Amalan 5S yang diperkenalkan mengandungi 5 komponen iaitu seiri (sisih), seiton (susun), seiso (sapu) seiketsu (seragam) dan shitsuke (sentiasa amal).
Nah, kesemua 5S ini amat berkesan untuk sesiapa sahaja. Tapi bagi saya ada beberapa ‘S’ yang boleh di tambah iaitu
Simpan – setelah menggunakan, ramai sungguh yang liat menyimpan ke tempat asalnya. Kesian, sungguh tidak adil pada barang-barang ini sedangkan Islam menyuruh kita melaksanakn keadilan pada semua makhluk.
Sikit-sikit – ramai yang merungut bila diminta menyusun, apatah lagi menyisih, atau menyapu. Tapi harus dimulakan sedikit demi sedikit. Bukan hanya dalam perbuatan malah perbualan. Cuba lah memberi jawapan pendek, iaitu sedikit demi sedikit agar mudah difahami.
Sungguh – sungguh – ini adalah konsep ihsan. Buatlah pekerjaan dengan bersungguh-sungguh kerana hidayah itu akan diberi kan pada orang yang melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Oleh itu saya suka berpegang pada 6S yang ini : sisih (isih atau sisih?), susun, sapu, simpan, sikit2 dan sungguh2.
No comments:
Post a Comment