Aug 8, 2016

Bahagia itu

Bahagia itu
Apabila hari2 berlalu dengan bersahaja
Sedih dan duka, gembira dan tawa
berlalu begitu sahaja
Kawan datang dan pergi
keluarga bertandang dan pulang
akhirnya
ia menjadi satu
rasa syukur atas hari-hari
kerana hikmah nya tidak terperi

Bahagia itu
apabila rasa resah mula hilang
pahit menjadi manis
duka menjadi redha
bibit2 senyuman atas kecewa
semuanya menjadi satu
rasa syukur atas yang berlaku
kerana tanpanya tak kenal erti bahagia sejati

Bahagia itu
bila benci dan cinta
sesama teman dan saudara
akhirnya menjadi satu
ukhuwah itu tetap terpelihara
rasa syukur atas yg berlaku
kerana masih ada hari untuk dinikmati


No comments: