Jun 5, 2017

Hasbunallah

Ujian itu datang
kerana Dia tahu  hambanya mampu
Mampu agar tidak mencintai dunia
mampu tidak melihat hebatnya manusia.. sehingga mereka rasa ujub dan  manis
lantas terlepas dari mencapai makrifatullah

Ujian itu datang
kerana Dia mahu rasa cinta dunia itu pergi
dan semakin pergi bila kenal belang durjana manusia
agar cinta dunia lupus
tertutup dan mengharap ia diusir dari pentas lakonan yang sia2
dan dia menunggu saja

Ujian itu datang
kerana Dia mahu hambanya fikir yang penting2 sahaja
Jadi rasional dan bertakwa
bukan kan takwa itu rasa cukup atas kurnia
dan bersedia untuk bertemu dengan Nya
kerana dunia ini
penuh dengan tamak haloba
dan tidak pernah surut dari dengki dan nista
dan sebagai tetamu, mau pulang segera

No comments: