini adalah imbasan perjalanan hidup (sejak leh berjalan) dn penulisn malam Ahad sbg warm up sblm kerja balik dn menjauhi dari Monday blues :)

Tahun 80an adalah tahun saya tadika di Tadika Islam Pekan, then sekolah di Sek Ren Ahmad, pindah ke SRK Rompin dn pindah balik ke Sek Ren Ahmad (yahoooo.. best sekolah ni) Since pindah randah, kawan2 pun asik tukar2 je, boring tul.

Masa saya tadika dn sek rendah di Pekan, kawan baik saya adalah Rabiha Mohamed, nama pun dekat sama, tapi dia jauh comey dari saya :) saya lahir bulan 8, tapi Ha (nama panggilan dia) lahir bulan 12. Ha comel dn kecil org nya, dan saya, huhuhu sebaliknya

Kami ke tadika dn sekolah sama2 naik beca, dn kadang2 naik kereta. Kadangkadang naik kete Ha, kadng naik kete saya, kdg naik kete kwn abah yg lain sbb anak dia org pun baya2 kami, kdg naik coaster sekolah Abah (bas kecik tu) sekali tu kete cikgu (sekali je sbb Abah lupa nk amik, huhuhu). Naik ape pun, most of the time aku dgn Ha selalu berdua, tp kami tak penah kelas sama (aku pun tatau kenapa, kenapa cikgu?)

Pertengahan darjah dua aku kene tukar ke Rompin ikut Abah tukar tempat mengajar. Aku tak rasa ape2 pun, baru umur 8 tahun, mcm sedih tak sedih je. Adik Ha guling2 sedih tinggalkn Adik aku dn Kakak Ha beri hadiah kat kakak aku sbg tanda perpisahan, tapi aku tak tahu Ha sedih ke tidak, atau aku tak perasan...

Bila aku pindah SRK Rompin, aku dialu2kan. Aku pun tak tahu kenapa. Ramai nak kawan dgn aku, hehe, tpi yg nak kawan pun comel2 orgnya. Aku ingat pd Azza yg sweet tu, Shida yg come (dh kawin dgn Anuar classmate kami), Azlila yg pandai, Raja Nor Saiful Akmar yg matang, Sharifah yg jelita dn Keet Wai Yen yg baik. Kawan2 aku di di SRK Rompin baik2 dn rajin2 la. Alhamdulillah, dia org ni berbudi bahasa dn sporting.. auuwwww rindu la pulak kat korang!!

Then, darjah 6, aku kene pindah lagi! Kali ni aku kene balik ke Pekan, so aku masuk balik Sek Ren Ahmad! Aku kawan balik dengan Ha! Ha setia teman aku ajak aku makan masa rehat, rindu la pulak kat Ha yg baik ni. Ha ajak makan sama2 dgn kawan2 dia dn Ha offer bekal dia lagi. Kawan2 Ha ramai pengawas dn glamer2 la lgpun Ha kelas pandai (kelas no 1 gitu). Bila lama2 sikit, aku pun da ada kawan kat kelas, so aku tak join rehat dgn Ha, tapi kami beli nasi lemak yg kawn jual dn makan dn kawn2 sekelas ku.

Aku terasa asing bila balik semula ke Sek Ahmad. Sbhgian besar kawan2 Ha dn kwn di darjah 6 adalah kawan2 ku dulu. Bila balik semula ke sekolah ni, da besar2 dia org, lain da, gedik2 da.. (upsss). Tapi cikgu kelas ku Cikgu Razak sgt suka beri perhatian kat aku. Aku selalu score dlm karangan wpun kdg tu aku saja buat sempoi2(nk test cikgu la kononnya). Kemuncaknya, aku menang pertandingan menulis peringkat sekolah. Tajuk nya pasal Pasar Tani, aku tak tahu kenapa menang mungkin aku citer pasal jualan daging arnab kat Pasar Tani (masa tu kan Tan Sri Sanusi Junid beria promote daging ni). Masa diumumkan pemenang, aku dgn selekehnya, (maklumla sekolah rendah, kelas tak glamer pulak tu) jalan melintas kawan2 ku dari kelas2 lain ms nak naik pentas ambik hadiah. Kawan2 glamer kt kelas lain pandang cm konpius je.. Huhu. Masa darjah 6 jugak aku wakil rumah main pingpong, Cikgu Razak memang baik walaupun aku smpai skrg confuse kenapa Cikgu pilih aku walau aku reti tak reti je main pingpong! anyway , TQ cikgu!

Abah beria2 nk aku tuisyen dgn Cikgu Zainab. Cikgu Zainab sgt selective dlm pilih student utk tuisyen dgn dia. Memang limited sgt no, I think less than 15. Abah beritau Cikgu Zainab nk tuisyen kn aku dgn beliau dn aku petang2 kayuh basikal ke rumah beliau (tp aku tak ingt bila aku byr yuran). Cikgu Zainab memang glamer kat Pekan. Student2 yg tuisyen dgn beliau biasanya akan score dlm UPSR/ PPDL. Cthnya Long dn kwn2 glamernya a.k.a anak murid kesyangan Cikgu Zainab score 5A dn masuk STF (bole la beri chance))

Dan, Alhamdulillah aku pun score juge :) :) :) :) (nk jugak!!)

To be continued...(90's pulak)

Alhamdulillah

Alhamdulillah, line telephone rumah saya tak potong lagi walaupun dalam borang permohonan utk terminate telephone rumah sy apply utk potong bulan April, huhuh.. rezeki

Tahukah kawan2 sim card saya dh kali kedua buat hal. Dah dua kali sim card ku rosak! Menyampah. Da la duk kat kampung ni Celcom center pun tak de.

1st time sim card aku buat hal ujung2 bulan 12 lepas . Oleh kerana kat sini tak de Celcom centre, bercinta la aku nuggu travel balik hometown utk buat sim card baru. Dekat seminggu gak aku tak dt dihubungi. Baru2 ni aku msg Chup kat Kedah, Aku: "baby gal or baby boy" Chup: "tak dpt msg ke" Aku: tak dpt pun, (dgn penuh yakin) Chup: baby boy, lahir 24/12/2008. Aku: tahniah!!! . Akhirnya bila pikir2 balik minggu 24/12 tu la simcard rosak dn after a week baru dpt pi celcom kat Temerloh! Hanco tul la duk cni!

Petang semalam (Sabtu) hp ku ber beep2 setiap kali aku tekan keypad utk unlock. Waduh!!! simcard aku rosak lagi, registration fail! sungguh kecewa. Sah! hp ku ni memang merosakkn simcard ku!!! again, sugguh kecewa!

Aku rasa sunyi sangt tak dpt ckp dgn Mak. Kakak aku yg balik semenanjung pun aku tak tahu citernya.

Data collector aku pun tak tahu la OK ke dak

Adik aku kat UKM pun tatau la buat ape rini dn cm ner perkmbgn tesisnya

Efa, K.Idah da balik belum sini, Fizah tak de citer menarik ke.. mujur Dik ma sempat msg Jumaat mlm, dak le aku termiss msg..Kak Zila ada tak this week ni.. lagi dn lagi dan lagi

Emmmm.. anyway, Alhamdulillah internet ada lagi.tak le mati kutu tengok Tv je mlm ni.. Alhamdulillah..

Apr 9, 2009

-DAMAI-

Entahlah. Kekadang terasa sedih, kekadang cemas, geram atau k.e.c.e.w.a (meniru cara penulisan Anis). Tapi hari ini saya rasa lain, rasa -DAMAI-

Saya batuk teruk. Dah tiga klinik saya kunjungi. Batuk menyerang tanpa rasa kasihan. Terasa nikmat sihat ditarik. Malam tadi saya minum ubat batuk 2 kali. Terasa di awang2 dn mula bermimpi buahan2. Masa saya kecik2 dulu, bila demam saya mimpi orang kecil dn orang beeeessar, mimpi duit kat luar pintu. Mimpi2 comel ni dtg lagi bila dah tua :)

************************

Sebut pasal tua, baru2 ni kawan saya cakap, Ibah pakai baju mcm mana pun nampak mcm umur 24- 25 tahun. Saya pulak risau sejak naik 3 series ni takut nampak tua ;) kalau kwn sy ckp macm tu kiranya 5-6 tahun lagi baru sy benar5 3 series :)

**********************

Pagi tadi saya breakfast dgn kwn2, dekat kiosk dlm kampus je. So jumpa la kawan2 dari blok lain. Hari ni adalah hari last hantar markah final exam ke HOD. Tapi kawan2saya relaks dn makan pagi dengan bahagianya. Finally, siap jugak dia org marking w/pun terpaksa korbankn tidur dn hujung minggu. Ini menambahkn damai di hati bila tengok kengkawan hepi :)

**********************

Lepas breakfast seorg kawan tanya.

Kak K: Kisah tak kalau umur dia 27?
Saya: adik la kak :)

p/s: dh masuk calon ke-2 akak tanya, anyway TQVM kak! hehehe

*********************

Cousin saya meninggal pagi Isnin yang lepas. Khairuzamir atau kami pakai Abg May seorang guru, berumur 37 tahun. Orgnya baik dan tidak banyak cakap. Arwah meninggal selepas separa sedar setelah menjalani pembedahan membuang cecair di otak (tidak pasti darah beku atau sebab lain) pada hari Jumaat 3/4 di HKL. Arwah meninggalkan seorang balu dan 2 org anak lelaki. Moga Allah menempatkan Arwah bersama dgn orang-orang yg soleh. Al-Fatihah

Apr 2, 2009

Even then, in never ending autumn,
the root of his desire flowers in hope
he transforms the grief of separation into longing music,
makes deepest wells of sorrow brim with joy,
celebrate the immortality of love

-Fethullah Gullen-

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Kau akan temuinya lagi di syurga kelak
Jangan Bersedih
Kau akan menyambung kasih di syurga
Jangan Bersedih
Kau akan bersamanya lagi di syurga
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Akhirnya kita berkumpul dihisab dn dibalasi
Apakah syurga atau neraka
nikmat atau siksa yg tiada penghujungnya!