Aug 24, 2012

Salam eidul fitri, maaf zahir dan batin

Assalamualaikum

Wan beritahu 8 september ini genaplah emak meninggal 6 bulan. Selepas mak meninggal Wan berkali2 menyebut mahukan kalendar yg entah mana bersepah di biliknya di rumah kami. Rupa-rupanya Wan mahu membilang berapa lama sudah mak meninggalkan kami. Setiap kali menziarahi Wan di rumah Mok De, Wan akan memberitahu berapa bulan mak udah pergi.. Argh seperti biasa sukar mahu dipercayai, kerana bagiku seperti udah bertahun2..

Raya tahun ini kusangkakan yg aku tk mampu memegang sudip utk memasak, aku akn menangis teresak2 membaca takbir raya, rupanya tidak. Walaupun beraya 4 puntung (org) krn yg udah bernikah beraya di rumah mertua, raya tahun ini tidak sepilu yg kusangka. Pagi raya udah selepas solat udah ziarah kubur mama, raya ke 3 ziarah lagi dgn Dil utk betulkan tanah2, raya ke 5 ziarah lagi dgn Long utk letakkan batu sungai, 4 hari sebelum raya udah ziarah dgn Ngah. Benarlah kata2 seorang pencinta puisi Rumi, 'jika aku mati, jangan cari pusaraku di bumi, tetapi carilah pusaraku di hati'. Mak terasa sentiasa hidup di hati. Jika dulu sentiasa risaukan mak, kini kerisauan tetap sama, mahukan yg terbaik utk mak. Namun khauf dn raja' mesti seimbang. Moga sedekah kami utk mak diterima Allah dn disampaikan pahala utk mak. Jika dulu teman2 bertakziahkanku dn risaukn aku, namun yg lebih aku risaukan bukanlah kesedihanku, tetapi mak di sana, lalu aku pohon teman2 doakan agar mak di ampunkan dosa dn ditempatkan bersama roh2 org yg beriman. Dan harapan ku tetap sama.

Selepas menziarahi kubur mama, Long ke kubur Aki. Aku tetap membatu dikubur mama. Dan kemudian ke kubur Ayah Long di sebelah. Pulang dari kubur Long kabarkan tarikh kematian Aki sama dgn tarikh lahir ku! Alahai, aku tk sempat berjumpa Aki. Namun aku berharap aku menuruti jejak Aki yg cintakan ilmu,  menurut Mak Aki pernah belajar agama di Mekah.

Juga raya kali ini aku tk selok (beria2) nk dukung anak org, huhu. Ini disebabkan aku dah puas dukung 2 anak saudara sendiri yg comel. Raya kali ini org yg datang tak seramai tahun sebelum ini sbb Wan udah pindah ke rumah Mok de di sebelah. Namun, syukur masih ada org sudi berkunjung ke rumah kami terutama saudara-mara mak. Aku harap kami ada beradik dpt terus menziarahi saudara mara yg semasa hidup mak selalu ziarahi.

Ada saudara yg betandang kerumah bertanya bila mula bercuti, aku katakan isnin sebelum raya (aku cuti 2 minggu, huhu) dan dia bergurau tak puas hati aku cuti awal seminggu, huhuh. Teringat soalan ditanya sebelum ramadhn oleh sesorang, maka aku katakan akan pulang di awal ramadhan, pantas saje adik manis itu membalas 'dah tak de kerja sgt nk buat utk rsch ke kak? dn terus bertanya ke soalan lain pula. Ingin saje aku katakan- adik, akak baru kehilangan ibu dn kenduri arwah akan di adakan pada 1 ramadhn - namun tiada kesempatan utk aku katakan. Aku beristighfar sendiri. Sebelum in aku sering memberi jawapan atas tekaanku sendiri terhadap org lain. Maafkan aku teman dn saudara, jika responku semata-mata atas pengetahuan cetekku tanpa menghiraukan kesulitan yg kalian hadapi. 

Akhir kata, doakan perjalananku pulang ke kampus Isnin nanti selamat, I already miss my supervisor! (yg akan berselawat sambil memeluk anak buahnya :D)