Nov 17, 2006

lingkungan jauh dan lingkungan dekat.

Pernahkah kawan-kawan mendengar istilah di atas ini. Antara yg dijelaskan oleh saudara Faisal Tehrani di dalam blognya (www.tehranifaisal.blogspot.com) adalah:

Apakah filem lingkungan dekat? Filem lingkungan dekat ialah filem yang tidak dapat keluar dari kongkongan diri. Tema yang diangkat ialah seputar cinta, suami curang, kekasih lama, cinta tak kesampaian, dialognya komik tetapi lucah, bercampur-campur bahasa Melayu, Kantonis dan Inggeris, banyak sekali adengan gomol cumbu serta tidak membangkitkan apa-apa perasaan mencintai negara, bangsa apatah lagi agama secara signifikan. Ingat, secara signifikan. Inilah filem lingkungan dekat. Dan jangan cakap soal bentuk seperti sinematografinya bagus atau naratifnya cemerlang kerana ia adalah subjektif, ia tidak dapat diukur.

Sebaliknya filem lingkungan jauh itu adalah filem yang dialognya tepu falsafah, makna dan mesejnya terang (biarpun terasa seperti propaganda) dan paling bermakna filem ini bercerita soal pembangunan bangsa, aspirasi umat, dan membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotisme.Ya mungkin ukuran mise en scene sedikit kurang dari filem lingkungan dekat tadi, mungkin juga filem lingkungan jauh ini sedikit serius, serta tidak membuat anda tertawa sia-sia.

Bagaimana dengan dengan blog, lirik lagu, puisi dan cerita-cerita yg kita kongsi sehari-sehari? Moga-moga kita sentiasa berada dlm kelompok yg memperjuangkan lingkungan jauh. Ananiyah diri mesti dijauhi.

No comments: