Jun 15, 2007

Hadith




Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya "tidak seorang pun di antara kamu yang amalnya dapat meyelamatkannya." Tanya seorang lelaki "amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Ya aku juga. Tetapi Allah melindungiku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu!"


Dari Jabir r.a katanya dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt belaka.


Jun 14, 2007

Dan berzikirlah

Berzikirlah
semampu-mampunya
setiap masa
tak kira di mana

Berzikirlah
di kala tenang dan gelisah
di kala senang dan susah
di kala bahagia dan gundah

Berzikirlah
kerana Tuhan-Mu yang pemurah
yang menjadikan cinta dan air mata
untuk dinikmati sehari2

Berzikirlah
sebagai benteng maksiat
benteng bisikan
yang sentiasa membelenggu

Berzikrlah
semahu-mahunya
jangan jemu
kerana engkau milikNya