Stress atau tekanan adalah masalah biasa di kalangan manusia. Org yg stress akan kelihatan dari raut wajahnya, perckpannya, reaksi atau perlakuannya. Rasa stress yg dialami oleh seseorang bukan sahaja mendatangkn kesan pada dirinya malah pd org sekelilingnya (samaada kita perasan atau tidak).
The American Institute of Stress mendefinasikan stress sbg:
a condition or feeling experienced when a person perceives that demands exceed the personal and social resources the individual is able to mobilize
Berdasarkan definisi di atas, ternyata stress akan berlaku apabila keperluan melebihi kemampuan kita. Jadi utk mengelakkan stress, wajarlah kita mengawal diri supaya sentiasa berfikir dan bertindak sesuai dgn kemampuan kita.
Stress dlm aktiviti harian
Setiap hari, pelbagai tugas perlu diselesaikan dan adakala mengundang stress. Tetapi, jarang kita dengar manusia stress krn gagal melaksanakan tugas2 yg diamanah Tuhan nya. Mungkin, manusia tidak menghadapi stress dlm beribadah kerana ianya masih dalam lingkungan kemampuannya, cuma tiada kekuatan utk melaksanakan sebaik mungkin.
Teman saya mengulas kuliah Dr Rosnani, Pensyarah UIAM. Dia menyebut, Al-Attas menyatakan ilmu hanya akan lengkap bila diamalkan. Dan saya mencelah, Nonaka menyebut perkara yg sama: knowledge is justified belief and skill.
Jadi, utk mengelakkan stress, bertindaklah di dalam kemampuan kita, dgn ilmu (semestinya fahaman dan amalan yg benar- rujuk pd takrifan Nonaka), insyaAllah kita dapat mengelakkan stress. Dan seperti kata Theodore Roosevelt: "do what you can, with what you have, where you are.”
2 comments:
adusssssssssss....
tanda-tanda stress..
1)berasa keras dan tegang dibahagian tengkuk.
2) lenguh belakang
3) tidur tidak nyenyak..
tanda2 stress k.eb:
asik nk tido
asik nk mengunyah
procrastinate
semua tanda2 adalah nk lari dr masalh(escapism)
Post a Comment