tahniah anak bangsa ku
duduk di barisan depan menadah ilmu
tekun merenung lembaran buku
sesekali menulis pd nota
seusai faham tutur bicaraku
tahniah anak bangsa ku
merenung lembut pd guru mu
menyusun tutur dn berundur malu
tahniah anak bangsa ku
renung lah masa depan mu
tapi renung lah dulu dirimu
kau adalah khalifah
mungkin tahu atau tidak
jelas atau kabur
mahu atau enggan
itulah bezamu dari teman2 seperjuangan
yang duduk nun di hujung barisan
tanpa buku teks apatah lagi tumpuan
tanpa semangt apatah lagi kemahuan
tanpa hormat apatah lagi kesopanan
anak bangsa ku ini
moga sedar diri
sebelum mati
No comments:
Post a Comment