Mar 20, 2009

UIA lagi

Sementara menungggu waktu perbincangn kami jam 11 nanti, aku selesaikn apa yg patut. Telefon HR tanya pasal surat jemputan speaker, duit tol dn elaun makan speaker. Aku termangu sebentar dgn soalan2 dari AJK ni (sblum call HR) termangu bukan apa, teringat masa workshop lepas, tak de pun soalan tol dn elaun makan ditnya oleh kedua2speaker musim lepas. Termangu dn termenung, terharu dn terasa rindu, tempat aku pernah berkelana dulu dn ahli akademiknya yg mengesankan.

Akhirnya hari ini membuatkn aku menulis sedikit pasal pensyrah UIA. Musim lepas penceramah jemputan dari UIA. Dan tiada soalan langsung diutarakn oleh mereka tentng elaun makan dn tol. Sudah maklum ke tempat kami tiada tol dan makan kami sediakan (termasuk belanja makan malam ketibaan dn makan pagi). Tapi mana tau ada yg nak ikut highway dn mahu makan sendiri (tanpa diteman dn mahu makan ke mana2 yg disukai(Anyway, proposal tu bukan I yg buat okey!). Dan kami tak terfikir nak masukkan dlm budget!

Bila aku membaca2 email yg dihantar oleh speakr kali ini (bukan UIA okey!) dn diforwarkn, aku membaca lagi namanya yg ditaip di akhir emai: Dr. ****. Lagi ku bandingkn. Dulu masa beremail dengan Prof Sahari, beliau hanya menaip -Sahari-. Waduh, prejudis sgtkh aku?

Lagi.. hehehe..Speaker dari UIA tak argue pasal bayaran langsung! Prof siap cakap "saya buat kerana Allah" (sbb bayaran sejam beliau sbnrnya lebih tinggi dari jumlah yg kami beri!)

Speaker non UIA yg lain pulak(hehehhe): "boleh tak naik kan sikit, bla... bla" (lastly dia tak nak dtg pun). Bukan lah nak underestimate lect dari U lain, tp sekadr pengajran utk aku dn teman2 di IPT2 semesta alam (heh heh heh)

Lain2 - speaker non UIA (ni talk len, bukan workshop committe I okey!): "U*** is famous for law studies". Kami x-UIA yg duk kt blkg: "hello, lecturer UIA tak pernah ckp UIA is the best okey! (walau hakiktnya kami rs cm tu (kt m'sia la))

Inilah tulisan2 nakal x-UIA..(IIUM babies, UIAMnians - or whatever terms given by my dear frens of IIUM)

Mar 6, 2009

Kawan, Teman dan Sahabat

Just to share an email from my colleague. Kawan, Sahabat dn Teman..

(Utk shabat ku Efa, moga Mak nya kembali pulih dan dapat berjalan seperti biasa, Ya Allah beri kasihani lah mereka sperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil)

Di antara kawan, teman dan sahabat…

MEMANG manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa kehadiran manusia lain di sekeliling mereka. Superman, Spiderman, Ultraman, hatta Keluangman pun ada mempunyai kawan, teman dan sahabat.

Penulisan ini mengenai kawan, teman dan sahabat daripada sudut kacamata saya. Semoga selepas membacanya, sedikit sebanyak boleh kita sama-sama berfikir mengenai adanya kehadiran manusia lain di sekeliling kita. Manusia yang penting walaupun mereka bukan ada pertalian darah dengan kita.

Siapa ya yang boleh kita kategorikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting (contohnya tidak menjejaskan gaji bulanan yang diterima, he he he). Atau tidak sepenting jumlah bonos yang diterima pada tahun lalu… Namun perlu diingat perkara yang sangat penting bagi allah bukan berbentuk wang ringgit atau material.

Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang di sekeliling tidak menganggu kehidupan mereka...(pulak dah).

Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu:


KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN


Kawan lebih merujuk kepada di mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak.

Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik tidak berapa serius. Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan.Kita tidak boleh duduk sorang. Kawan pula ada yang boleh kita katogerikan kawan baik atau kawan akrab dan sebagainya.

Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan?.

Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita (atau dipulaukan) mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).

Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?

Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.

TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN

Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan). Contohnya semasa saya menyewa sebuah rumah di Petaling Jaya (masa final year kat UM), rumah tersebut memiliki 7 bilik besar (rumah bekas iman masjid besar Petaling Jaya).Terdapat 18 orang pelajar lain dari berbagai fakulti (sewa ramai-ramai supaya bayaran bulanan perindividu jadi rendah). Bila sudah ramai, kita tidak rapat dengan semua orang apatah lagi rumah jadi tempat tidor dan mandi sahaja. Apa yang saya nak beritahu bukan semua penghuni rumah tu jadi kawan saya...sekadar teman serumah je.

Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi (contohnya konsep sahabat) tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain (bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar).

Teman wanita? he he he. Malas nak terangkan, nanti 3 helai kertas tak cukup…

SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT

Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.

Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya. Contohnya seperti di bawah.

`Ni sahabat saya ****' pakai hembus je perkataan sahabat tu padahal ia masih dalam taraf kawan (baru je kenal 2 minggu, kot-kot teman je)...

Saya bukan berniat nak menarafkan orang-orang di sekeliling tapi kadang-kadang janggal sebab sebutan itu tak berbau ikhlasnya...he he he.

Bekalalan dan Aura Cuti








Aura cuti telah terasa. Kawan saya sana sini menuju/ sudah ke kampung halaman masing2. Begitu juga saya, next week 1 week cuti insyaAllah.. kenapa kami cuti awal seminggu dari cuti sekolah? sbb bukan cikgu sekolah, so coti pun pepandai sendiri..

Masa belek2 gmbr utk dicuti.. saya jumpa gambar ni. Pictures taken at Bekalalan - A memorable trip