Jun 14, 2007

Dan berzikirlah

Berzikirlah
semampu-mampunya
setiap masa
tak kira di mana

Berzikirlah
di kala tenang dan gelisah
di kala senang dan susah
di kala bahagia dan gundah

Berzikirlah
kerana Tuhan-Mu yang pemurah
yang menjadikan cinta dan air mata
untuk dinikmati sehari2

Berzikirlah
sebagai benteng maksiat
benteng bisikan
yang sentiasa membelenggu

Berzikrlah
semahu-mahunya
jangan jemu
kerana engkau milikNya

No comments: